Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

Cara buat resume kerja yang disukai majikan

Kongsi
Garis panduan untuk menulis resume yang baik yang mudah dicari dan dibaca oleh majikan

“Dah hantar berpuluh resume tapi masih tak dapat kerja?”

Kalau anda berhadapan dengan situasi ini, mungkin anda perlu semak semula cara anda menulis resume anda. Anda perlu tahu tujuan utama menghantar resume adalah bagi mendapatkan peluang ke sesi temuduga. Dalam artikel ini anda akan belajar bagaimana anda boleh tingkatkan kebarangkalian resume anda terpilih berbanding ratusan resume yang lain.

1. Jangan buat satu resume umum sahaja

Antara kesilapan yang biasa dilakukan adalah menghantar satu resume yang sama bagi setiap permohonan. Resume ini ibarat iklan menjual diri anda. Jadi anda perlu sesuaikan resume anda berdasarkan kerja yang dipohon.

Sesuaikan kemahiran dalam resume dengan deskripsi kerja dalam iklan jawatan kosong yang anda pohon. Lihat dahulu apa kemahiran utama yang diperlukan dalam iklan tersebut, kemudian baru tulis resume.

Perhatikan juga bahagian Keperluan (Requirements) atau Kelayakan (Qualifications) dalam iklan kerja, jika anda ada mengambil sijil berkaitan atau ada kemahiran tersebut, fokuskan menulis pengalaman anda dalam kemahiran tersebut di dalam resume.

2. Tulis bagaimana anda dapat membantu majikan

Apabila menulis pengalaman dan kemahiran di tempat kerja lama, jangan sekadar tulis apa yang anda buat sahaja. Tetapi terangkan secara terperinci bagaimana anda menambah baik proses atau menambah nilai di syarikat terdahulu.

Sebagai contoh, anda mengawal kemasukan barang di kilang dalam pekerjaan sebelum ini, anda boleh tulis “Menguruskan kemasukan barang menggunakan Excel dan berjaya mengurangkan pembaziran sebanyak 90%”. Beritahu apa penambahbaikan yang anda lakukan di tempat kerja anda.

Cara-cara untuk berjaya dalam temu duga kerja

3. Tidak perlu letak maklumat yang tidak menambah nilai

Jangan letakkan maklumat yang tidak bermakna seperti kerakyatan, jenis darah, hobi dan kegemaran. Hanya letakkan maklumat yang berkaitan sahaja.

Bagi maklumat peribadi cukup sekadar nama, nombor telefon, email, alamat dan LinkedIn.

4. Letakkan portfolio

Portfolio adalah contoh hasil kerja anda yang lepas. Contohnya jika anda memohon jawatan sebagai pengurus media sosial, boleh tunjukkan hasil media sosial yang anda pernah jaga sebelum ini.

Pamerkan hasil kerja terbaik anda sebelum ini.

Dengan meletakkan portfolio di samping resume, majikan boleh menilai hasil kerja anda seterusnya meningkatkan lagi keyakinan mereka terhadap kebolehan anda.

5. Mudahkan pengalaman membaca resume

Pertama, gunakan font yang mudah dibaca seperti Times New Roman, Arial dan Calibri. Jangan gunakan font yang berangkai dan artistik.

Kedua, tulis dalam bentuk poin berbanding perenggan panjang. Dengan cara ini lebih mudah majikan mengimbas resume anda bagi mencari maklumat-maklumat penting.

6. Siapa perlu diletakkan di bahagian rujukan?

Letakkan 2 orang sebagai rujukan, satu daripada kalangan akademik iaitu pensyarah anda dan satu lagi dalam industri iaitu bos atau pengurus di tempat kerja sebelum ini.

7. Gunakan ayat aktif

Letakkan kata kerja di hadapan ayat. Tukarkan ayat daripada “Responsible for...”, “Achieve...”, “Trusted to...” kepada “Performed...”, “Analysed...”, “Designed...” dan “Operated...”.

Dan elak daripada gunakan ayat-ayat generik seperti “Highly motivated...”, “Very passionate..”, “Can work with minimum supervision...” dan “Fast learning...”.

8. Semak resume sebelum hantar

Pastikan tiada kesalahan kecil seperti kesalahan ejaan atau format tidak sekata. Boleh minta bantuan kawan anda, khidmat professional atau sistem atas talian seperti Grammarly.

 Tips menulis resume untuk membantu graduan kolej berjaya dalam pasaran kerja

Resume adalah langkah pertama dalam proses mendapatkan pekerjaan. Dengan menulis resume yang baik dan menggunakan tip di atas, harapnya anda akan dapat lebih banyak peluang temuduga seterusnya mendapat pekerjaan yang diidamkan.

Di Great Eastern Takaful, kami juga ada menyediakan peluang kerjaya sebagai penasihat Takaful berserta dengan bimbingan dan latihan bagi membantu anda mencapai pendapatan yang tinggi. Anda boleh lihat maklumat lanjut di sini

 

Rujukan: 

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo

Ahli PIDM

TIPS Brochure PIDM