Group Hospitalisation and Surgical | Penyelesaian Takaful Berkelompok untuk perlindungan perubatan pekerja

Di mana-mana sahaja kita berada, ancaman dan kemalangan dalam pelbagai bentuk boleh berlaku pada bila-bila masa. Dari kemalangan jalan raya hinggalah kepada wabak penyakit, kita semua terdedah kepada risiko ancaman-ancaman ini. Jika anda seorang majikan, pekerja anda juga boleh ditimpa nasib malang di mana sahaja mereka berada, dan menjadi tanggungjawab anda untuk memberikan perlindungan yang terbaik kepada mereka. Di Great Eastern Takaful Berhad, kami menawarkan pelan takaful yang bermanfaat dan berguna kepada anda sebagai majikan untuk memberi perlindungan pekerja yang terbaik demi kesejahteraan perusahaan anda.

Manfaat-manfaat utama

  • Circle Image

    Solusi perlindungan perubatan sehenti

    Bukan sekadar perubatan, tetapi penyelesaian yang disesuaikan.

  • Circle Image

    Fleksibiliti untuk menggabung keperluan perlindungan anda

    Ia satu pengalaman yang membolehkan anda menjalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih baik.

  • Circle Image

    Caruman berpatutan

    Rawatan yang disesuaikan dengan keperluan anda dan orang tersayang.

  • Circle Image

    Jadual manfaat

    Kesihatan anda dan mereka yang anda sayangi amat penting kepada anda, dan kami di Great Eastern Takaful Berhad (GETB) amat prihatin mengenai perkara ini. Lihat Jadual Manfaat di sini.

Fahami sebelum sertai

  1.  Pelan perubatan ini merupakan pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan Berkelompok yang menyediakan perlindungan perubatan untuk kemasukan hospital dan/atau pembedahan akibat kemalangan atau penyakit. Pelan-pelan tersebut merupakan produk takaful keluarga dengan berlandaskan prestasi yang mendasari aset dan bukan suatu produk pelaburan sebenar seperti unit amanah. Perlindungan bagi rider suite perubatan ini dibayar melalui caruman yang dibuat bagi pelan asas dan diuruskan mengikut prinsip Syariah.

  2.  Anda seharusnya berpuas hati bahawa pelan ini akan memenuhi keperluan anda dengan sebaiknya dan caruman yang dibayar dibawah sijil ini adalah amaun yang anda mampu bayar.

  3.  Apabila pelan ini ditamatkan atau diberhentikan tiada manfaat akan dibayar sari Dana Tabarru’.

  4.  Anda boleh berhenti membayar caruman di bawah sijil asas dan masih menikmati perlindungan selagi terdapat jumlah nilai dana unit yang mencukupi untuk membayar Tabarru’ dan caj perkhidmatan, jika berkenaan. Namun terdapat kemungkinan sijil menjadi luput apabila caj yang dikenakan, termasuk Tabarru’, melebihi jumlah nilai dana unit yang ada. Menyertai terlalu banyak rider atau memilih tahap perlindungan yang tinggi boleh mengurangkan nilai unit.

  5.  Tempoh Rujukan Percuma selama 15 hari dari tarikh penghantaran sijil diberi kepada anda untuk meneliti kesesuaian rider-rider MHT ini. Jika sijil dipulangkan kepada Pengendali Takaful dalam tempoh ini, Pengendali Takaful akan mengkreditkan semula nilai pelaburan yang telah ditolak untuk membayar Tabarru’ (jika ada), ditolak perbelanjaan yang telah ditanggung bagi pemeriksaan perubatan (jika ada), ke dalam PUA.

  6.  Jika anda menukar pelan asas/rider MHT daripada sebuah Pengendali Takaful ke sebuah syarikat lain atau jika anda menukar rider MHT anda dengan MHT pelan asas, atau sebaliknya, dengan Pengendali Takaful yang sama, anda perlu menghantar borang cadangan yang mana penerimaan cadangan anda tertakluk kepada terma dan syarat yang akan dikenakan semasa penukaran atau penggantian.

  7.  Risalah ini hanyalah untuk maklumat am sahaja. Anda dinasihatkan untuk merujuk risalah pendidikan pengguna untuk MHT, Risalah Pemberitahuan Produk dan contoh dokumen sijil bagi ciri maklumat penting rider sebelum menyertai pelan ini. Pengecualian dan had manfaat yang dinyatakan pada halaman sebelumnya adalah tidak menyeluruh. Jika terdapat percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia untuk risalah ini, versi Bahasa Inggeris akan digunakan. Pengendali Takaful berhak menyemak semula struktur manfaat dan had atau meningkatkan Tabarru’ pada ulang tahun sijil dengan memberi notis sekurang-kurangnya 30 hari. Untuk maklumat lanjut berkenaan terma dan syarat, rujukan hendaklah dibuat kepada sijil yang dikeluarkan oleh Great Eastern Takaful Berhad.

Maklumat ini hanyalah untuk pemberitahuan am sahaja. Anda dinasihatkan untuk merujuk Ilustrasi Manfaat, Risalah Pemberitahuan Produk dan contoh Sijil bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan ciri-ciri dan manfaat-manfaat pelan sebelum menyertai pelan ini.