1. Gangguan Sementara terhadap Perkhidmatan yang Memerlukan Komunikasi Melalui E-mel: Susulan gangguan perkhidmatan Microsoft 365 yang sedang berlaku, kami sedang mengalami kelewatan dalam memberikan maklum balas terhadap pertanyaan melalui e-mel serta kesukaran mengakses perkhidmatan tertentu di i-Get In Touch yang memerlukan pengesahan Kata Laluan Sekali Guna (OTP) melalui e-mel. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami dan amat menghargai kesabaran serta kerjasama anda sementara isu ini sedang diselesaikan. Untuk mendapatkan bantuan, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan kami di 1300-13-8338 sepanjang waktu operasi. Terima kasih.

 

2. Peringatan Keselamatan: Kekal Berwaspada dan lindungi maklumat peribadi anda. Jangan sekali-kali berkongsi kata laluan atau Kata Laluan Sekali Guna (OTP) anda dengan sesiapa pun, termasuk individu yang mendakwa mewakili Great Eastern Takaful. Jika anda menghadapi sebarang aktiviti yang mencurigakan atau mempunyai kebimbangan mengenai keselamatan maklumat peribadi anda, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan kami di 1300-13-8338 atau emel kami di i-greatcare@greateasterntakaful.com untuk bantuan.

 

3. AMARAN PENIPUAN! Berhati-hati dengan penipu yang berpura-pura menawarkan pinjaman bank peribadi dengan perlindungan perlindungan takaful dengan syarat pembayaran caruman hendaklah dibayar sebelum jumlah pinjaman yang diluluskan dikeluarkan. Jangan jadi mangsa penipuan ini!

 

4. Kami menggalakkan anda untuk mengambil langkah berjaga-jaga apabila memberikan sebarang maklumat sulit melalui Internet. Anda tidak akan diminta untuk memberikan butiran peribadi dalam talian untuk mengakses maklumat produk kami.

Memacu ke Arah Masa Depan Sifar Bersih

Menyokong peralihan ke arah sifar bersih melalui inovasi penyelesaian takaful dan pengurusan modal yang berhemah

Komitmen ke Arah Sifar Bersih

Kami terus memainkan peranan penting dalam memajukan aspirasi iklim Kumpulan Great Eastern merangkumi aspek pelaburan dan operasi dalaman. Kami komited untuk menyumbang kepada peralihan ke arah sifar bersih. Pendekatan pembiayaan bertanggungjawab kami mengintegrasikan pertimbangan ESG dalam keputusan pelaburan, menetapkan pengecualian serta menyalurkan modal ke dalam penyelesaian iklim yang menyokong penyahkarbonan dunia sebenar.

Sasaran Interim 2030 Kumpulan Great Eastern

Pengurangan 40% jejak karbon bagi ekuiti tersenarai dan 45% pengurangan bagi bon korporat
  
Pengurangan 30% dalam pelepasan karbon bagi perniagaan motor runcit berdasarkan pelepasan per premium bertulis kasar (GWP)
  
Mencapai sasaran Sifar Bersih Operasi 2025 serta terus mengurangkan impak langsung alam sekitar daripada operasi kami
  

Discover more

Mengurus Risiko Iklim

Perubahan iklim merupakan salah satu cabaran paling kompleks dan kritikal pada masa kini. Kami mengiktirafnya sebagai risiko yang semakin berkembang dan merentasi pelbagai aspek yang berpotensi memberi kesan kepada prestasi kewangan melalui pelbagai kategori risiko. Sebagai pengendali takaful, kami komited untuk menilai, mengukur dan mengurus risiko berkaitan iklim merentasi portfolio pelaburan dan Pengunderaitan kami bagi melindungi kepentingan para peserta. Memperkukuh daya tahan kewangan dan operasi kekal sebagai keutamaan kami dalam menyokong peralihan ke arah masa depan rendah karbon.

Komitmen ke Arah Masa Depan Sifar Bersih

Kami terus memainkan peranan penting dalam memajukan aspirasi iklim organisasi Great Eastern merangkumi aspek pelaburan dan operasi dalaman. Kami komited untuk melaksanakan peranan kami dalam menyokong peralihan ke arah sifar bersih. Pendekatan pembiayaan bertanggungjawab kami mengintegrasikan pertimbangan ESG dalam keputusan pelaburan, menetapkan pengecualian tertentu, serta menyalurkan modal ke dalam penyelesaian iklim yang menyokong penyahkarbonan dunia sebenar.

Meminimumkan Pelepasan Operasi

Kami komited untuk mengurangkan impak alam sekitar daripada operasi kami apabila berpeluang di samping memupuk budaya kemampanan di seluruh organisasi. Dalam masa yang sama kami terus menjejaki kemajuan terhadap sasaran jejak operasi 2025, kami juga memperkukuh komitmen untuk mencapai pelepasan sifar bersih merentasi operasi kami menjelang 2050.