1. Langkah Interim Penetapan Semula Kos Perubatan – Soalan Lazim Kini Tersedia
Klik di sini untuk membaca Soalan Lazim yang telah dikemas kini atau hubungi kami di 1300-13-8338 (tekan 6) untuk bantuan lanjut.
 

2. Penggantungan Sementara Permohonan DDA
Bermula 16 Januari 2025, permohonan baharu untuk Kebenaran Debit Terus (DDA) akan digantung buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak.
Ketahui lebih lanjut
 

3. Bayar Caruman Anda dengan Mudah melalui i-Great In Touch (iGIT)
Guna iGIT untuk membuat bayaran caruman anda dengan selamat. Elakkan membuat bayaran melalui pihak ketiga.

Pelantikan / penukaran penama sebagai benefisiari

Seorang peserta Takaful yang telah mencapai umur enam belas (16) tahun, boleh melantik individu untuk menerima faedah Takaful yang dibayar apabila beliau meninggal dunia di bawah sijil Takaful, sama ada sebagai pentadbir atau sebagai penerima faedah di bawah hibah bersyarat.

Nota:

1. Anda boleh melantik seorang kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun sebagai benefisiari.
2. Sila ambil maklum yang benefisiari tidak boleh wujud serentak bersama wasi di dalam satu sijil.

Nota penting:

Kami hanya menerima penghantaran borang/surat melalui i-Get In Touch ("iGIT"). Pemilik sijil dinasihatkan untuk memuat naik borang/surat tersebut dalam iGIT. Walau bagaimanapun, jika pemilik sijil tidak dapat memuat naik surat dalam iGIT, pemilik sijil boleh meminta ejen perkhidmatan untuk memuat naik surat tersebut melalui i-Great Partner dengan alasan yang sah dinyatakan dalam borang/surat.