1. Langkah Interim Penetapan Semula Kos Perubatan – Soalan Lazim Kini Tersedia
Klik di sini untuk membaca Soalan Lazim yang telah dikemas kini atau hubungi kami di 1300-13-8338 (tekan 6) untuk bantuan lanjut.
 

2. Penggantungan Sementara Permohonan DDA
Bermula 16 Januari 2025, permohonan baharu untuk Kebenaran Debit Terus (DDA) akan digantung buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak.
Ketahui lebih lanjut
 

3. Bayar Caruman Anda dengan Mudah melalui i-Get In Touch (iGIT)
Guna iGIT untuk membuat bayaran caruman anda dengan selamat. Elakkan membuat bayaran melalui pihak ketiga.

 

4. Waktu Operasi Sepanjang Bulan Ramadan

5. Muat Turun Penyata 2025 Anda melalui i-Get In Touch (“IGIT”)”

Persiapan kewangan menjelang hari raya: sambut aidilfitri dengan bermakna tanpa beban kewangan

Persiapan kewangan menjelang hari raya: sambut aidilfitri dengan bermakna tanpa beban kewangan

Ketahui cara menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan bijak melalui persiapan hari raya yang terancang, bajet realistik & strategi kewangan untuk elak beban selepas raya.

11 Mar 2026
Social Share XF (BM)
Persiapan kewangan menjelang hari raya: sambut aidilfitri dengan bermakna tanpa beban kewangan

Ringkasan utama

  • Hari Raya yang bermakna datang daripada kebersamaan, bukan daripada perbelanjaan berlebihan.
  • Merancang bajet Hari Raya yang realistik membantu anda mengawal kewangan.
  • Strategi perbelanjaan yang bijak boleh mengelakkan tekanan kewangan selepas Raya.
  • Perlindungan kewangan dan dana kecemasan membantu keluarga sentiasa bersedia.

Hari Raya adalah sambutan yang meriah. Rumah meriah dengan kunjungan saudara-mara, meja penuh dengan juadah, dan suasana Syawal yang menggembirakan hati. Namun pernah tak anda alami situasi ini: selepas habis beraya, yang “beraya” sebenarnya ialah baki akaun bank anda… tinggal RM12.40 sahaja?

Hakikatnya, menyambut Hari Raya Aidilfitri tetap bermakna tanpa perlu berbelanja secara berlebihan. Dengan sedikit perancangan dan perbelanjaan yang bijak, keluarga boleh menikmati Syawal dengan tenang tanpa perlu risau tentang hutang, tekanan kewangan, atau penyesalan selepas itu.
Melalui persiapan Hari Raya yang lebih terancang, musim perayaan ini boleh dinikmati dalam masa yang sama memastikan kewangan kekal sihat.

Kenal pasti "kos sebenar" supaya bajet hari raya lebih realistik

Salah satu langkah penting dalam persiapan Hari Raya ialah memehami kos sebenar perbelanjaan perayaan. Ramai yang lambat sedar akan jumlah perbelanjaan selepas semuanya selesai dan ketika itu, sudah terlambat untuk mengawal bajet.

Mulakan dengan menyenaraikan perbelanjaan utama semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri, seperti:

  • • Perjalanan balik kampung (tol, minyak, tiket)
    • Baju raya
    • Kuih raya dan juadah
    • Persiapan rumah dan dekorasi
    • Rumah terbuka
    • Duit raya untuk anak-anak dan saudara mara
    • Hadiah untuk keluarga

Selepas itu, cuba bezakan antara keperluan dan kehendak.
Sebagai contoh:

  • Keperluan
    • Balik kampung menziarahi ibu bapa
    • Juadah asas Hari Raya
    • Duit raya untuk anak-anak dan saudara terdekat

  • Kehendak
    • Membeli beberapa pasang baju raya
    • Dekorasi rumah yang berlebihan
    • Kuih raya yang terlalu banyak

Selalunya kita terpengaruh dengan gaya hidup di media sosial atau standard orang lain. Namun sebenarnya, cara menyambut Hari Raya Aidilfitri yang paling bermakna ialah dengan mengeratkan hubungan kekeluargaan, bukan melalui jumlah perbelanjaan.

Dengan menetapkan bajet Hari Raya yang realistik berdasarkan kemampuan semasa, kita boleh menikmati suasana Syawal tanpa kerisauan.

Strategi bijak untuk raya tanpa terlebih bajet

Mengurus bajet Hari Raya dengan baik bukan bermaksud tidak boleh menikmati perayaan. Sebaliknya, ia membantu memastikan setiap perbelanjaan dibuat secara lebih terkawal dan bermakna.

Salah satu cara mudah ialah dengan membahagikan bajet kepada beberapa kategori seperti:

  • Makanan dan kuih raya
  • Duit raya
  • Pakaian
  • Perjalanan
  • Persiapan rumah

Anda juga boleh menggunakan kaedah had perbelanjaan seperti:

  • Kaedah sampul (envelope method)
  • Mengasingkan bajet dalam akaun berbeza

Selain itu, amalkan strategi praktikal ini semasa persiapan Hari Raya:
Tip praktikal berbelanja secara bijak semasa Raya:

  • Beli sepasang sahaja baju raya baru setiap tahun.
  • Pakai semula baju raya tahun-tahun lepas yang masih elok untuk ziarah hari berikutnya.
  • Tidak perlu membeli beg raya, tudung raya, atau kasut raya jika masih ada yang boleh digunakan.
  • Pilih baju dengan rekaan praktikal yang boleh dipakai semula ke majlis lain seperti kenduri kahwin atau majlis rasmi.
  • Buat kuih raya sendiri secara sederhana dan kurangkan membeli kuih yang terlalu banyak.
  • Pakaian sedondon memang menarik, tetapi tidak wajib.

Pendekatan ini membantu memastikan cara menyambut Hari Raya Aidilfitri kekal meriah tanpa membebankan kewangan.

Amalan harian untuk elak perbelanjaan berlebihan

Pengurusan kewangan semasa Raya sebenarnya bermula dengan tabiat harian.

Dengan membina disiplin kewangan dalam kehidupan seharian, anda akan lebih mudah mengawal perbelanjaan semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Antara amalan yang boleh dipraktikkan:

  • Elakkan membeli barang setiap kali terpengaruh dengan promosi di media sosial.
  • Kurangkan perasaan FOMO (fear of missing out) apabila melihat orang lain membeli barang baharu.
  • Semak dahulu barang yang sudah ada sebelum membeli yang baharu.
  • Elakkan pembelian impulsif jika nampak sesuatu yang menarik, beri masa untuk berfikir dahulu.
  • Amalkan konsep delayed gratification, iaitu menyimpan wang terlebih dahulu sebelum membeli barangan mahal.

Apabila tabiat ini diamalkan secara konsisten, pengurusan bajet Hari Raya akan menjadi lebih mudah dan terkawal.

Kekal bersedia jika berlaku perkara tidak dijangka

Walaupun kita merancang dengan teliti, perkara tidak dijangka boleh berlaku ketika musim perayaan.

Sebagai contoh:

  • Kereta rosak ketika perjalanan balik kampung
  • Anak tiba-tiba demam
  • Kos rawatan perubatan yang tidak dijangka
  • Perbelanjaan kecemasan lain

Oleh itu, disarankan untuk menyediakan “buffer” kewangan sekitar 10–15% daripada jumlah bajet Raya. Simpanan kecil ini boleh membantu anda mengurus situasi kecemasan tanpa perlu berhutang.

Selain itu, perlindungan kewangan juga penting untuk memastikan kestabilan keluarga sentiasa terpelihara.

Pelan takaful yang sesuai boleh membantu melindungi kewangan keluarga daripada risiko besar, sekali gus memberikan keyakinan untuk merancang persiapan Hari Raya dan kehidupan masa hadapan dengan lebih tenang.

Sambut Hari Raya Aidilfitri dengan lebih tenang

Hakikatnya, menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bermakna bukanlah dengan kemewahan, tetapi dengan kebahagiaan berkumpul bersama keluarga dan orang tersayang.

Dengan bajet yang realistik, strategi perbelanjaan yang bijak, dan perlindungan kewangan yang sesuai, anda boleh menikmati Syawal dengan hati yang lebih lapang tanpa beban kewangan selepas perayaan.

Terokai solusi perlindungan kewangan Takaful Great Eastern dan berbincang dengan Perunding Takaful hari ini untuk membantu merancang kewangan keluarga dengan lebih yakin.

1. Berapa jumlah bajet Hari Raya yang sesuai?
Jumlah bajet Hari Raya bergantung kepada kemampuan kewangan setiap keluarga. Mulakan dengan menyenaraikan keperluan utama dan tetapkan had perbelanjaan supaya tidak melebihi kemampuan.

2. Apakah cara menyambut Hari Raya Aidilfitri tanpa berbelanja besar?
Antara cara menyambut Hari Raya Aidilfitri secara sederhana ialah membeli pakaian secara praktikal, memasak juadah sendiri, dan memberi tumpuan kepada masa berkualiti bersama keluarga.

3. Mengapa penting membuat persiapan Hari Raya lebih awal?
Persiapan Hari Raya yang dirancang lebih awal membantu mengelakkan perbelanjaan tergesa-gesa serta memberi masa untuk menyusun bajet dengan lebih teratur.

4. Apakah perbelanjaan utama ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri?
Perbelanjaan utama biasanya melibatkan perjalanan balik kampung, pakaian raya, makanan, duit raya, serta persiapan rumah.

5. Bagaimana mengawal bajet Hari Raya dengan lebih berkesan?
Cara terbaik ialah memecahkan perbelanjaan kepada beberapa kategori dan menetapkan had untuk setiap kategori supaya bajet Hari Raya tidak melebihi kemampuan.