Great Eastern Takaful Malaysia logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Myanmar
Great Eastern Takaful Malaysia logo

Great Eastern Takaful agih lebihan pengunderaitan dan keuntungan pelaburan kepada pemegang sijil Takaful

27 Julai 2020, Kuala Lumpur – Selaras dengan konsep Takaful, iaitu saling membantu antara satu sama lain di kalangan peserta-peserta, Great Eastern Takaful Berhad telah mengagihkan lebihan pengunderaitan dan hasil keuntungan pelaburan dari dana Tabarru’ kepada pemegang sijil untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019.

Lebihan pengunderaitan yang akan dibahagikan adalah RM 14.6 juta. Para pemegang sijil Great Eastern Takaful Berhad yang layak akan menerima pembahagian lebihan penguderaitan dari dana Tabarru’, yang terdiri daripada sumbangan oleh para peserta dengan berniat untuk membantu antara satu sama lain sekiranya berlaku musibah yang tidak diingini.

Hasil daripada keuntungan pelaburan yang akan diagihkan kepada peserta berjumlah RM3.6 juta untuk tahun berakhir 31 Disember 2019. Wang ini diperoleh daripada pulangan pelaburan dana Tabarru.

Ketua Pegawai Eksekutif Great Eastern Takaful Berhad, Shahrul Azlan Shahriman berkata, “Keupayaan kami mengumpulkan dana ini adalah gabungan dua faktor utama –kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan dan komitmen kami untuk melindungi rakyat Malaysia.”

“Memandangkan kita berada dalam keadaan yang tidak menentu, Takaful mampu menyediakan pelbagai perlindungan yang kita perlukan. Sebagai penyelia Takaful yang bertanggungjawab, kami sentiasa komited dalam memberi penyelesaian untuk memenuhi keperluan rakyat sesuai dengan keadaan yang sentiasa berubah.”

Berkenaan Great Eastern Takaful Berhad

Great Eastern Takaful Berhad adalah syarikat usaha sama antara I Great Capital Holdings Sdn Bhd (i-Great), anak syarikat Great Eastern Holdings Limited dan Koperasi Angkatan Tentera (M) Berhad. Sejak ditubuhkan pada tahun 2010, syarikat ini telah berjaya melangkah jauh di mana ia dinamakan Best New Islamic Institution pada 2011; Best New Takaful Institution pada 2012; dan Best Takaful Operator (Asia) pada 2013 di Islamic Business & Finance Awards di Dubai. Pada tahun 2018, Great Eastern Takaful Berhad dianugerahkan Fastest Growing Takaful Company in Malaysia oleh International Finance, sebuah terbitan analisis dan perniagaan premium di United Kingdom dan Takaful Solutions Provider of the Year - South East Asia Award oleh Wealth & Finance International dari United Kingdom.

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Malaysia logo