Bersempena Bulan Kesedaran Kanser Kanak-kanak, Great Eastern Takaful amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan pihak NGO, Kumpulan Ibu Bapa Dan Sokongan Anak-Anak Kanser (KIDS) untuk menceriakan dan menyantuni seramai 50 anak-anak pejuang kanser kanak-kanak di Port Dickson pada 16-17 September 2023.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti aktiviti berkumpulan, sukaneka, program motivasi dan tazkirah untuk meningkatkan motivasi diri mereka.
Diharapkan program seperti ini dapat menyuntik semangat buat semua peserta dan seterusnya mencapai kejayaan dalam proses pemulihan mereka.
© Hak cipta 2024 Great Eastern Takaful Berhad 201001032332 (916257-H) Hak Cipta Terpelihara
Ahli PIDM | Brosur TIPS PIDM