Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

Kelab Groovy GETB: Kami Prihatin!

Kelab Groovy Great Eastern Takaful: Kami Prihatin!

Kelab Groovy Great Eastern Takaful telah manganjurkan sesi sukarelawan pada 7 Mac 2024, di kawasan persekitaran Alka Ria, Chow Kit,bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan di kalangan komuniti setempat. Dengan kerjasama sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Feeding the Needy (FTN), program ini bertujuan untuk memberi bantuan keperluan asas dan pendidikan kepada mereka yang kurang berkemampuan.

Seramai 26 sukarelawan yang berdedikasi yang merupakan kakitangan Great Eastern Takaful berganding bahu untuk memberi bantuan kepada kehidupan golongan yang kurang bernasib baik. Mereka bersama-sama mengagihkan makanan yang siap dibungkus, bersama pisang, roti, dan air minuman kepada 350 individu. Selain itu, program ini turut menyokong pembangunan komuniti secara holistik dengan menawarkan sesi pendidikan untuk kanak-kanak kurang berkemampuan.

Pada akhir program, inisiatif pembersihan kawasan persekitaran Alka Ria, Chow Kit telah dilakukan oleh para sukarelawan. Inisiatif ini adalah untuk memastikan kawasan tersebut kekal bersih. Melalui kerjasama ini, Kelab Groovy Great Eastern Takaful memperlihatkan semangat empati dan membantu mereka yang memerlukan serta, percaya bahawa impak yang positif akan dapat dicapai apabila setiap individu bekerjasama dan mempunyai matlamat yang sama, untuk Mencapai Kejayaan. 

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo

Ahli PIDM

TIPS Brochure PIDM