1. Ketahui Soalan Lazim terkini mengenai langkah interim penetapan semula harga pelan perubatan.
 

2. Kami mengambil maklum kenyataan media terkini yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia mengenai langkah sementara untuk semakan caruman pelan perubatan. Sebagai pengendali takaful yang bertanggungjawab, kami mengambil berat tentang perkara ini dan kekal komited untuk melakukan yang terbaik demi keutamaan pelanggan kami. Langkah sementara ini bertujuan untuk memberikan pelanggan kami fleksibiliti bagi mengatur dan mengurus kewangan serta mengekalkan perlindungan perubatan mereka.

 

Kami memahami kepentingan untuk memastikan pelanggan kami mendapat maklumat terkini dan akan menyediakan makluman sebaik sahaja terdapat perkembangan baharu.

 

Sementara itu, kami menggalakkan anda untuk klik di sini untuk maklumat lanjut atau menghubungi talian khas khidmat pelanggan kami di 1-300-13-8338 dan tekan 6 selepas pilihan bahasa, dari Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi - 5.15 petang (kecuali Cuti Umum) untuk bantuan lanjut.

 

3. Pergantungan Sementara Permohonan Kebenaran Direct Debit (DDA) Baharu

Dimaklumkan bahawa permohonan baharu untuk Kebenaran Direct Debit (DDA) akan ditangguhkan sementara bermula 16 Januari 2025 sehingga diberitahu kelak. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

4. Buat bayaran caruman dengan lebih mudah dan selamat melalui i-Great In Touch (iGIT). Pihak kami menggalakkan semua pelangan untuk menggunakan kaedah ini sebagai pilihan utama dan kami menasihati anda agar tidak membuat sebarang bayaran melalui pihak ketiga. Klik di sini untuk panduan lengkap pembayaran melalui iGIT. 

 

5. Migrasi Sistem Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA) sedang berlangsung

Sistem baharu dijangka akan dilancarkan pada 17 Jun 2025. Sepanjang tempoh ini, urusan pendaftaran dan perkhidmatan berkaitan pembayaran mungkin akan mengalami masa pemprosesan yang lebih lama. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Pelantikan / penukaran penama sebagai wasi

Seorang peserta Takaful yang telah mencapai umur enam belas (16) tahun, boleh melantik individu untuk menerima faedah Takaful yang dibayar apabila beliau meninggal dunia di bawah sijil Takaful, sama ada sebagai pentadbir atau sebagai penerima faedah di bawah hibah bersyarat.

Nota:

Sila ambil maklum yang benefisiari tidak boleh wujud serentak bersama wasi di dalam satu sijil.

Nota penting:

Kami hanya menerima penghantaran borang/surat melalui i-Get In Touch ("iGIT"). Pemilik sijil dinasihatkan untuk memuat naik borang/surat tersebut dalam iGIT. Walau bagaimanapun, jika pemilik sijil tidak dapat memuat naik surat dalam iGIT, pemilik sijil boleh meminta ejen perkhidmatan untuk memuat naik surat tersebut melalui i-Great Partner dengan alasan yang sah dinyatakan dalam borang/surat.