Membantu pelanggan merentasi generasi untuk Mencapai Kejayaan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pada 26 Ogos 2025, kami meraikan ulang tahun ke-117 Great Eastern — satu legasi kepercayaan dan khidmat yang telah merentasi generasi di Singapura dan Malaysia. Pada Disember ini, kami juga berbesar hati menyambut ulang tahun ke-15 Great Eastern Takaful, sebagai bukti komitmen berterusan kami dalam melindungi kehidupan anda.
Kami amat menghargai sokongan dan kepercayaan yang telah anda berikan sepanjang perjalanan ini. Ia menjadi asas kepada segala usaha kami.
Ulang tahun ini bukan sekadar mengenang masa lalu, tetapi juga menandakan langkah berani ke hadapan. Kami sedang memperkukuh strategi untuk terus menjadi rakan yang dipercayai dalam kesejahteraan kewangan anda, di setiap peringkat kehidupan.
Ini termasuk pembangunan penyelesaian yang lebih bersasar mengikut keperluan dan matlamat anda yang sentiasa berubah, serta pelaburan dalam alat digital untuk mempertingkatkan khidmat nasihat dan perlindungan dalam aspek kesihatan, perancangan kekayaan dan legasi.
Great Eastern Takaful berada dalam kedudukan unik untuk menawarkan pelbagai perkhidmatan merentasi takaful keluarga, perniagaan korporat, atas talian, bancatakaful dan mikrotakaful. Dengan perkhidmatan digital yang lancar, kami berusaha menjadikan perlindungan lebih mudah diakses dan tanpa kerumitan — agar anda dapat mengurus kewangan dengan lebih yakin dan selesa.
Logo Baharu
Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ini, kami akan memperkenalkan logo baharu Great Eastern Takaful. Ia bukan sekadar perubahan rupa — tetapi mencerminkan identiti kami sebagai pengendali takaful moden, berdaya tahan dan bersedia untuk masa depan, yang tetap berpegang kepada nilai kepercayaan dan keprihatinan.
Logo baharu ini juga selari dengan jenama induk Great Eastern, melambangkan kesatuan dan kekuatan kumpulan kami. Simbol singa yang digunakan mewakili kekuatan, ketahanan dan kepimpinan — nilai yang telah membentuk perjalanan kami selama lebih satu abad.
Kisah Yang Menginspirasikan
Sepanjang perjalanan ini, kami berpeluang menyaksikan pelbagai kisah penuh keberanian, pemulihan, dan kejayaan peribadi. Sama ada ketika melalui fasa perubahan hidup, memulakan langkah baru, menghadapi kecemasan kesihatan, atau merancang impian masa depan — setiap kisah menjadi bukti bagaimana Great Eastern Takaful sentiasa melindungi perkara yang paling penting, agar anda kekal fokus dalam mencapai matlamat hidup.
Kami raikan kisah-kisah ini, dan kami berharap ia terus menjadi inspirasi untuk anda menulis kisah ‘Mencapai Kejayaan’ anda sendiri.
Momen Bermakna
Kami juga terinspirasi dengan Perunding Takaful kami yang menjadikan khidmat kepada pelanggan sebagai panggilan peribadi. Salah seorang daripada mereka telah memberi impak besar kepada komuniti dan pelanggan mereka.
Jika anda memerlukan panduan kewangan, kami menggalakkan anda untuk berhubung dengan Perunding Takaful kami.
Khas Untuk Anda
Kami percaya takaful bukan sekadar produk, tetapi satu hubungan yang boleh dipercayai. Oleh itu, kami komited untuk memberikan nilai sebenar dan terus berusaha untuk meraih kepercayaan anda setiap hari. Berikut adalah beberapa program dan perkhidmatan yang dirangka khas untuk anda:
Kami akan terus komited untuk menyokong anda dan keluarga, bukan hanya untuk meraikan 15 tahun yang telah berlalu — tetapi untuk membina masa depan yang lebih cerah bersama.
Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan kami.
Salam hormat,

Ketua Pegawai Eksekutif
Shahrul Azlan Shahriman