1. Gangguan Sementara terhadap Perkhidmatan yang Memerlukan Komunikasi Melalui E-mel: Susulan gangguan perkhidmatan Microsoft 365 yang sedang berlaku, kami sedang mengalami kelewatan dalam memberikan maklum balas terhadap pertanyaan melalui e-mel serta kesukaran mengakses perkhidmatan tertentu di i-Get In Touch yang memerlukan pengesahan Kata Laluan Sekali Guna (OTP) melalui e-mel. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami dan amat menghargai kesabaran serta kerjasama anda sementara isu ini sedang diselesaikan. Untuk mendapatkan bantuan, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan kami di 1300-13-8338 sepanjang waktu operasi. Terima kasih.

 

2. Peringatan Keselamatan: Kekal Berwaspada dan lindungi maklumat peribadi anda. Jangan sekali-kali berkongsi kata laluan atau Kata Laluan Sekali Guna (OTP) anda dengan sesiapa pun, termasuk individu yang mendakwa mewakili Great Eastern Takaful. Jika anda menghadapi sebarang aktiviti yang mencurigakan atau mempunyai kebimbangan mengenai keselamatan maklumat peribadi anda, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan kami di 1300-13-8338 atau emel kami di i-greatcare@greateasterntakaful.com untuk bantuan.

 

3. AMARAN PENIPUAN! Berhati-hati dengan penipu yang berpura-pura menawarkan pinjaman bank peribadi dengan perlindungan perlindungan takaful dengan syarat pembayaran caruman hendaklah dibayar sebelum jumlah pinjaman yang diluluskan dikeluarkan. Jangan jadi mangsa penipuan ini!

 

4. Kami menggalakkan anda untuk mengambil langkah berjaga-jaga apabila memberikan sebarang maklumat sulit melalui Internet. Anda tidak akan diminta untuk memberikan butiran peribadi dalam talian untuk mengakses maklumat produk kami.

Menjalankan Perniagaan Secara Bertanggungjawab

Kami melindungi nilai jangka panjang pihak berkepentingan dengan mengintegrasikan amalan perniagaan yang bertanggungjawab serta tadbir urus yang kukuh di seluruh organisasi kami

Tadbir Urus dan Budaya

Kejayaan jangka panjang kami dibina berasaskan tadbir urus yang berkesan. Kerangka ini memastikan kami melaksanakan strategi dengan integriti, memupuk kepercayaan semua pihak berkepentingan, serta mengekalkan kecemerlangan operasi di samping menggalakkan budaya pengurusan risiko dan pematuhan yang kukuh.

Pendekatan Pengurusan Kami

Keselamatan Siber dan Perlindungan Data

Program keselamatan siber kami dikaji semula dan diperkemas secara berkala untuk menangani risiko baharu serta mengaplikasikan langkah pertahanan terkini, bagi memastikan perlindungan berterusan terhadap data pelanggan dan integriti operasi kami. Kerangka tadbir urus kami berasaskan dasar dan piawaian yang ketat, merangkumi penguatkuasaan dasar pengurusan risiko pihak ketiga serta dasar dan garis panduan dalaman berkaitan pengurusan data dan aset pelanggan.

Penggunaan AI Secara Bertanggungjawab

Kami mengamalkan pendekatan proaktif dalam membangunkan dan melaksanakan model AI yang bertanggungjawab. AI Model Governance Policy kami memastikan amalan AI beretika selaras dengan AI Model Ethics Statement kami. Dengan menerapkan prinsip-prinsip ini dalam pembangunan AI, kami berhasrat untuk memanfaatkan potensi transformasi AI bagi memacu kejayaan perniagaan, sambil meminimumkan potensi impak negatif.

Urus Niaga Secara Adil

Kami komited untuk melindungi dan meningkatkan kesejahteraan kewangan pelanggan melalui interaksi yang jujur dan telus bagi memupuk kepercayaan dan kesetiaan serta menyokong kemampanan jangka panjang perniagaan kami. Kami menyediakan maklumat yang jelas, relevan dan tepat pada masanya bagi menyokong pembuatan keputusan, dan kami menangani sebarang pelanggaran atau kelemahan dengan penuh ketelitian bagi mengekalkan integriti sistem kewangan kami.

Pencegahan Jenayah Kewangan

Usaha membanteras pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan dan pembiayaan aktiviti berkaitan senjata merupakan sebahagian penting dalam strategi kemampanan kami. Kami mengambil pendekatan proaktif untuk melindungi integriti sistem kewangan serta mengekalkan kepercayaan pihak berkepentingan dengan pendirian “toleransi sifar” terhadap risiko penipuan. Kami juga mengutamakan prinsip dan piawaian anti-rasuah dan pencegahan rasuah yang kukuh bagi mempromosikan integriti dan standard etika tertinggi dalam seluruh operasi kami.