1. Langkah Interim Penetapan Semula Kos Perubatan – Soalan Lazim Kini Tersedia
Klik di sini untuk membaca Soalan Lazim yang telah dikemas kini atau hubungi kami di 1300-13-8338 (tekan 6) untuk bantuan lanjut.
 

2. Penggantungan Sementara Permohonan DDA
Bermula 16 Januari 2025, permohonan baharu untuk Kebenaran Debit Terus (DDA) akan digantung buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak.
Ketahui lebih lanjut
 

3. Bayar Caruman Anda dengan Mudah melalui i-Great In Touch (iGIT)
Guna iGIT untuk membuat bayaran caruman anda dengan selamat. Elakkan membuat bayaran melalui pihak ketiga.

Pemindaan butiran peribadi

Nama/tarikh lahir/jantina/nama gelaran/negara kelahiran/kewarganegaraan/No Kad Pengenalan/sijil kelahiran/No. paspot

Dokumen yang diperlukan:

1. Borang permohonan bagi perubahan butiran diri (PSF01A)
2. Salinan benar bersijil NRIC/paspot/sijil kelahiran

Penafian:

Syarikat berhak untuk membuat penilaian semula dan meminta keperluan perubatan lanjut, soal selidik, dan bukti kewangan (jika ada).

Nota penting:

Kami hanya menerima penghantaran borang/surat melalui i-Get In Touch ("iGIT"). Pemilik sijil dinasihatkan untuk memuat naik borang/surat tersebut dalam iGIT. Walau bagaimanapun, jika pemilik sijil tidak dapat memuat naik surat dalam iGIT, pemilik sijil boleh meminta ejen perkhidmatan untuk memuat naik surat tersebut melalui i-Great Partner dengan alasan yang sah dinyatakan dalam borang/surat.

Soalan dan Jawapan

Pemilik SIjil boleh menukar nama Orang Yang DIlindungi (hanya menukar nama yang sedia ada tetapi tidak boleh menukar nama kepada nama orang lain). Sekiranya keseluruhan nama adalah berbeza daripada nama di dalam rekod asal, dokumen rasmi yang boleh membuktikan penukaran nama daripada pihak yang berkaitan dan dokumen pengenalan baru adalah diperlukan. Contoh: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Pemilik Sijil hanya perlu menghantar salinan Kad Pengenalan yang diakui sah.

Pelanggan diminta untuk menghantar dokumen pengenalan baru dan dokumen sokongan yang berkaitan seperti Sijil Kewarganegaraan yang diakui sah melalui salinan oleh GSM Kanan Syarikat, GSM dan USM, Pengurus Agensi. Doktor, Peguam, Majistret, Notari Awam atau pegawai Syarikat kami yang diberi kuasa. Kami hanya akan menerima borang/ surat yang dihantar melalui i-Get In Touch (iGIT), Pemilik Sijil disarankan untuk memuatnaik kesemua dokumen sokongan berserta dengan borang melalui portal pelanggan kami, Namun begitu, sekiranya pemilik sijil tidak dapat memuatnaik dokumen melalui iGIT, pemilik sijil boleh mendapatkan bantuan ejen beliau untuk memuatnaik dokumen itu melalui i-Great Partner dengan alasan yang kukuh pada borang tersebut.

Pemilik SIjil tidak perlu hadir ke pejabat kerana beliau boleh menghantar salinan yang telah diakui sah melalui emel. Pemilik sijil boleh menghantar dokumen ke i-greatcare@greateasterntakaful.com.

Sekiranya terdapat pembetulan nama/pertukaran kewarganegaraan, asal atau salinan Sijil Kelahiran, Kad Pengenalan & Sijil Kewarganegaraan yang diakui sah oleh individu yang mempunyai kuasa seperti doktor, peguam, pegawai bank, majestret, Notari Awam, Pengurus Agensi, ejen dan seumpamanya adalah diperlukan. Bagi pengesahan oleh ejen, tandatangan orang yang dilindungi pada dokumen adalah diperlukan. (Sebagai alternatif ianya boleh diakui sah oleh pegawai yang diberi kuasa oleh Syarikat). Sekiranya nama secara keseluruhannya berbeza dengan rekod asal, dokumen rasmi sebagai bukti pertukaran nama daripada pihak berkuasa yang berkenaan dan pengenalan baru adalah diperlukan.

Pelanggan masih boleh meneruskan pembayaran carumannya dan membuat permohonan tuntutan sebelum sijil matang (tertakluk kepada pengesahan lanjut.

Pelanggan perlu menulis surat atau menghantar Borang Perubahan Individu (PSF01A) atau mana-mana surat dan dokumen sokongan (sekiranya diperlukan) yang ditandatangani oleh pemilik sijil.

Ia adalah sangat penting untuk pemilik sijil untuk membuat pembetulan ke atas maklumat peribadi. Sekiranya tiada pembetulan dilakukan, transaksi tertentu tidak dapat dilakukan. Sebagai contoh, sekiranya terdapat kesilapan pada Kad Pengenalan, kredit terus amaun tidak dapat dipindahkan kepada akaun pemilik sijil kerana nombor kad pengenalan di dalam rekod bank adalah berbeza dengan rekod kami.

Setelah kami menerima kesemua dokumen/ borang, ianya akan mengambil masa 3 hari bekerja untuk kami mengemaskini di dalam sistem.

Pembetulan umur adalah sangat penting untuk menentukan caruman yang tepat dikenakan ke atas orang yang dilindungi. Sekiranya umur di dalam sijil adalah kurang daripada umur sebenar pemilik sijil, umur akan disalahnyata berkurang dan setelah pembetulan umur dilakukan, jumlah caruman akan dipinda. Pemilik sijil perlu membuat pembayaran tambahan bagi caruman yang berkurang sebelum ini . Sekiranya umur di dalam sijil adalah lebih daripada umur sebenar orang yang dilindungi, wang caruman tersebut akan dikembalikan.

Dokumen sijil baru tidak akan diulang cetak bagi perubahan butiran peribadi. Sekiranya butiran peribadi mempunyai kesan pada amaun caruman, slip endorsmen akan dikeluarkan mengikut kepada amaun caruman baru/ yang telah dipinda pada nombor kad pengenalan dan tarikh lahir.

Tidak, kami hanya menerima borang/ surat yang dihantar melalui i-Get In Touch (iGIT). Pemegang sijil adalah disarankan untuk memuat naik kesemua dokumen sokongan bersama-sama dengan borang tersebut melalui portal pelanggan kami. Namun begitu, sekiranya pemegang sijil tidak dapat untuk memuat naik dokumen melalui iGIT, pemegang sijil boleh mendapatkan bantuan ejen beliau untuk memuat naik dokumen melalui i-Great Partner dengan alasan yang kukuh yang dinyatakan di dalam borang tersebut.

Anda boleh klik sini untuk memuat turun borang ini.

Kesemua dokumen perlu diakui sah oleh Notari Awam.