1. Langkah Interim Penetapan Semula Kos Perubatan – Soalan Lazim Kini Tersedia
Klik di sini untuk membaca Soalan Lazim yang telah dikemas kini atau hubungi kami di 1300-13-8338 (tekan 6) untuk bantuan lanjut.
 

2. Penggantungan Sementara Permohonan DDA
Bermula 16 Januari 2025, permohonan baharu untuk Kebenaran Debit Terus (DDA) akan digantung buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak.
Ketahui lebih lanjut
 

3. Bayar Caruman Anda dengan Mudah melalui i-Great In Touch (iGIT)
Guna iGIT untuk membuat bayaran caruman anda dengan selamat. Elakkan membuat bayaran melalui pihak ketiga.

Pemuliharaan Alam - Peranan Takaful dalam Kelestarian Alam Sekitar

Pemuliharaan Alam - Peranan Takaful dalam Kelestarian Alam Sekitar

Fahami peranan takaful dalam menyumbang kepada kemampanan & kelestarian alam sekitar melalui usaha dan komitmen terhadap alam sekitar. Baca di sini!

08 Aug 2025
Social Share XF (BM)
Pemuliharaan Alam - Peranan Takaful dalam Kelestarian Alam Sekitar

Melindungi bumi bukan lagi satu pilihan, tetapi merupakan tanggungjawab bersama. Dalam menghadapi cabaran perubahan iklim yang semakin meruncing serta kejadian cuaca ekstrem yang kian kerap berlaku, keperluan untuk mengambil tindakan secara lestari menjadi semakin mendesak. Artikel ini mengupas kaitan penting prinsip Takaful terhadap kelestarian alam sekitar, asas etika yang mendasari takaful serta peranan yang boleh kita mainkan bersama dalam memelihara masa depan yang lebih hijau dan mampan.

Keperluan Mendesak untuk Kelestarian Alam Sekitar

 

Dunia kini sedang menghadapi pelbagai cabaran alam sekitar yang semakin membimbangkan. Pemanasan global, pencemaran, kemusnahan ekosistem dan kehilangan biodiversiti bukan lagi isu terpencil. Masalah global ini adalah realiti yang memberi kesan kepada kehidupan harian kita. Perubahan cuaca ekstrem, krisis air dan pencemaran udara hanyalah sebahagian daripada akibatnya yang boleh dilihat dan dirasai.

Dalam konteks kemampanan alam sekitar, peranan setiap sektor perniagaan memainkan peranan yang amat penting. Sesebuah organisasi bukan sahaja berperanan sebagai pengeluar dan majikan, malah turut berfungsi sebagai agen perubahan yang berpengaruh dalam masyarakat. Oleh itu, setiap organisasi tidak boleh lagi memfokuskan kepada aktiviti perniagaan semata-mata malah perlu mengambil kira kesan jangka panjang terhadap alam sekitar dan masyarakat.

Setiap syarikat mempunyai peluang dan tanggungjawab untuk menunjukkan teladan. Dengan melaksanakan inisiatif hijau, menyokong amalan kitar semula dan mengurangkan jejak karbon, inisiatif ini akan memberikan impak positif yang besar kepada alam sekitar dan bumi. Apa yang dilakukan hari ini akan menentukan kualiti hidup generasi akan datang.

Persamaan Antara Prinsip Takaful dan Kelestarian

 

Salah satu prinsip utama dalam sistem takaful adalah Tabarru’ iaitu konsep tolong-menolong, tanggungjawab bersama dan amalan beretika. Prinsip ini menyeru setiap individu untuk bertindak bukan sekadar demi kepentingan diri sendiri, tetapi juga demi kesejahteraan bersama. Dalam konteks yang lebih luas, nilai-nilai ini selari dengan usaha pemeliharaan alam sekitar yang turut memerlukan komitmen kolektif dan kesedaran yang berterusan. Sama seperti bagaimana peserta takaful saling berkongsi risiko dan memberi perlindungan kepada satu sama lain, kita juga perlu berganding bahu dalam melindungi alam sekitar yang merupakan satu bentuk tanggungjawab bersama yang menjadi asas kepada kedua-dua sistem iaitu takaful dan kelestarian.

Keselarasan antara prinsip takaful dan amalan kelestarian bukanlah satu kebetulan. Komitmen takaful terhadap keadilan, kesaksamaan, dan ketelusan adalah nilai-nilai yang sama penting dalam membentuk strategi kelestarian alam sekitar yang berkesan dalam perniagaan. Sebuah organisasi yang benar-benar komited terhadap kelestarian bukan sahaja mematuhi peraturan dan garis panduan, tetapi juga turut menunjukkan penghormatan terhadap kontrak sosial bukan sahaja kepada pelanggan dan masyarakat tetapi juga kepada alam sekitar.

Komitmen Kami terhadap Alam Sekitar

Di Great Eastern Takaful Berhad, komitmen kami terhadap kelestarian alam sekitar bukan sekadar satu bentuk kesedaran semata-mata, tetapi diterjemahkan melalui tindakan nyata. Kami telah melaksanakan dan menyokong beberapa inisiatif hijau sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memelihara alam sekitar. Pada masa yang sama, kami turut menggalakkan para pemilik sijil untuk mengambil langkah-langkah pertimbangan yang lebih mesra alam sekitar dalam kehidupan harian mereka, selaras dengan nilai-nilai tanggungjawab bersama dan keprihatinan terhadap bumi yang kita kongsi bersama

Setiap pelaburan beretika yang dibuat melalui dana takaful kami turut disalurkan kepada sektor dan syarikat yang menunjukkan komitmen kukuh terhadap amalan pengurusan alam sekitar. Melalui pendekatan ini, para pemegang sijil secara tidak langsung memainkan peranan dalam menyokong usaha pemeliharaan alam sekitar pada skala yang lebih luas. Ini bukan sahaja membantu memperkukuhkan kelestarian sektor korporat, malah menyumbang kepada keseimbangan ekologi jangka panjang demi manfaat generasi akan datang.

Pilihan Bijak untuk Masa Depan Lestari

Kelestarian alam sekitar bukan sekadar satu pilihan, tetapi sebuah legasi yang akan kita tinggalkan untuk generasi akan datang. Setiap langkah yang kita ambil hari ini membentuk dunia yang akan kita wariskan kepada generasi akan datang. Sama ada anda seorang individu yang berusaha mengurangkan jejak karbon atau sebuah perniagaan yang meneroka pendekatan yang lebih hijau, masa untuk bertindak adalah sekarang.

Bersama Great Eastern Takaful Berhad, anda bukan sahaja melindungi masa depan kewangan anda, anda melalui perlindungan takaful yang patuh syariah, malah anda turut memainkan peranan dalam membina sebuah dunia yang lebih sihat, seimbang dan lestari. Komitmen kami terhadap pelaburan beretika dan inisiatif hijau membolehkan anda menyumbang ke arah perubahan yang lebih positif demi kebaikan bersama, hari ini dan untuk masa depan.