Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

Hikmah dan pelajaran dari kisah Nabi Ibrahim: sebuah refleksi aidiladha

Hikmah dan pelajaran dari kisah Nabi Ibrahim

Nabi Ismail merupakan cahaya mata sulung yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim setelah baginda diuji dengan penantian zuriat sejak sekian lamanya. AS Bersama Saidatina Siti HajarBayangkan jika anda dikurniakan cahaya mata setelah penantian yang lama dan anda tatang bagai minyak yang penuh sedari kecil. Kemudian anak itu perlu dikorbankan nyawanya. Pasti anda akan berasa berat hati dan tidak sanggup bukan? Tetapi tidak bagi Nabi Ibrahim.

Pada satu malam, Nabi Ibrahim AS telah bermimpi bahawa baginda diperintahkan untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail AS apabila ia mencapai umur remaja.

Ia adalah mimpi yang berterusan. Oleh sebab itu, Nabi Ibrahim AS mengajak Nabi Ismail AS untuk menunaikan tugas penyembelihan tersebut.

Taatnya Nabi Ismail AS kepada perintah Allah SWT dan ayahnya, baginda langsung tidak mempersoalkan tindakan ayahnya.

Allah SWT berfirman:

 

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِن شَاء اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ

 

Maksudnya: Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”. (As-Saffat: 102)

Namun, semasa Nabi Ibrahim mahu menyembelih anaknya, Allah SWT menurunkan wahyu untuk digantikan Nabi Ismail dengan seekor kambing besar. Dari sinilah bermulanya pensyariatan ibadah korban yang kita sambut pada Hari Raya Aidiladha.

Apakah pengajaran yang kita boleh ambil daripada kisah ini?

Ketaatan tanpa syarat 

 

ketaatan tanpa syarat

Dari kisah ini, kita belajar tentang pentingnya ketaatan dan kepercayaan mutlak kepada Allah SWT . Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail menunjukkan bahawa patuh kepada perintah  Allah SWT harus diutamakan dari segala-galanya walaupun pada ketika itu perintah  tersebut kelihatan  sukar untuk dipenuhi . Ini mengajar kita agar selalu bertawakal dan patuh kepada arahan-Nya tanpa ragu.

Semak semula hidup seharian kita. Adakah kita mengikut apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah SWT?

Sentiasa ada ujian dalam hidup

Kisah ini juga mengingatkan kita bahawa hidup ini penuh dengan ujian. Seperti Nabi Ibrahim AS yang diuji dengan ujian yang sangat berat, kita juga mungkin menghadapi ujian dalam berbagai bentuk.

Sebagai orang Islam, kita diajar untuk bersabar dan terus berusaha dalam menghadapi ujian-ujian tersebut. Dan kita harus ingat, Allah hanya menguji setiap orang itu mengikut tahap kemampuannya.

Ujian dalam hidup

Selepas kesulitan ada kesenangan 

Ketika Nabi Ismail AS digantikan dengan kambing, kita diajar tentang pengampunan dan belas kasihan Allah yang Maha Kuasa. Ini adalah peringatan bahawa setelah kesulitan itu ada kesenangan, dan setelah kesabaran itu ada kemenangan.

Berkorban untuk mendapat ganjaran besar

Kisah Nabi Ibrahim AS ini menekankan keutamaan untuk mengorbankan kepentingan yang lebih besar daripada keinginan peribadi kita.

Dalam kehidupan seharian, pengorbanan mungkin tidaklah sehingga perlu mengorbankan nyawa, tetapi masih memerlukan kita untuk melepaskan sesuatu yang bernilai untuk mendapatkan sesuatu yang lebih berharga.

Kita perlu mengorbankan harta benda ke jalanNya untuk mendapatkan ganjaran yang lebih besar di akhirat sana.

Contoh lain, ibu bapa mengorbankan waktu dan tenaga mereka untuk mendidik dan membesarkan anak-anak dengan harapan mereka akan membesar menjadi individu yang berjaya dan berakhlak tinggi. 

anak-anak belajar melalui teladan

Anak-anak belajar melalui teladan

 

Ibu bapa adalah suri tauladan yang terbaik untuk anak-anak. Dalam mendidik anak,ia tidak cukup dengan sekadar menyuruh mereka melakukan sesuatu. Justeru, sebagai ibu bapa kita perlu menunjukkan contoh tingkah laku yang baik terlebih dahulu.

Nabi Ibrahim AS terkenal dengan sifat ketaatan dan kesolehan terhadap Allah SWT. Keperibadian Nabi Ibrahim AS ini seterusnya menjadi tauladan dan contoh yang baik kepada anaknya Nabi Ismail AS. Ini terbukti apabila arahan penyembelihan disampaikan kepada Nabi Ismail, baginda menerima perintah tersebut tanpa sebarang bantahan.

Aidiladha bukan sekadar perayaan. Ia adalah waktu untuk kita muhasabah semula dan merenung kembali nilai-nilai yang diajarkan dalam kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Selamat Hari Raya Aidiladha! Semoga kita semua mampu menjadi muslim yang baik seperti mana Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

Kandungan yang berkaitan
Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo

Ahli PIDM

TIPS Brochure PIDM