" 4 Risiko kesihatan utama yang dihadapi lelaki di Malaysia: Pencegahan dan pengesanan awal | Great Eastern Takaful

1. Ketahui Soalan Lazim terkini mengenai langkah interim penetapan semula harga pelan perubatan.
 

2. Kami mengambil maklum kenyataan media terkini yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia mengenai langkah sementara untuk semakan caruman pelan perubatan. Sebagai pengendali takaful yang bertanggungjawab, kami mengambil berat tentang perkara ini dan kekal komited untuk melakukan yang terbaik demi keutamaan pelanggan kami. Langkah sementara ini bertujuan untuk memberikan pelanggan kami fleksibiliti bagi mengatur dan mengurus kewangan serta mengekalkan perlindungan perubatan mereka.

 

Kami memahami kepentingan untuk memastikan pelanggan kami mendapat maklumat terkini dan akan menyediakan makluman sebaik sahaja terdapat perkembangan baharu.

 

Sementara itu, kami menggalakkan anda untuk klik di sini untuk maklumat lanjut atau menghubungi talian khas khidmat pelanggan kami di 1-300-13-8338 dan tekan 6 selepas pilihan bahasa, dari Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi - 5.15 petang (kecuali Cuti Umum) untuk bantuan lanjut.

 

3. Pergantungan Sementara Permohonan Kebenaran Direct Debit (DDA) Baharu

Dimaklumkan bahawa permohonan baharu untuk Kebenaran Direct Debit (DDA) akan ditangguhkan sementara bermula 16 Januari 2025 sehingga diberitahu kelak. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

4. Penyata Caruman 2024 tersedia

Penyata Caruman bagi tahun 2024 kini telah tersedia. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

4 Risiko kesihatan utama lelaki di Malaysia: Pencegahan dan pengesanan awal

4 Risiko kesihatan utama lelaki di Malaysia: Pencegahan dan pengesanan awal

Ketahui masalah kesihatan yang sering dihadapi oleh lelaki dan pelajari bagaimana pengesanan awal dapat membantu mencegah penyakit ini. Baca di sini!

14 Nov 2024
Social Share XF (BM)
4 Risiko kesihatan utama lelaki di Malaysia: Pencegahan dan pengesanan awal

Kanser prostat

Kanser prostat merupakan salah satu risiko kesihatan utama yang dihadapi oleh kaum lelaki di Malaysia. Walaupun ia berkembang secara perlahan, pengesanan awal adalah kunci kepada peningkatan keberkesanan rawatan. Kaumlelaki berumur 50 tahun ke atas, atau yang mempunyai sejarah keluarga dengan kanser prostat, berisiko lebih tinggi dan disarankan untuk menjalani saringan secara berkala. Ujian PSA (Prostate-Specific Antigen) adalah kaedah saringan yang biasa digunakan untuk mengesan penyakit kanser prostat lebih awal. Selain saringan, mengekalkan diet yang sihat, kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran, dapat membantu mengurangkan risiko. Senaman berkala juga memainkan peranan dalam menjaga kesihatan prostat secara keseluruhan, sekali gus berpotensi mengurangkan peluang perkembangan kanser.

Kanser paru-paru

kanser paru-paru

Kanser paru-paru adalah satu lagi masalah kesihatan utama bagi kaum lelaki di Malaysia, terutamanya disebabkan kadar merokok yang tinggi dalam kalangan lelaki (35.7% lelaki berbanding 1.5% wanita). Merokok merupakan penyebab utama kanser paru-paru, dan asap rokok sekunder juga boleh membahayakan orang lain. Berita baiknya ialah kanser paru-paru mempunyai tahap pencegahan yang tinggi. Berhenti merokok secara drastik mengurangkan risiko menghidap penyakit ini. Bagi mereka yang tidak merokok, mengelakkan pendedahan kepada asap rokok sekunder juga penting. Pemeriksaan berkala, termasuk X-ray dada dan ujian fungsi paru-paru, boleh membantu mengesan sebarang keabnormalan lebih awal. Bagi perokok semasa atau bekas perokok, imbasan CT dos rendah disarankan sebagai alat saringan awal untuk kanser paru-paru.

Penyakit jantung 

penyakit jantung

Penyakit jantung adalah penyebab utama kematian dalam kalangan lelaki di Malaysia, dengan 63.8% penghidapnya adalah lelaki. Faktor risiko termasuk tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan diet yang tidak sihat. Tekanan memainkan peranan penting dalam kesihatan lelaki, di mana ramai lelaki cenderung mengabaikan simptom atau meremehkannya. Antara tips penjagaan kesihatan lelaki termasuk mengekalkan diet seimbang yang rendah lemak tepu dan kolesterol serta melibatkan diri dalam aktiviti fizikal secara berkala. Menguruskan tekanan melalui teknik relaksasi, hobi atau senaman juga boleh membantu meningkatkan kesihatan jantung. Pemeriksaan berkala untuk memantau tekanan darah, tahap kolesterol, dan fungsi jantung adalah penting untuk mengesan masalah lebih awal.

Masalah kesihatan mental

Kesihatan mental semakin menjadi kebimbangan dalam kalangan lelaki di Malaysia, dengan ramai lelaki enggan mendapatkan bantuan atau membincangkan masalah mereka. Jangkaan budaya dan tekanan masyarakat sering menghalang lelaki daripada berkongsi cabaran kesihatan mental mereka, yang membawa kepada keadaan seperti kemurungan, kebimbangan, atau bunuh diri. Pengesanan awal isu kesihatan mental adalah penting. Mewujudkan persekitaran yang membolehkan lelaki berasa selesa bercakap tentang kesihatan mental mereka adalah kunci kepada pencegahan. Akses kepada profesional kesihatan mental dan talian bantuan, serta galakan kepada saluran yang sihat untuk menguruskan tekanan, boleh memainkan peranan penting dalam pengesanan awal. Lelaki digalakkan mendapatkan bantuan apabila berasa tertekan, dan pemeriksaan kesihatan mental secara berkala perlu dijalankan.

Memahami risiko kesihatan utama yang dihadapi oleh lelaki serta mengambil langkah proaktif melalui pencegahan dan pengesanan awal penyakit boleh meningkatkan kesihatan jangka panjang. Pemeriksaan berkala, gaya hidup yang sihat, dan saringan tepat pada masanya adalah penting untuk mengurangkan risiko-risiko ini. Dengan mengutamakan kesihatan hari ini, kaum lelaki boleh menikmati kualiti hidup yang lebih sihat dan memuaskan di masa depan.

 

Rujukan

  1. 1Global Adult Tobacco Survey (GATS) Malaysia 2023 
  2. 2The Star, Heart disease is top cause of early deaths in Malaysia, 29 Nov 2023