1. Langkah Interim Penetapan Semula Kos Perubatan – Soalan Lazim Kini Tersedia
Klik di sini untuk membaca Soalan Lazim yang telah dikemas kini atau hubungi kami di 1300-13-8338 (tekan 6) untuk bantuan lanjut.
 

2. Penggantungan Sementara Permohonan DDA
Bermula 16 Januari 2025, permohonan baharu untuk Kebenaran Debit Terus (DDA) akan digantung buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak.
Ketahui lebih lanjut
 

3. Bayar Caruman Anda dengan Mudah melalui i-Get In Touch (iGIT)
Guna iGIT untuk membuat bayaran caruman anda dengan selamat. Elakkan membuat bayaran melalui pihak ketiga.


4.Pejabat dan cawangan Great Eastern di seluruh negara (kecuali Sabah) akan ditutup
Pada jam 1.00 tengah hari pada 24 Disember 2025 (Rabu) sempena cuti Krismas. Cawangan Sabah akan ditutup sepenuhnya dari jam 8.30 pagi hingga 5.15 petang pada 24 Disember 2025 (Rabu). Operasi perniagaan akan diteruskan seperti biasa pada 26 Disember 2025 (Jumaat). Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami.
 

5. Kami sedia membantu 
Hubungi kami pada bila‑bila masa.

Musim Tengkujuh: Tip Perlindungan Kesihatan & Kediaman

Musim Tengkujuh: Tip Perlindungan Kesihatan & Kediaman

Dapatkan tip persediaan musim tengkujuh di Malaysia serta langkah keselamatan semasa banjir untuk menjaga kesihatan dan rumah anda bersama GETB!

07 Nov 2025
Social Share XF (BM)
Musim Tengkujuh: Tip Perlindungan Kesihatan & Kediaman
Ringkasan Utama
  • Persediaan awal menghadapi musim tengkujuh dapat mengurangkan risiko terhadap kesihatan dan kediaman.
  • Ikuti senarai semak persediaan musim tengkujuh untuk memastikan keselamatan keluarga.
  • Kukuhkan kestabilan kewangan agar lebih bersedia menghadapi situasi kecemasan.
Memahami Musim Tengkujuh di Malaysia

Musim tengkujuh di Malaysia membawa hujan yang memberi kehiduapn, namun ia juga membawa pelbagai risiko, daripada penyakit bawaan air dan demam denggi kepada banjir dan kerosakan harta benda. Ketika langit semakin gelap dan hujan bertambah lebat, keperluan untuk membuat persediaan awal menjadi semakin jelas. Tindakan awal bukan sahaja melindungi kesihatan dan kediaman, malah memastikan kestabilan kewangan apabila berhadapan dengan situasi yang tidak dijangka.

Dengan mengutamakan persediaan menghadapi musim tengkujuh, anda dapat mengurangkan gangguan, melindungi orang tersayang, dan menghadapi cabaran dengan yakin.

Lindungi Kesihatan Semasa Musim Tengkujuh

Hujan berpanjangan meningkatkan penularan penyakit bawaan air termasuk demam denggi dan jangkitan pernafasan yang boleh membebankan keluarga dan masyarakat. Gabungan kelembapan dan air bertakung akan menyebabkan berlakunya pembiakan kuman dan nyamuk.

Berikut ialah beberapa tip keselamatan musim tengkujuh untuk mengekalkan kesihatan yang baik sepanjang tempoh ini: • Kekal kering dan bersih: Tukar pakaian basah dengan segera bagi mengelakkan jangkitan kulat.

  • Pastikan persekitaran anda bersih: Buang air bertakung, dan bersihkan longkang untuk mengurangkan pembiakan nyamuk.
  • Tingkatkan imuniti anda: Makan makanan berkhasiat dan minum air secukupnya untuk menguatkan system imun anda.
  • Peka terhadap gejala: Dapatkan nasihat perubatan awal jika mengalami demam berpanjangan, batuk, atau simptom seperti selesema.
  • Ikuti makluman kesihatan semasa: Pantau kemas kini daripada Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai wabak atau amaran kesihatan berkaitan banjir.

Langkah kecil yang dilakukan setiap hari mampu membawa kesan besar dalam melindungi kesihatan keluarga sepanjang musim tengkujuh.

Pastikan Kediaman Selamat Daripada Banjir & Kerosakan

Hujan lebat boleh menyebabkan pelbagai cabaran semasa musim banjir seperti kejutan elektrik dari peralatan yang terendam air, atap bocor, dan kerosakan harta benda. Pemilik rumah boleh mengelakkan kerugian besar dengan mengambil langkah keselamatan sebelum hujan lebat bermula dan semasa banjir.

Berikut ialah senarai semak persediaan musim tengkujuh untuk kediaman anda:

  • Periksa bumbung dan dinding: Lakukan baik pulih jika terdapat sebarang keretakan di dinding atau kebocoran bumbung bagi mengelak berlakunya kerosakan harta benda akibat air.
  • Bersihkan saluran air dan longkang: Lakukan rutin pembersihan longkang di kawasan rumah anda bagi mengurangkan risiko banjir.
  • Lindungi barang berharga: Simpan dokumen penting di tempat yang selamat dan mudah dicapai. Pastikan juga barangan elektronik di letakkan di tempat tinggi atau bekas kalis air.
  • Sediakan kit kecemasan: Sertakan lampu suluh, bateri, makanan kering, air minuman dan peti pertolongan cemas.
  • Cabut palam elektrik semasa ribut: Putuskan sambungan elektrik untuk mengelakkan litar pintas dan kerosakan peralatan.

Sikap proaktif menjimatkan masa, wang dan memberikan ketenangan minda ketika hujan lebat melanda. Bagi mereka yang tinggal di kawasan berisiko banjir, pastikan anda mengetahui pelan pemindahan dan lokasi pusat pemindahan sekiranya berlaku banjir.

Sediakan Kewangan Untuk Kecemasan

Musim tengkujuh bukan sahaja memberi kesan kepada keselamatan fizikal tetapi turut menjejaskan kestabilan kewangan. Kos rawatan perubatan, pembaikan rumah, dan pemindahan sementara boleh meningkat dengan cepat tanpa dijangka. Kesiapsiagaan kewangan amat penting dalam memastikan proses pemulihan berjalan dengan lebih lancar semasa krisis.

Berikut adalah cara untuk membuat persediaan kewangan:

  • Wujudkan tabung kecemasan: Simpan sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan perbelanjaan asas.
  • Semak perlindungan semasa anda: Pastikan pelan kesihatan atau kediaman anda meliputi kerosakan akibat banjir.
  • Pertimbangkan pelan Takaful: Takaful menawarkan perlindungan berasaskan kerjasama yang membantu keluarga pulih daripada kejutan kewangan yang tidak dijangka.
  • Simpan dokumen penting dengan selamat: Muat naik salinan digital kad pengenalan, sijil perlindungan, dan nombor kecemasan dalam talian yang selamat.

Persediaan bukan sekadar bertindak semasa bencana, tetapi memastikan proses pemulihan lebih cepat, tenang, dan mampan.

 

Kesimpulan

Menghadapi musim tengkujuh bukan sekadar menyediakan payung tetapi turut melibatkan usaha menjaga kesihatan, melindungi kediaman dan memperkukuhkan kestabilan kewangan daripada situasi luar jangkaan. Dengan melaksanakan langkah pencegahan asas serta perlindungan yang sesuai, anda boleh menghadapi musim hujan dengan lebih tenang di samping memastikan keluarga dan harta benda sentiasa dilindungi.

 

Soalan Lazim (FAQ)

1. Apakah keperluan penting dalam senarai semak persediaan musim tengkujuh?
Antara barangan penting ialah bekas kalis air untuk dokumen berharga, peti pertolongan cemas, makanan kering, lampu suluh, bateri, serta senarai nombor kecemasan.

2. Bagaimana cara melindungi rumah semasa banjir?
Bersihkan saluran air, tampal kebocoran, dan cabut palam elektrik semasa ribut. Simpan dokumen penting dalam beg kalis air dan letakkan peralatan elektronik di tempat yang lebih tinggi.

3. Mengapa persediaan kewangan amat penting semasa musim tengkujuh?
Kesiapsiagaan kewangan membantu keluarga mengurus kos rawatan, pembaikan atau pemindahan tanpa menjejaskan kestabilan jangka panjang. Pelan Takaful juga dapat memberikan perlindungan tambahan semasa kecemasan.