1. Langkah Interim Penetapan Semula Kos Perubatan – Soalan Lazim Kini Tersedia
Klik di sini untuk membaca Soalan Lazim yang telah dikemas kini atau hubungi kami di 1300-13-8338 (tekan 6) untuk bantuan lanjut.
 

2. Penggantungan Sementara Permohonan DDA
Bermula 16 Januari 2025, permohonan baharu untuk Kebenaran Debit Terus (DDA) akan digantung buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak.
Ketahui lebih lanjut
 

3. Bayar Caruman Anda dengan Mudah melalui i-Get In Touch (iGIT)
Guna iGIT untuk membuat bayaran caruman anda dengan selamat. Elakkan membuat bayaran melalui pihak ketiga.

 

4. Waktu Operasi Sepanjang Bulan Ramadan

5. Muat Turun Penyata 2025 Anda melalui i-Get In Touch (“IGIT”)”

Berbelanja dengan bijak di bulan ramadan: tip membeli-belah dalam talian tanpa pembaziran & penipuan

Berbelanja dengan bijak di bulan ramadan: tip membeli-belah dalam talian tanpa pembaziran & penipuan

Ramadan mengajar kita untuk mengamalkan kesederhanaan. Berbelanjalah dengan bijak melalui tips berbelanja online kami untuk elak pembaziran & penipuan

12 Mar 2026
Social Share XF (BM)
Berbelanja dengan bijak di bulan ramadan: tip membeli-belah dalam talian tanpa pembaziran & penipuan

Ringkasan Utama

  • Rancang perbelanjaan anda di bulan Ramadan dan Raya sebelum melayari atau membeli-belah secara dalam talian.
  • Amalkan tips berbelanja online untuk mengelakkan perbelanjaan berlebihan, seperti menetapkan bajet dan mengutamakan keperluan penting.
  • Ikuti 10 tip membeli belah dalam talian dengan selamat bagi melindungi diri daripada penipuan.
  • Pastikan perlindungan kewangan sentiasa ada untuk melindungi anda daripada kerugian yang tidak dijangka.

Ramadan menggalakkan kita untuk mengambil masa, bermuhasabah dan mengamalkan kesederhanaan. Namun begitu, membeli-belah dalam talian pada waktu ini menjadi cabaran kerana jualan kilat dan tawaran istimewa yang mendorong untuk kita berbelanja lebih daripada yang dirancang. 

Anda tidak perlu berhenti membeli-belah, tetapi sebaiknya berbelanja dengan tujuan yang jelas. Menggunakan tip berbelanja dengan bijak serta tidak melebihi bajet boleh membantu membuat persiapan Ramadan dan Raya tanpa tekanan atau penyesalan. 

Dengan amalan yang baik, perbelanjaan Ramadan anda boleh kekal bermakna, terkawal dan selari dengan semangat bulan yang mulia ini.

Belanja dengan tujuan: Utamakan keperluan, bukan ikut trend

Sebelum menekan butang “add to cart”, ambil sedikit masa untuk bertanya kepada diri sendiri sama ada anda benar-benar memerlukan barangan tersebut atau ia sekadar kelihatan menarik.

Membeli-belah dengan niat yang jelas merupakan salah satu cara terbaik untuk mengelakkan perbelanjaan secara berlebihan.
Berikut beberapa tips berbelanja dengan bijak yang boleh diamalkan:

  • Mulakan dengan menyenaraikan keperluan asas, seperti barangan dapur, keperluan rumah, dan barangan asas untuk Raya.
  • Tetapkan bajet Ramadan yang realistik supaya tidak menjejaskan komitmen kewangan untuk bulan seterusnya.
  • Pilih kualiti berbanding kuantiti, kerana barangan yang tahan lama biasanya dapat menjimatkan wang dalam jangka masa panjang.
  • Ingat, anda tidak perlu menggantikan semua barangan seperti pakaian, hiasan atau gajet untuk merasai kenikmatan sambutan yang bermakna

Ramadan adalah tentang kesederhanaan, jadi biarlah cara anda berbelanja mencerminkan nilai tersebut.

Beli dalam talian dengan lebih bijak: Platform dipercayai & praktikal selamat

Membeli-belah dalam talian sangat memudahkan, terutamanya ketika anda sibuk membuat persiapan Ramadan. Namun, pembelian dalam talian juga boleh meningkatkan risiko untuk berhadapan dengan penipuan, penjual palsu atau tawaran yang mengelirukan. Dengan mengikuti 10 tip berbelanja online dengan selamat, anda boleh mengelakkan daripada melakukan kesilapan dan membuat persiapan Ramadan anda lebih mudah serta selamat.

Musim perayaan sering menjadi sasaran penipu kerana ramai pengguna sedang aktif mencari tawaran terbaik. Jualan kilat dan diskaun besar boleh membuatkan anda tergesa-gesa membeli tanpa memeriksa dengan teliti. Jika anda mengambil masa dalam proses membeli dan mengamalkan tabiat membeli-belah dalam talian yang bijak, anda boleh mengurangkan risiko kehilangan wang atau tekanan.

Menurut Bank Negara Malaysia, pengguna hanya perlu membuat transaksi di platform yang selamat dan sentiasa berwaspada terhadap cubaan pancingan data (phishing) serta promosi yang palsu. CyberSecurity Malaysia pula menasihatkan pembeli supaya mengesahkan ketulenan penjual dan mengelakkan tawaran yang kelihatan “terlalu bagus untuk menjadi kenyataan”.

Sentiasa berwaspada bukan bermaksud sentiasa dalam ketakutan, tetapi bertindak dengan lebih bertanggungjawab. Amalan keselamatan ini penting untuk memastikan pengalaman berbelanja yang lebih bijak, berhemah dan bertanggungjawab sepanjang Ramadan.

Berikut adalah 10 tips berbelanja online dengan selamat:

  1. Beli-belah di platform e-dagang yang dipercayai serta mempunyai sistem pengesahan dan gerbang pembayaran yang selamat.
  2. Buat pembelian daripada kedai jenama rasmi atau penjual yang sah bagi memastikan ketulenan produk.
  3. Semak penilaian penjual dan baca ulasan pembeli sebelum membuat keputusan.
  4. Teliti polisi pemulangan, pertukaran dan bayaran balik dengan berhati-hati, terutamanya bagi barangan bernilai tinggi.
  5. Bandingkan harga di beberapa platform sebelum membeli, dan elakkan membuat keputusan tergesa-gesa kerana tekanan “jualan kilat”.
  6. Elakkan mengklik pautan mencurigakan yang dihantar melalui SMS, e-mel atau media sosial.
  7. Jangan sekali-kali berkongsi OTP, PIN perbankan atau butiran penuh kad anda dengan sesiapa.
  8. Aktifkan pengesahan dua faktor (2FA) untuk meningkatkan keselamatan akaun anda.
  9. Simpan bukti pembayaran, resit dan pengesahan pesanan sebagai rujukan.
  10. Pantau penyata bank anda secara berkala untuk mengesan transaksi yang tidak dibenarkan lebih awal.

Dengan mengikuti langkah-langkah ini, anda dapat melindungi wang anda serta memastikan persiapan Ramadan berjalan dengan lebih berma

Lindungi kewangan daripada kerugian dan perkara tiak dijangka

Walaupun telah merancang dengan teliti, perkara yang tidak dijangka masih boleh berlaku. Anda mungkin menerima barangan yang salah, berdepan kelewatan penghantaran, atau menjadi mangsa penipuan dalam talian yang boleh menjejaskan bajet anda.

Untuk kekal bersedia:

  • Simpan bukti pembayaran, invois dan rekod perbualan (chat).
  • Sediakan sedikit wang tambahan untuk perbelanjaan Ramadan yang tidak dijangka, seperti keperluan perubatan, pembaikan kereta atau kecemasan keluarga.
  • Pantau penyata bank anda secara berkala bagi mengesan aktiviti yang mencurigakan

Perlindungan kewangan penting kerana kehidupan tetap berjalan sepanjang Ramadan. Jika anda tidak bersedia, masalah yang tidak dijangka boleh menjadikan keadaan lebih sukar.

Takaful menawarkan jaringan keselamatan berasaskan konsep saling membantu dan tanggungjawab bersama. Dengan perlindungan yang sesuai, anda boleh memberi tumpuan kepada perkara yang paling penting: keimanan, keluarga dan ketenangan fikiran.

Berbelanja dengan kesedaran pada ramadan ini

Berbelanja dengan bijak bukan bermaksud berkira, tetapi membuat keputusan penuh dengan fikiran.Pada Ramadan ini, amalkan kesederhanaan dalam tabiat harian dan juga dalam perbelanjaan anda. Gunakan tips berbelanja dengan bijak untuk mengelakkan perbelanjaan berlebihan, membeli-belah dengan selamat, serta melindungi hasil usaha yang telah anda kumpulkan.

Terokai pilihan pelan perlindungan daripada Great Eastern Takaful dan berbincang dengan Penasihat Takaful sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut. Ketenangan fikiran sebenar datang apabila anda tahu perancangan anda dilindungi, walaupun kehidupan berubah secara tiba-tiba.

1. Apakah cara paling selamat untuk membeli secara online?
Cara paling selamat adalah dengan menggunakan platform yang dipercayai, mengaktifkan pengesahan dua faktor dan tidak berkongsi OTP. Mengamalkan tips berbelanja online dapat mengurangkan risiko penipuan.

2. Apakah kaedah pembayaran onlinet erbaik untuk elak ditipu?
Kad kredit biasanya menawarkan perlindungan tambahan seperti proses pertikaian transaksi. Elakkan pindahan terus kepada individu yang tidak dikenali.

3. Adakah bank akan memulangkan wang jika saya ditipu secara online?
Ia bergantung kepada hasil siasatan dan situasi kes. Jika kecuaian seperti berkongsi OTP berlaku, tuntutan mungkin lebih sukar. Sebab itu penting untuk mengikuti tips berbelanja dengan bijak sejak awal.

4. Adakah lebih selamat membayar secara online menggunakan kad kredit atau kad debit?
Secara umum, kad kredit menawarkan perlindungan yang lebih baik berbanding kad debit kerana wang tidak terus ditolak daripada akaun simpanan anda.

5. Apakah bentuk pembayaran yang patut dielakkan?
Elakkan pindahan wang terus ke akaun peribadi yang tidak dikenali, pembayaran melalui pautan tidak rasmi, atau tawaran “DM sahaja” tanpa rekod transaksi jelas.