Pilihan Anda

Saya telah menerima pek komunikasi saya. Apa yang perlu saya buat seterusnya?

Pilihan 1

Untuk menaikkan Jumlah Caruman Semasa anda berdasarkan cadangan kami.

Pilihan 2

Naikkan caruman kepada sebarang amaun berdasarkan kemampuan anda, minimum sebanyak RM50 sebulan, RM150 setiap suku tahun, RM300 setiap setengah tahun atau RM600 setahun.

Pilihan 3

Untuk menukarkan rider pelan perubatan anda yang sedia ada kepada pelan perubatan yang baru dengan amaun caruman yang lebih mampu milik berdasarkan cadangan kami.

Sila rujuk pilihan di bawah

Pelan Berkait Pelaburan

i-Medi Shield Link Rider

 

Pelan Traditional

i-Medi Shield Rider

 

Pilihan 4

Anda boleh mengambil peluang untuk menyemak manfaat sijil anda untuk memenuhi keperluan perlindungan dan kemampuan semasa anda.

Hubungi dan berunding dengan perunding takaful anda untuk bantuan menyemak perlindungan dan manfaat anda berdasarkan keperluan anda.

Alternatifnya, anda juga boleh melayari laman soalan lazim kami atau menghubungi Talian Khidmat Pelanggan di 1300-13-8338, atau e-mel kami di i-greatcare@greateasterntakaful.com.

Nota penting:

Harap maklum, jika anda tidak mengambil mana-mana tindakan yang  tertera di atas, perlindungan perubatan anda mungkin tidak dapat bertahan sehingga akhir tempoh perlindungan.

Laman ini akan dikemaskini dengan maklumat lanjut tentang pilihan-pilihan yang disediakan untuk anda tidak lama lagi.