Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

Pelarasan caruman pelan Takaful: Sebab dan kesan kepada kita

Kongsi
Apakah pelarasan caruman takaful?


Apakah pelarasan caruman Takaful?

Mungkin anda akan menerima mesej seperti ini:

“PERHATIAN: Harap maklum,  terdapat perubahan dalam caruman pelan Takaful anda. . Sila log masuk ke portal i-Get In Touch untuk maklumat lanjut”

Pelarasan caruman Takaful merujuk kepada kenaikan caruman pelan takaful anda. Kenaikan caruman Takaful boleh mengundang kebimbangan dan membuatkan anda terfikir untuk menyerahkan pelan takaful anda. Nanti dulu! Anda boleh pertimbangkannya dahulu. Ramai pemegang sijil Takaful tidak mengetahui bahawa caruman, terutamanya bagi takaful medikal dan kesihatan, boleh meningkat seiring waktu bagi menampung peningkatan caj Tabarru’, jika perlu.

Mari kita kaji mengapa pelarasan caruman berlaku dan apa kesannya kepada kita.

 

Apakah sebab pelarasan caruman takaful?

Takaful dan konsep Tabarru'

Sebelum kita mendalami tentang pelarasan caruman, ianya penting untuk kita memahami dahulu bagaimana Takaful ini berfungsi. Maksud Takaful itu sendiri merujuk kepada persetujuan antara individu bagi membantu orang lain dari segi kewangan. Melalui kerjasama, jumlah caruman yang dibayar oleh Peserta akan dipecahkan dan di masukkan sedikit ke dalam dana Tabarru’. Semua tuntutan yang diterima oleh Pengendali Takaful, termasuklah tuntutan medikal akan dibayar dari tabung Tabarru’ tersebut.

Setiap tahun, terdapat beberapa senario yang mana peningkatan jumlah tuntutan melebihi jumlah yang terkandung di dalam dana Tabarru’. Jika perkara ini kekal berlaku tanpa sebarang tindakan yang diambil, dana Tabarru’ tidak lagi boleh menampung dan membantu mana-mana Peserta Takaful.

Ini menyebabkan pelarasan caruman takaful anda perlu dilakukan bagi memastikan Dana Tabarru’ mencukupi untuk membayar manfaat Takaful yang ditawarkan di bawah sijil anda.

 

Apakah menyebabkan peningkatan kos?


Apakah yang menyebabkan pelarasan caruman?

Sebagai contoh, pada tahun 2023, Zaid telah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan pundi hempedu yang mana rawatan tersebut menelan belanja RM15,000.  Tidak lama kemudian, Zaid berjumpa dengan kawannya yang mana ahli keluarganya baru sahaja menjalani pembedahan yang sama pada tahun 2010, tetapi rawatan  tersebut hanya menelan belanja RM7,000 sahaja. Zaid mempersoalkan perbezaan kos rawatan tersebut.

Kenaikan kos rawatan telah menyebabkan kenaikan caruman, dan ini disebabkan oleh inflasi medikal. Tahukah anda, kenaikan harga medikal di Malaysia telah meningkat sebanyak 15% sehinga 384% lebih tinggi berbanding kenaikan biasa? Ini lebih tinggi berbanding inflasi medikal dunia dengan kadar purata sebanyak 10.1%, atau jika di bandingkan dengan rantau Asia-Pasifik dengan kadar purata 9.7%. Kenaikan kadar inflasi ini telah memberi kesan kepada kenaikan harga kos perubatan, yang juga memberi kesan kepada peningkatan kadar tuntutan perubatan dan dana Tabarru’.

Pelan Takaful perubatan sering terkesan dengan pelarasan caruman, begitu juga dengan pelan takaful bukan perubatan. Pandemik COVID-19 menyebabkan situasi ini menjadi lebih ketara apabila keadaan ekonomi global terjejas, dan kebanyakan antara kita sedang menghadapi kesukaran. Disebabkan ekonomi yang semakin pulih akhir-akhir ini, rakyat Malaysia sedang dilanda dengan berita tentang peningkatan kos keperluan harian dan minyak, yang menyebabkan segala harga makanan, perubatan dan industry-industri lain juga turut terjejas.

 

Kesan pelarasan caruman takaful dan langkah kita boleh mengambil


Apakah yang menyebabkan peningkatan kos?

Kenaikan kos ini juga disebabkan oleh peningkatan penyakit tidak berjangkit (Non-Communicable Diseases), kemajuan industri perubatan dan jangka hayat seseorang individu yang lebih panjang.

Sistem kesihatan Malaysia sedang menghadapi cabaran dalam peningkatan penyakit tidak berjangkit (NCD) dan kemunculan penyakit berjangkit baharu dan kebangkitan semula penyakit berjangkit termasuk, tetapi tidak terhad kepada penyakit kardiovaskular, penyakit pernafasan kronik, kanser dan diabetes. Peningkatan NCD telah menyebabkan kos rawatan menjadi mahal disebabkan oleh rawatan jangka masa yang panjang, perundingan kesihatan yang kerap dan ubat-ubatan.

Kini golongan tua juga semakin giat mempelajari cara penjagaan diri, dalam usaha mereka untuk kekal muda dan sihat. Dengan jangka hayat yang lebih lama, maka lahirlah perubatan untuk jangka masa yang lebih panjang. Peningkatan demografik ke arah golongan yang lebih tua meningkatkan permintaan dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan, yang menyebabkan trend meningkat dalam kos penjagaan kesihatan. Ironinya, walaupun jangka hayat yang lebih panjang berpunca daripada individu yang menjaga kesihatan mereka, namun, terdapat juga individu yang mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat dan tidak aktif secara keseluruhannya. Ini boleh mengakibatkan penyakit fizikal dan mental, jika tidak berhati-hati.

Memandangkan institusi perubatan telah menggunakan peralatan dan teknologi yang moden, pelaburan yang besar perlu dibuat untuk memastikan perkara ini terlaksana. Kemajuan teknologi dalam bidang perubatan telah merevolusikan cara penjagaan kesihatan dilakukan, menawarkan kemungkinan yang baharu dari segi diagnosis, rawatan dan penjagaan pesakit. Inovasi ini lahir dengan kos penciptaan dan pelaksanaan yang tinggi. Tidak lupa juga institusi ini perlu mengambil kakitangan yang berkemahiran untuk mengendalikan peralatan tersebut dan melatih mereka yang kurang berkemahiran. Perletakan jawatan yang besar juga telah mengurangkan kumpulan tenaga kerja dalam kebanyakan industri, menyebabkan peningkatan kos yang lebih tinggi dalam mengambil tenaga kerja baharu.

Pelarasan caruman sebenarnya jarang berlaku khususnya kepada pelan Takaful bukan perubatan. Jika pemprosesan tuntutan untuk sesuatu produk itu tidak memuaskan, yang mana terdapat lebih banyak tuntutan daripada yang dijangkakan, Pengendali Takaful perlu membayar semula untuk memastikan dana Tabarru’ mencukupi untuk tuntutan di masa hadapan, atas dasar saling membantu antara satu sama lain apabila diperlukan.

Sebab dan kesan pelarasan caruman pelan takaful

Bagaimanakah pelarasan caruman memberi kesan kepada kita dan apa yang boleh kita lakukan?

Ketika caruman terus meningkat, ini bermakna setiap peserta takaful harus mencarum lebih daripada biasa dan ianya mungkin boleh menjejaskan kewangan peribadi, namun perlindungan takaful tetaplah penting dan sangat diperlukan. Sebagai peserta, kita harus  bijak dan peka.

Yang pertama, perkara yang anda boleh lakukan adalah dengan melihat atau menyemak semula perlindungan takaful yang sedia ada dan membuat perubahan jika perlu. Ini memberi kelebihan kepada anda jika anda mempunyai pelan “customisable” supaya anda boleh mengubah mengikut keperluan anda dan keluarga. Hal ini kerana ia dapat membantu anda untuk mendapatkan perlindungan yang cukup dan mengelakkan perlindungan yang berlebihan atau tidak mencukupi.

Selain itu, membandingkan kos kemasukan ke hospital dan kos rawatan juga dapat membantu membezakan yang mana mempunyai kualiti yang lebih tinggi dan berbaloi. Jika anda dikeluarkan daripada hospital, pastikan anda meminta bil butiran daripada hospital. Ini dapat menggalakkan ketelusan institusi perubatan terhadap pelanggan. 

Jaga keluarga anda dengan memastikan mereka dilindungi

Berpandangan hadapan

Caruman Takaful akan terus meningkat pada tahun yang akan datang, tetapi anda tidak perlu risau kerana anda dan keluarga anda akan tetap dilindungi.

Great Eastern Takaful Berhad pula akan terus berusaha dalam memastikan keperluan anda sebagai pelanggan terjaga.

Dengan adanya maklumat di hujung jari, pelanggan kini lebih berilmu, dan berani dalam bersuara atas ketidakadilan. Seperti dinyatakan, anda perlu mengamalkan sikap menyemak semula perlindungan takaful yang anda ada. Mainkan peranan anda, dan ingat kami sentiasa di sisi anda.

Lihatlah pelbagai pelan takaful kami dan pilihlah satu (ataupun dua) yang bersesuaian untuk anda.

Kandungan yang berkaitan
Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo

Ahli PIDM

TIPS Brochure PIDM