Great Eastern Takaful Berhad (GETB) menyambut Aidiladha dengan menyumbangkan dua ekor lembu dan mengagihkannya kepada mereka yang memerlukan di Masjid Muhammad Al Fateh, Kem Wardieburn.
Aidiladha yang juga dikenali sebagai Hari Raya Qurban selaras dengan nilai korporat GETB yang memupuk persaudaraan dan sikap saling membantu.
Ketua Pegawai Eksekutif Encik Shahrul Azlan Shahriman telah menghadiri majlis tersebut bersama sukarelawan-sukarelawan dari GETB.
Bila ditanya beliau berkata, “Alhamdulillah, GETB telah menyumbang qurban tahun ini dengan tujuan pengagihan kepada masyarakat di Kem Wardieburn. Kami sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan pihak Masjid Muhammad Al Fateh dan Kem Wardieburn bagi tujuan ini. Aktiviti seperti ini selaras dengan nilai korporat kami yang menitikkan pembangunan komuniti.”
“Kami dengan rendah hati mengucap terima kasih kepada semua anggota di Kem Wardieburn kerana memberi peluang merayai Aidiladha bersama” tambah beliau.