Sisi baik COVID-19 pemangkin gaya hidup era digital

Sisi baik COVID-19 pemangkin gaya hidup era digital

Di sebalik kesan negatif yang kita hadapi akibat COVID-19, terdapat juga hikmah yang tersirat daripada ujian yang melanda. Antaranya adalah perkembangan gaya hidup era digital yang sedang kita lalui. Apakah lagi sudut positif pandemik COVID-19 dalam kehidupan seharian kita?

Social Share XF (BM)
Sisi baik COVID-19 pemangkin gaya hidup era digital

Badai wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia, tidak terkecuali Malaysia, memang betul-betul memberi impak kepada kita, terutamanya dari segi ekonomi.

Dengan limitasi pergerakan yang diperkenalkan bagi membendung wabak ini, banyak aktiviti perniagaan terhenti. Lebih parah ramai yang kehilangan kerja dek kerana syarikat tidak boleh beroperasi dan pendapatan yang semakin berkurangan.

Di sebalik kesan negatif yang kita hadapi, terdapat juga hikmah yang tersirat daripada ujian yang melanda. Antaranya adalah perkembangan gaya hidup era digital yang sedang kita lalui.

Wabak COVID-19 ini seolah-olah mempercepatkan lagi perubahan gaya hidup kita ini.

Gaya kerja norma baharu

Dengan perintah kawalan pergerakan, kebanyakan syarikat sudah mula beradaptasi dengan polisi kerja norma baharu iaitu kerja dari rumah.

Bagi golongan muda, ini mungkin perkara biasa kerana syarikat-syarikat pemula (start up) sudah pun amalkan gaya kerja baru ini. Namun, bagi syarikat-syarikat yang sudah lama terutamanya agensi kerajaan, ini sesuatu yang mencabar.

Mahu atau tidak, kita perlu berevolusi untuk terapkan gaya hidup baru ini. Segala aktiviti sudah dijalankan secara atas talian seperti mesyuarat, dokumentasi, pengurusan sumber manusia dan sebagainya.

Secara tidak langsung, perkara ini sebenarnya telah menjimatkan banyak kos seperti kurangnya penggunaan elektrik, ruang pejabat dan tenaga kerja.
 

Pekerja bekerja dari jauh di luar pejabat korporat

 

Peluang perniagaan online/atas talian

Sisi buruk pengurangan kos syarikat ini ialah pemberhentian pekerja. Namun, dengan segala perkara boleh dilakukan secara atas talian, sebenarnya terdapat peluang perniagaan secara atas talian yang boleh diceburi.

Ini ditambah dengan gaya hidup baru masyarakat hari ini yang lebih gemar untuk membeli secara atas talian kerana hendak kurangkan sentuhan sesama individu.

Dengan pengenalan pelbagai inisiatif daripada kerajaan dan agensi-agensi bagi mereka yang memulakan perniagaan, ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka jana pendapatan dan berniaga kecil-kecilan terlebih dahulu.

Selain itu, mereka juga akan diberi bimbingan untuk terus mengembangkan perniagaan mereka.

Peningkatan literasi kewangan

Dalam situasi ekonomi yang mencabar hari ini, ramai orang sudah mula berjaga-jaga dalam pengurusan kewangan. Berjaga-jaga di sini bermaksud berhati-hati dalam perbelanjaan.

Tambahan, tempoh kita yang lebih lama secara atas talian menyebabkan ilmu-ilmu perancangan kewangan datang tanpa perlu dicari pun. Contohnya, bila buka Facebook sahaja, ada sahaja perkongsian yang bermanfaat daripada mereka yang pakar dalam kewangan.

Hal ini dapat dibuktikan dengan peningkatan caruman takaful keluarga dan am masing-masing kepada 29.6% dan 16.4% berbanding insurans nyawa (12.2%) dan insurans am (-1.3%).

Selain itu, industri pelaburan juga telah berubah daripada tradisional kepada berbentuk digital.

Pelbagai instrumen pelaburan di Malaysia yang sah telah diperkenalkan secara digital seperti terdapatnya robo-advisor yang boleh uruskan pelaburan kita menggunakan teknologi artificial intelligence (AI). Dengan ini, bagi mereka yang tiada masa untuk pantau pelaburan, boleh manfaatkan tekonologi ini.

Lebih menarik, sekarang ni terdapat banyak aplikasi kewangan yang boleh bantu pengguna rekod segala perbelanjaan pengguna. Oleh itu, pengguna boleh urus perbelanjaan dengan cermat.

Dengan bantuan teknologi, pengguna boleh buat keputusan yang betul. Sebagai contoh, terdapat fungsi kalkulator takaful yang disediakan dalam laman Great Eastern Takaful, pengguna boleh tahu sendiri anggaran caruman mengikut objektif masing-masing.

Pembelajaran secara atas talian

Hari ini kita juga boleh peroleh ilmu-ilmu melalui kursus yang dijalankan secara atas talian. Maklumlah sekarang ni sekolah pun tutup, jadi kebanyakan proses pembelajaran dilakukakan dalam alam maya.

Cikgu-cikgu juga sudah mula manfaatkan kelebihan teknologi bagi memudahkan proses pembelajaran.

Atas keprihatinan pelbagai pihak bagi membantu mereka yang terkesan dengan ujian wabak COVID-19 ini, terdapat pelbagai kursus yang diberikan secara percuma.

Bermula daripada topik pembelajaran sekolah sehingga topik-topik perniagaan ditawarkan. Dengan akses ilmu yang lebih mudah, taraf hidup rakyat juga dapat ditingkatkan.

Semestinya perubahan yang dinamik ini tidak boleh menyelesaikan masalah dalam masa yang singkat. Tetapi dalam jangka masa yang panjang pasti akan memberi manfaat kepada semua orang.
 

Pembelajaran dilakukan secara maya semasa pandemik Covid-19

Source:

1. https://www.thehindubusinessline.com/catalyst/covid-19-could-be-an-accelerant-to-digital-transformation/article31238517.ece
2. COVID-19: the changing fortunes of industries and how businesses can thrive (linkedin.com)
3. https://thefinancialbrand.com/102670/digital-transformation-requires-a-culture-of-innovation/