Great Eastern Takaful (GETB) sekali lagi berpeluang menyantuni Kumpulan Ibu Bapa dan Sokongan Anak-Anak Kanser (KIDS) melalui program GETFunJourney di Port Dickson pada bulan Disember 2022.
Program yang bertujuan untuk memberi pengalaman percutian di samping meningkatkan kesedaran alam sekitar ini disertai oleh keluarga dan anak-anak kanser yang kurang berkemampuan.
Pada program tersebut, setiap peserta turut diberi pendedahan mengenai isu alam sekitar, kitar semula dan pengenalan kepada inisiatif upcycling sebagai langkah pemeliharaan alam sekitar dari pencemaran plastik.
Kerjasama ini diharapkan akan berterusan kerana ia melambangkan komitmen GETB dalam memberikan manfaat kepada komuniti setempat.