1. Langkah Interim Penetapan Semula Kos Perubatan – Soalan Lazim Kini Tersedia
Klik di sini untuk membaca Soalan Lazim yang telah dikemas kini atau hubungi kami di 1300-13-8338 (tekan 6) untuk bantuan lanjut.
 

2. Penggantungan Sementara Permohonan DDA
Bermula 16 Januari 2025, permohonan baharu untuk Kebenaran Debit Terus (DDA) akan digantung buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak.
Ketahui lebih lanjut
 

3. Bayar Caruman Anda dengan Mudah melalui i-Great In Touch (iGIT)
Guna iGIT untuk membuat bayaran caruman anda dengan selamat. Elakkan membuat bayaran melalui pihak ketiga.

Penjagaan diri dan kesejahteraan kewangan: pendekatan menyeluruh

Penjagaan diri dan kesejahteraan kewangan: pendekatan menyeluruh

Fahami maksud penjagaan diri & sejauh manakah pengurusan kewangan memberikan kesan kepada emosi & menjamin kesejahteraan hidup. Baca disini!

28 Jul 2025
Social Share XF (BM)
Penjagaan diri dan kesejahteraan kewangan: pendekatan menyeluruh

Penjagaan diri bukan sekadar hari ke spa atau pemakanan sihat – ia tentang penjagaan kesihatan mental, emosi dan juga kewangan anda. Dalam dunia yang serba pantas hari ini, memahami makna sebenar penjagaan diri melangkaui apa yang pernah kita percaya.

Hari ini, maksud penjagaan diri merangkumi pemerkasaan kewangan. Dalam artikel ini, kita akan mengupas bagaimana kesejahteraan kewangan yang bijak malalui Takaful boleh meningkatkan rutin penjagaan diri anda secara menyeluruh serta kualiti hidup dalam jangka panjang. 

Pengertian baharu penjagaan diri dalam kehidupan moden

Apa sebenarnya maksud penjagaan diri?  Walaupun ia mungkin bermula dengan penjagaan tidur, senaman dan pemakanan berkhasiat, maksud penjagaan diri hari ini turut merangkumi kepekaan terhadap masa, tenaga dan wang anda. 

Dengan peningkatan kos sara hidup dan ketidakpastian ekonomi, tekanan kewangan telah menjadi salah satu ancaman terbesar kepada kesihatan mental kita. Satu kajian oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) mendapati bahawa tekanan kewangan dalam kalangan pekerja Malaysia meningkat sebanyak 35% sejak pandemik bermula pada tahun 2020. Tekanan ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan mental, malah turut memberi kesan kepada prestasi kerja. 

Hubungan antara kesejahteraan kewangan dan ketenangan jiwa

Sejauh manakah pengurusan kewangan anda memberikan kesan kepada emosi?

Jawapannya – sangat besar. Ia bukan semata-mata tentang berapa banyak wang yang anda perolehi, tetapi bagaimanakah anda menguruskannya. Tabiat kewangan yang baik membawa kepada ketahanan emosi, tekanan yang lebih rendah, dan lebih kawalan terhadap kehidupan anda. Di sinilah amalan penjagaan diri dari segi kewangan memainkan peranan.

Amalan mudah seperti menyusun bajet, menyimpan untuk kecemasan, dan melindungi pendapatan anda adalah kunci kepada ketenangan fikiran jangka panjang. Antara contoh penjagaan diri dari sudut kewangan termasuk:

  • Menyediakan dana kecemasan untuk 3 hingga 6 bulan.
  • Menetapkan matlamat kewangan jangka pendek dan jangka panjang.
  • Mengelakkan hutang yang tidak perlu.
  • Melabur dalam pelan Takaful untuk perlindungan masa depan.

Ingin tahu bagaimanakah amalan pengurusan kewangan dapat menjamin kesejahteraan hidup? Mulakan dengan memahami aliran tunai anda, menjangkakan risiko, dan bersedia untuk sebarang kemungkinan dalam hidup. Inilah yang dimaksudkan dengan penjagaan diri.   

Takaful sebagai alat menyokong kesejahteraan menyeluruh

Perancangan kewangan bukan sekadar permainan angka – ia adalah satu cara untuk menjaga diri anda dan orang tersayang. Di sinilah Takaful memainkan peranan. Sebagai penyelesaian kewangan yang beretika dan berasaskan prinsip saling membantu, Takaful membantu anda melindungi masa depan sambil selari dengan nilai-nilai hidup anda. 

Dengan pelan Takaful yang sesuai, anda dapat meringankan beban kewangan sekiranya berlaku kecemasan perubatan, penyakit kritikal, atau kehilangan pendapatan. Ketenangan ini bukan sahaja menyokong akaun bank anda, tetapi juga juga keseimbangan emosi dan mental anda. 

Kami, sebagai contoh, menawarkan pelbagai penyelesaian yang boleh disesuaikan dengan keperluan dan tahap hidup anda. Daripada perlindungan asas sehingga pelan berorientasikan keluarga, semuanya dapat membantu menyokong amalan penjagaan diri dan kewangan anda, tanpa perlu risau tentang komitment berat, ia menjadi rakan strategik dalam usaha penjagaan diri dan kesejahteraan menyeluruh anda.

Penutup: Kunci kehidupan seimbang bermula dengan diri sendiri

Penjagaan diri lebih daripada sekadar lilin yang wangi dan lagu-lagu yang menenangkan. Ia adalah tentang membina masa depan yang stabil dan tenang. Ini termasuk membuat keputusan kewangan yang bijak hari ini demi melindungi hari esok.

Mulakan perjalanan anda ke arah kesejahteraan kewangan dan hidup dengan pelan Takaful daripada Great Eastern Takaful Berhad– dan alami sendiri bagaimana penjagaan seperti ini boleh membawa kehidupan yang lebih seimbang, terjamin dan bebas tekanan.