VISI
Menyumbang kepada kesejahteraan negara dengan meneraju dan mengalakkan pembangunan sosio-ekonomi yang mampan di samping melindungi kelestarian alam sekitar
Great Eastern Takaful Berhad (GETB) sentiasa komited dalam melaksanakan aspirasi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik, meningkatkan peluang pendidikan serta kemahiran hidup di samping membentuk kesedaran tentang penjagaan kesihatan dan alam sekitar seiring dengan sasaran Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030.
Khidmat komuniti GETB mendukung tanggungjawab sosial korporat melalui tiga teras utamanya iaitu Pendidikan, Persekitaran dan Pembangunan Komuniti.
Menyumbang kepada kesejahteraan negara dengan meneraju dan mengalakkan pembangunan sosio-ekonomi yang mampan di samping melindungi kelestarian alam sekitar
Membantu seluruh masyarakat bagi meningkatkan taraf sosio-ekonomi menerusi sokongan pendidikan, moral dan kesihatan di samping meringankan beban hidup mereka.