1. Langkah Interim Penetapan Semula Kos Perubatan – Soalan Lazim Kini Tersedia
Klik di sini untuk membaca Soalan Lazim yang telah dikemas kini atau hubungi kami di 1300-13-8338 (tekan 6) untuk bantuan lanjut.
 

2. Penggantungan Sementara Permohonan DDA
Bermula 16 Januari 2025, permohonan baharu untuk Kebenaran Debit Terus (DDA) akan digantung buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak.
Ketahui lebih lanjut
 

3. Bayar Caruman Anda dengan Mudah melalui i-Great In Touch (iGIT)
Guna iGIT untuk membuat bayaran caruman anda dengan selamat. Elakkan membuat bayaran melalui pihak ketiga.

Detoks digital: kurangkan masa skrin, tingkatkan gaya hidup

Detoks digital: kurangkan masa skrin, tingkatkan gaya hidup

Apa itu detoks digital? Ketahui maksud, faedah & fahami mengapa mengurangkan masa skrin & detoksifikasi digital adalah penting untuk kehidupan anda!

23 Jun 2025
Social Share XF (BM)
Detoks digital: kurangkan masa skrin, tingkatkan gaya hidup

Dalam dunia yang serba pantas dan sentiasa berhubung, skrin mendominasi kehidupan kita – daripada kerja dan komunikasi hingga hiburan. Namun, masa skrin yang berlebihan semakin dikaitkan dengan keletihan mental, gangguan tidur, dan penurunan tahap fokus. Detoks digital bukan sekadar trend – ia adalah usaha untuk mengembalikan keseimbangan hidup kita. Artikel ini akan menerangkan apa itu detoks digital, kepentingan mengurangkan masa skrin berlebihan, serta manfaat detoksifikasi digital yang boleh meningkatkan kesejahteraan mental dan kewangan anda. 

Apa itu digital detoks? 

Untuk permulaan, mari kita fahami maksud apa itu detoks digital. Detoks digital melibatkan usaha untuk menjauhkan diri daripada peranti digital seperti telefon pintar, komputer, tablet dan juga televisyen untuk satu tempoh masa tertentu. Tujuannya adalah untuk membantu individu menilai semula hubungan mereka dengan teknologi, mengurangkan kebergantungan kepada skrin, dan mengembalikan semula tabiat yang lebih sihat dalam rutin harian.

Detoks digital tidak bermaksud menolak teknologi sepenuhnya, sebaliknya ia menekankan sempadan yang sihat dalam penggunaanya. Contohnya, menetapkan waktu bebas telefon sebelum tidur, meluangkan hujung minggu tanpa media sosial, atau mewujudkan zon bebas teknologi. Tindakan kecil tetapi berkesan ini mampu membawa manfaat besar.   

Kesan penggunaan skrin berlebihan

Kesan masa skrin berlebihan: keletihan digital, gangguan corak tidur, ketegangan mata & lain-lain.

Menghabiskan masa yang panjang menatap skrin boleh menyebabkan keletihan digital. Kepentingan mengurangkan masa skrin lebih jelas apabila mempertimbangkan kesannya: gangguan pola tidur, ketegangan mata, obesiti, penurunan produktiviti, dan hubungan sosial yang lemah.

Kajian oleh Harvard Medical School menunjukkan bahawa cahaya biru yang dipancarkan oleh skrin boleh menghalang penghasilan melatonin, iaitu hormon yang penting untuk tidur. Tambahan pula, lambakan dan maklumat berlebihan boleh meningkatkan tekanan dan mengganggu tumpuan dalam interaksi dengan orang lain. 

Dalam konteks pekerjaan, terlalu bergantung kepada peranti digital boleh mengaburkan sempadan antara masa kerja dan masa rehat, sekali gus menyumbang kepada keletihan melampau. Mengehadkan pendedahan skrin di luar waktu kerja menggalakkan rehat yang sebenar dan meningkatkan fungsi kognitif. 

Bagaimana detoks digital meningkatkan kesejahteraan mental & kewangan

Manfaat detoksifikasi digital: mengurangkan keresahan, meningkatkan mood & corak tidur yang sihat

Manfaat detoksifikasi digital bukan hanya sekadar kejelasan mental. Dengan mengurangkan masa di skrin, kita dapat mengurangkan keresahan, meningkatkan mood, dan menggalakkan corak tidur yang lebih sihat. Ia juga membuka ruang untuk hobi, aktiviti fizikal, dan lebih banyak masa berkualiti bersama orang tersayang – semuanya menyumbang kepada kesihatan emosi yang lebih baik. 

Masa skrin yang terkawal juga amat penting untuk kanak-kanak. Apabila penggunaan skrin dihadkan, mereka berpeluang meluangkan
lebih banyak masa bersama keluarga, membina kemahiran komunikasi dan sosial yang lebih baik, serta lebih fokus dalam pelajaran. Tabiat positif ini menyumbang kepada perkembangan sihat dan hubungan kekeluargaan yang lebih erat.

Dari sudut kewangan pula, detoks digital membantu mengurangkan pembelian impulsif. Kurangnya pendedahan kepada iklan dan promosi di platform beli-belah dalam talian, anda kurang terdorong untuk membuat pembelian yang tidak perlu. Sebaliknya, anda boleh menilai semula keutamaan kewangan dan membentuk tabiat berbelanja yang lebih bijak. . 

Tambahan pula, mengehad masa skrin mendorong kita untuk mengurus masa dengan lebih baik. Dengan mengehadkan masa skrin, anda mungkin akan lebih produktif, fokus dalam setiap tugasan harian, sama ada di tempat kerja mahupun di rumah.  

Penutup

Sudah tiba masanya untuk berehat dari skrin dan fokus. Sama ada melalui hujung minggu tanpa media sosial atau satu jam bebas skrin setiap hari,detoks digital boleh memberikan impak besar terhadap gaya hidup anda. Daripadavtidur yang lena dan hubungan yang lebih erat, hinggalah keputusan kewangan yang lebih bijak, kepentingan detoks digital memang tidak dapat disangkal.  

Mulakan langkah anda hari ini –  fahami maksud detoks digital, amalkan tabiat digital yang lebih berhemah, dan temui diri anda yang lebih sihat dan seimbang. Anda berkuasa untuk mengambil semula kawalan terhadap gaya hidup anda, satu saat tanpa skrin pada satu masa.