Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

Syarat-syarat hibah Takaful yang perlu anda ketahui

Kongsi

Kelebihan hibah takaful  adalah anda sebagai peserta takaful, boleh menamakan mana-mana individu sebagai benefisiari melalui hibah bersyarat (hadiah) untuk menerima manfaat takaful selepas anda meninggal dunia. Pilihan untuk menamakan benefisiari melalui hibah bersyarat adalah satu peruntukan istimewa di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (“APKI 2013”) untuk memastikan waris anda menerima manfaat takaful tanpa perlu melalui proses pewarisan harta pusaka.

Dalam artikel ini, anda akan mempelajari tentang fungsi penama, syarat-syarat hibah takaful dan bagaimana proses penamaan dilakukan.

 

Penama sebagai wasi (pelaksana) atau benefisiari di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

Apabila anda mengambil pelan takaful, anda berhak untuk menetapkan penama untuk menerima manfaat takaful sebagai seorang wasi atau benefisiari berdasarkan konsep hibah bersyarat.

Apa Itu penama?

Penama ialah individu yang dicalonkan oleh peserta takaful sebagai penerima atau pentadbir manfaat takaful.

Apa Itu wasi?

Wasi ialah individu/pentadbir yang dilantik oleh peserta takaful untuk mengurus dan mengagihkan manfaat takaful kepada pihak lain mengikut undang-undang yang berhubungan dengan pembahagian harta pusaka peserta takaful yang terpakai.

Apa Itu benefisiari?

Benefisiari ialah individu yang dinamakan oleh peserta takaful sebagai penerima manfaat takaful di bawah hibah bersyarat berdasarkan peratusan yang dinyatakan dalam permohonan penamaan. Manfaat takaful akan dikecualikan daripada proses pembahagian aset dan harta pusaka selepas peserta takaful meninggal dunia.

Mengapa perlu membuat penamaan?

Melalui penamaan, manfaat takaful akan dapat diagihkan dengan lebih cepat tanpa perlu mendapatkan Perintah Probet atau Surat Kuasa Mentadbir atau Perintah Pembahagian dan waris anda dapat mengakses manfaat takaful dengan cepat. 

Mahkamah Shariah Wilayah Persekutuan



Apa akan berlaku jika tiada penamaan?

Jika tiada penamaan dilakukan, manfaat takaful tidak dapat dilepaskan sehingga waris anda memperolehi Perintah Probet atau Surat Kuasa Mentadbir atau Perintah Pembahagian, yang mungkin mengambil masa yang panjang untuk disempurnakan.

Manfaat takaful juga tertakluk pada mana-mana undang-undang pembahagian yang terpakai (yang mana penghutang lain boleh menuntut manfaat takaful ahli keluarga anda).

 

Syarat-syarat penamaan

Syarat-syarat penamaan Wasi atau Benefisiari Great Eastern Takaful

Sebagai peserta takaful, anda boleh menamakan sesiapa sahaja untuk menerima manfaat takaful anda sebagai Wasi atau Benefisiari di bawah hibah bersyarat semasa permohonan atau selepas sijil takaful dikeluarkan kepada anda. Jika perlu, anda juga boleh menukar penamaan anda pada bila-bila masa sepanjang tempoh sijil selagi anda masih hidup.

Jika anda berusia 16 tahun dan ke atas, anda bebas menamakan mana-mana individu, tidak kira sama ada individu tersebut adalah dalam kalangan ahli keluarga atau tidak, untuk menerima manfaat takaful sebagai wasi atau benefisiari di bawah hibah bersyarat.

 

Bagaimana pula dengan umur?

Jika anda meletakkan penama sebagai wasi, individu tersebut perlu berumur 18 tahun dan ke atas. Wasi boleh dilantik dalam kalangan ahli keluarga atau rakan-rakan dan anda disarankan untuk melantik individu yang anda percaya mampu menguruskan manfaat takaful dengan baik bagi pihak waris anda.

Manakala bagi benefisiari di bawah hibah bersyarat, tiada syarat had umur yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, jika benefisiari di bawah hibah bersyarat belum mencapai umur 18 tahun atau tidak sempurna akal, manfaat takaful akan dibayar kepada ibu bapa penama / penuntut yang layak /  pemegang amanah awam / syarikat amanah yang dinamakan oleh anda tertakluk pada peruntukan di bawah Jadual 10 AKPI 2013. Mereka ini yang akan menguruskan manfaat takaful bagi pihak benefisiari di bawah hibah bersyarat belum mencapai umur 18 tahun atau tidak sempurna akal.

 

Adakah saksi perlu untuk penamaan?

Ya, suatu penamaan hendaklah disaksikan oleh seseorang yang sempurna akal yang telah mencapai umur 18 tahun, dan saksi bukan seorang penama sama ada sebagai wasi atau benefisiari di bawah hibah bersyarat yang dinamakan oleh anda.

Tetapkan penama untuk menerima manfaat takaful bagi pelan hibah takaful

 

 

5 langkah proses melantik penama

 

1. Lengkapkan borang penamaan

Muat turun borang permohonan pelantikan penamadi portal i-Get In Touch dan lengkapkan maklumat di dalam borang. Rujuk Panduan Pelantikan Penama untuk panduan melengkapkan borang permohonan pelantikan penama.

Anda boleh menetapkan penama untuk menerima manfaat Takaful yang akan dibayar setelah kematian anda di bawah sijil Takaful, sama ada sebagai seorang wasi, atau sebagai seorang benefisiari di bawah hibah bersyarat, dengan menentukan butiran-butiran di bahagian yang berkenaan di bawah.

 

2. Nyatakan pembahagian manfaat Takaful

Untuk penamaan benefisiari di bawah hibah bersyarat, anda boleh menamakan lebih daripada seorang individu dengan menetapkan pembahagian peratusan bagi setiap individu tersebut. Sebagai contoh, anda menamakan isteri dan ibu anda sebagai Benefisiari di bawah hibah bersyarat. Anda boleh membahagikan manfaat takaful secara sama rata atau anda boleh meletakkan pembahagian mengikut peratusan yang anda rasa sesuai, contohnya 70% untuk isteri dan 30% untuk ibu atau sebaliknya.

 

3. Nyatakan hubungan anda dengan penama

Anda harus menyatakan hubungan anda dengan penama yang anda lantik di dalam borang permohonan pelantikan penama seperti suami/isteri, ibu/bapa, anak dan sebagainya.

 

4. Isi maklumat saksi

Anda boleh melantik sesiapa sahaja sebagai saksi dengan syarat-syarat berikut:

  • Saksi berusia 18 tahun dan ke atas;
  • Waras dan sempurna akal; dan
  • Bukan seorang penama sama ada sebagai wasi atau benefisiari di bawah hibah bersyarat yang dinamakan oleh anda.

 

5. Hantar borang penamaan

Setelah lengkap semua maklumat di dalam borang, anda boleh menghantar borang penamaan secara dalam talian melalui portal i-Get In Touch. Anda juga boleh menyemak status permohonan penamaan di portal yang sama.

 

Lindungilah masa depan keluarga anda dengan mengambil pelan takaful hari ini. Bantu mereka membina semula kehidupan selepas kehilangan anda dengan melantik waris sebagai penerima hibah bersyarat, agar yang tersayang dapat meneruskan kehidupan mereka dengan selesa tanpa bebanan hutang.

 

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo