1. Langkah Interim Penetapan Semula Kos Perubatan – Soalan Lazim Kini Tersedia
Klik di sini untuk membaca Soalan Lazim yang telah dikemas kini atau hubungi kami di 1300-13-8338 (tekan 6) untuk bantuan lanjut.
 

2. Penggantungan Sementara Permohonan DDA
Bermula 16 Januari 2025, permohonan baharu untuk Kebenaran Debit Terus (DDA) akan digantung buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak.
Ketahui lebih lanjut
 

3. Bayar Caruman Anda dengan Mudah melalui i-Great In Touch (iGIT)
Guna iGIT untuk membuat bayaran caruman anda dengan selamat. Elakkan membuat bayaran melalui pihak ketiga.

Kemudahan saluran caruman untuk Takaful berkelompok

Saluran Caruman
Pembayaran automatik Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA)
Perbankan internet JomPAY
Pembayaran automatik:

Ia adalah kaedah yang mudah dan selamat. Dengan menggunakan Pembayaran Automatik, caruman untuk takaful berkelompok anda akan dipotong dari akaun gaji anda secara automatik.

Kaedah Pembayaran Borang & Dokumen Diperlukan Catatan
Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA)
  • Borang 1/79 BPA
  • Salinan kad pengenalan yang disahkan benar (CTC)
  • Salinan slip gaji terkini yang disahkan benar (CTC)
Hanya untuk pencarum yang bekerja dengan badan kerajaan.
 

Potongan caruman BPA akan berkuat kuasa 2 bulan selepas tarikh penyerahan permohonan. Anda dinasihatkan untuk mengikuti garis masa penyerahan seperti berikut untuk memastikan perlindungan sijil Takaful anda berterusan:

  • Untuk permohonan potongan caruman permulaan, borang dan dokumen yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada Great Eastern Takaful Berhad dalam masa 1 bulan dari tarikh penerimaan surat.
  • Untuk permohonan potongan caruman pembaharuan, borang dan dokumen yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada Great Eastern Takaful Berhad 2 bulan sebelum tarikh bayar caruman berikutnya. Jika tidak, bayaran caruman untuk tarikh bayar caruman berikutnya diperlukan.
Perbankan Internet:

JomPAY
Anda boleh membayar caruman takaful berkelompok melalui internet dan bebas daripada caj perkhidmatan dari Akaun Semasa atau Simpanan dengan mengikuti langkah-langkah mudah seperti yang tertera di bawah:

Langkah 1  Log masuk ke Internet atau Perbankan Mudah Alih dan cari JomPAY
Langkah 2 Masukkan 78899 dalam ruang Kod Biller untuk GREAT EASTERN TAKAFUL - GROUP
Langkah 3 Masukkan Nombor Sijil 8-digit anda di ruang "Ref-1"
Contoh: T1234567/Y1234567
Langkah 4 Masukkan Nombor Telefon anda di ruang "Ref-2"
Langkah 5 Masukkan Jumlah Caruman anda
Langkah 6 Tambah Biller sebagai "Kegemaran"

Nota: Resit pembayaran berdasarkan nombor sijil dalam Ref-1

Contoh: Jika anda memegang 5 sijil untuk Nombor Sijil yang berbeza dan ingin membuat pembayaran melalui JomPay, and perlu melakukan transaksi JomPAY masing-masing sebanyak 5 kali untuk memasukkan Nombor Sijil dalam ruang Ref-1 secara individu.

Untuk senarai bank yang menyertai, sila rujuk http://www.jompay.com.my