Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

Soalan Lazim

Klik untuk maklumat lanjut:

» Pilihan Anda

» Ketahui Selanjutnya

» Soalan Lazim

Find your answers to your questions here:

  1. Mengapakah berlaku semakan semula ke atas Caj Tabarru’?
  2. Mengapa ada kenaikan ke atas Caj Tabarru’ dan/atau jumlah caruman saya sedangkan saya tidak pernah membuat sebarang tuntutan di bawah pelan perubatan saya?
  3. Adakah Great Eastern Takaful Berhad dibenarkan secara sah untuk menyemak semula Caj Tabarru’?
  4. Bilakah kadar Tabarru’ yang baharu akan berkuat kuasa?
  5. Adakah akan berlaku semakan semula lagi pada masa hadapan?
  6. Adakah sebarang perubahan kepada terma dan syarat di bawah Sijil saya?
  7. Mengapa saya perlu membayar caruman tambahan / tambah-nilai yang disarankan?
  8. Bolehkah saya meningkatkan caruman saya kepada suatu jumlah selain daripada jumlah yang disarankan?
  9. Bilakah saya perlu membayar caruman tambahan / tambah-nilai yang disarankan?
  10. Apa yang perlu saya lakukan jika caruman tertunggak melebihi kemampuan saya tetapi saya masih ingin meningkatkan caruman bagi memastikan kelangsungan pelan saya? 
  11. Adakah nilai tunai / nilai akaun Sijil saya akan bertambah dengan pembayaran caruman tambahan / tambah-nilai yang disarankan yang disebabkan oleh pelarasan semula ini?
  12. Pembayaran caruman Sijil saya telah diketepikan melalui rider Provider / Contributor yang dilampirkan padanya. Mengapa saya masih perlu membayar caruman tambahan / tambah-nilai yang disarankan disebabkan oleh pelarasan semula?
  13. Bagaimanakah saya membuat bayaran sekiranya saya ingin menaikan amaun caruman?
  14. Bagaimanakah cara untuk menghantar Borang Kebenaran (“Authorisation Form”) kepada GETB?
  15. Bagaimana saya boleh mendapatkan info lanjut untuk pelan perubatan baharu?

  1. Mengapakah berlaku semakan semula ke atas Caj Tabarru’?
    Semakan Caj Tabarru’ (iaitu pelarasan semula) terutamanya didorong oleh pengalaman tuntutan yang semakin merosot disebabkan oleh peningkatan kos perubatan, peningkatan dalam diagnosis penyakit kronik atau gaya hidup yang membawa kepada kekerapan yang lebih tinggi orang mendapatkan rawatan penjagaan kesihatan, peningkatan dalam yuran doktor atau caj makmal dan rawatan perubatan dan preskripsi ubat yang baharu/lebih maju.

    Memandangkan tuntutan dibayar daripada Dana Tabarru’, trend tuntutan yang semakin meningkat telah mengurangkan Dana Tabarru’ dengan ketara dan ia mungkin tidak mencukupi untuk menampung tuntutan masa hadapan. Caj Tabarru’ untuk pelan perubatan yang berkenaan perlu disemak semula untuk memastikan kemampanannya. Tanpa pelaksanaan pelarasan semula, Dana Tabarru’ mungkin akan luput dan kami tidak akan dapat membayar untuk tuntutan masa hadapan.

  1. Mengapa ada kenaikan ke atas Caj Tabarru’ dan/atau jumlah caruman saya sedangkan saya tidak pernah membuat sebarang tuntutan di bawah pelan perubatan saya?
    Takaful adalah berdasarkan konsep Tabarru’ di mana sebahagian daripada caruman yang dikumpul didermakan ke dalam Dana Tabarru’ untuk menyediakan pembayaran tuntutan.

    Oleh yang demikian, semua peserta akan terjejas untuk memastikan Dana Tabarru’ dapat dimampankan untuk membayar tuntutan kepada semua peserta. Ini adalah selaras dengan konsep kerjasama untuk membantu satu sama lain apabila berlaku musibah tanpa mengambil kira sama ada anda pernah membuat tuntutan sebelumnya atau tidak.

  1. Mengapakah berlaku semakan semula ke atas Caj Tabarru’?
    Ya. Caj Tabarru’ adalah tidak dijamin dan tertakluk kepada semakan semula.

    Great Eastern Takaful Berhad boleh mengubah caj-caj ini dengan memberi notis bertulis kepada Anda dan/atau Orang yang Dilindungi seperti yang dinyatakan di bawah Fasal ‘Kebenaran Untuk Mengubah Kadar’ atau Fasal ‘Variasi Caruman, Kadar Tabarru’ dan Caj-caj Lain’ di bawah Sijil anda.

  1. Bilakah kadar Tabarru’ yang baharu akan berkuat kuasa?
    Kadar Tabarru’ yang baharu akan berkuat kuasa pada tarikh ulang tahun Sijil anda pada atau selepas 22 Julai 20241.

    Contoh 1:

    Tarikh Ulang Tahun Seterusnya:  20 Jun 2024.
    Kadar Tabarru’ yang baharu akan berkuat kuasa pada 20 Jun 2025.

    Contoh 2:

    Tarikh Ulang Tahun Seterusnya:  27 Ogos 2024. 
    Kadar Tabarru’ yang baharu akan berkuat kuasa pada 27 Ogos 2024.

    Contoh 3:

    Tarikh Ulang Tahun Seterusnya:  22 Julai 2024.
    Kadar Tabarru’ yang baharu akan berkuat kuasa pada 22 Julai 2024.


    Bagi penguatkuasaan semula pada atau selepas 22 Julai 20241, kadar Tabarru’ yang baharu akan berkuat kuasa serta merta selepas penguatkuasaan semula.



  2. 1 Untuk i-Medi Rider di bawah i-Great Evo, kadar Tabarru’ yang baharu akan berkuat kuasa pada tarikh ulang tahun sijil pada atau selepas 15 Ogos 2024.

  1. Adakah akan berlaku semakan semula lagi pada masa hadapan?
    Kami akan terus menyemak portfolio perubatan kami secara berkala terhadap kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat untuk memastikan Dana Tabarru’ dapat dimampankan untuk jangka masa panjang dan anda boleh menikmati perlindungan perubatan yang berterusan. Anda akan dimaklumkan dengan sewajarnya jika terdapat keperluan untuk sebarang semakan semula pada masa hadapan.

Kembali ke atas

 

  1. Adakah sebarang perubahan kepada terma dan syarat di bawah Sijil saya?
    Semakan semula ini hanya dilakukan ke atas Caj Tabarru’. Semua terma dan syarat yang lain di bawah Sijil anda kekal tidak berubah.

Kembali ke atas


  1. Mengapa saya perlu membayar caruman tambahan / tambah-nilai yang disarankan?*
    Caruman tambahan / tambah-nilai adalah diperlukan untuk menampung peningkatan kadar Tabarru’ yang ditolak di bawah pelan(-pelan) perubatan anda.

    Sekiranya anda tidak membayar caruman tambahan atau tidak melaksanakan tambah-nilai caruman kepada Sijil anda selepas semakan semula ini, kemungkinan Sijil anda akan luput lebih awal dari yang dijangka.

    *Bagi i-Medik Asas dan i-Great Medi Care, kenaikan caruman adalah wajib semasa ulang tahun Sijil selepas 22 Julai 2024.

Kembali ke atas

 
  1. Bolehkah saya meningkatkan caruman saya kepada suatu jumlah selain daripada jumlah yang disarankan?*
    Ya, anda boleh meningkatkan caruman anda dengan sebarang jumlah yang tertakluk kepada jumlah minimum RM20 (bulanan).

    Walau bagaimanapun, kami menggalakkan anda untuk membayar sekurang-kurangnya caruman tambah-nilai yang disarankan supaya Jumlah Akaun Sijil anda [iaitu Jumlah Nilai Akaun (TAV) atau Jumlah Akaun Individu Peserta (PIA)] akan mencukupi untuk membayar Caj Tabarru’ yang lebih tinggi. Selanjutnya, sijil anda akan luput apabila TAV atau PIA tidak lagi mencukupi.

    Sebagai contoh yang berikut Lelaki, Bukan Perokok, Umur Hari Lahir Berikutnya (ANB) 32, Pelan 200 Matang pada umur 80, Caruman bulanan RM 193.35

 

Caruman Tambah Nilai

Ujuran untuk Sijil luput pada umur
RM80 (Caruman tambah nilai yang disarankan) ANB 80 (Umur matang yang asal)
RM40 Sehingga ANB 72 sahaja
RM20 Sehingga ANB 68 sahaja

Unjuran ini adalah berdasarkan pulangan pelaburan sebanyak 5% setiap tahun. Pulangan pelaburan sebenar adalah berdasarkan prestasi Syarikat.

*Bagi i-Medik Asas dan i-Great Medi Care, kenaikan caruman adalah wajib semasa ulang tahun Sijil selepas 22 Julai 2024.

Kembali ke atas

 

  1. Bilakah saya perlu membayar caruman tambahan / tambah-nilai yang disarankan?*
    Caruman tambahan / tambah-nilai yang disarankan adalah pilihan dan boleh ditingkatkan pada bila-bila masa, walau bagaimanapun adalah dinasihatkan untuk meningkatkan jumlah caruman secepat mungkin, sebagai contoh pada tarikh ulang tahun yang seterusnya setelah anda menerima surat komunikasi daripada kami.

    Walau bagaimanapun, sila ambil maklum bahawa anda dikehendaki untuk membayar balik semua caruman tertunggak jika ada sebelum anda meningkatkan caruman.

    *Bagi i-Medik Asas dan i-Great Medi Care, kenaikan caruman adalah wajib semasa ulang tahun Sijil selepas 22 Julai 2024.

Kembali ke atas
 

 

  1. Apa yang perlu saya lakukan jika caruman tertunggak melebihi kemampuan saya tetapi saya masih ingin meningkatkan caruman bagi memastikan kelangsungan pelan saya?
    Sekiranya terdapat isu kemampuan, anda boleh memilih untuk melakukan Penambahan Tunggal dengan jumlah minimum RM1,000 bagi setiap transaksi untuk mengelakkan Sijil anda luput lebih awal daripada yang dijangkakan.

Kembali ke atas

 

  1. Adakah nilai tunai / nilai akaun Sijil saya akan bertambah dengan pembayaran caruman tambahan / tambah-nilai yang disarankan yang disebabkan oleh pelarasan semula ini?
    Nilai tunai / nilai akaun berkemungkinan akan meningkat dengan pembayaran caruman tambahan / tambah-nilai yang disarankan pada tahun-tahun awal, namun, kenaikan dalam nilai tunai / nilai akaun akan berkurangan pada tahun-tahun kemudian kerana penolakan Tabarru’ yang akan datang akan meningkat sepanjang tahun mengikut umur anda.

    Sebagai contoh yang berikut Lelaki, Bukan Perokok, ANB 30, Pelan 150 Matang pada umur 80, Caruman bulanan RM 165.25

    Cadangan Kenaikan Caruman : RM 70
    Jumlah caruman yang baharu: RM 235.25.

Daripada ilustrasi, dapat kita lihat nilai tunai akan meningkat dari tahun ke tahun, tetapi pada masa tertentu ia akan menurun kerana jumlah Tabarru’ yang perlu ditolak akan menjadi lebih tinggi dari tahun ke tahun. Unjuran ini adalah berdasarkan pulangan pelaburan sebanyak 5% setiap tahun. Pulangan pelaburan sebenar adalah berdasarkan prestasi Syarikat.

Kembali ke atas

 

  1. Pembayaran caruman Sijil saya telah diketepikan melalui rider Provider / Contributor yang dilampirkan padanya. Mengapa saya masih perlu membayar caruman tambahan / tambah-nilai yang disarankan disebabkan oleh pelarasan semula?
    Caruman yang diketepikan di bawah Sijil semasa anda tidak menggambarkan kadar Tabarru’ yang telah disemak semula pada Tarikh berkuat kuasa pelarasan semula dan mungkin tidak mencukupi untuk menampung penolakan Tabarru’ pada masa hadapan. Oleh itu, anda disarankan untuk membayar caruman tambahan / tambah nilai untuk memastikan kemampanan Sijil anda sehingga matang.

    Semakan semula kadar Tabarru’ melibatkan semua peserta dalam Dana Tabarru’ untuk memastikan keadilan dari segi Tabarru’ yang dikenakan tanpa mengambil kira status Sijil.

  1. Bagaimanakah saya membuat bayaran sekiranya saya ingin menaikkan amaun caruman?
    Sekiranya anda ingin menaikkan amaun caruman, langkah di bawah diperlukan dari anda selepas anda menghantar slip jawapan – Borang Kebenaran. 

Cara Pembayaran Caruman 

Langkah Diperlukan
Tunai/Cek

Kami tidak lagi menerima tunai/cek. Anda dinasihatkan untuk meneruskan pembayaran melalui JomPAY, perbankan internet atau Pay Now (ePay). Pay Now adalah kemudahan untuk pemilik sijil untuk membuat bayaran melalui platform layan diri (i-Get In Touch).

Pelanggan boleh merujuk kepada langkah dibawah untuk pembayaran melalui JomPAY:

Langkah 1: Log masuk ke Internet atau Perbankan Mudah Alih dan cari JomPay

Langkah 2: Masukkan 16899 dalam medan Kod Biller untuk GREAT EASTERN TAKAFUL - FAMILY

Langkah 3: Masukan Nombor Sijil 10 digit anda dalam medan "Ruj-1"

Langkah 4: Masukkan Nombor Telefon Bimbit dalam medan "Ruj-2

Langkah 5: Masukkan Amaun Pembayaran anda

Langkah 6: Sahkan dan Bayar

Sebagai alternatif, pelanggan boleh menukar cara pembayaran kepada kad kredit/debit, GIRO atau Direct Debit Authorisation (DDA).

Bank’s Order Anda perlu berurusan dengan pihak bank untuk meneruskan dengan pembayaran amaun caruman yang baharu.
Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA)
  • Jika jumlah kenaikan caruman di bawah RM 50.00, tiada tindakan diperlukan.

  • Jika jumlah kenaikan caruman melebihi RM 50.00, slip gaji yang terkini diperlukan untuk dihantar bersama Borang Kebenaran yang lengkap. Ia akan mengambil masa lebih kurang 1 bulan untuk mendapatkan kebenaran daripada BPA. Sementara itu, anda boleh membuat bayaran melalui Pay Now (ePay). Pay Now adalah kemudahan untuk pemilik sijil untuk membuat bayaran melalui platform layan diri (i-Get In Touch).
Kad Kredit/ Kad Debit Tiada tindakan diperlukan. Kad kredit/debit akan dicaj mengikut amaun caruman yang disemak semula.
Direct Debit Authorization (DDA) Sekiranya anda telah mendaftarkan amaun yang lebih rendah daripada amaun caruman yang disemak semula dalam borang DDA yang terdahulu, anda perlu menghantar borang DDA yang baharu. Ia akan mengambil masa lebih kurang 2 bulan untuk mendapatkan kebenaran daripada bank. Sementara itu, anda boleh membuat bayaran melalui Pay Now (ePay). Pay Now adalah kemudahan untuk pemilik sijil untuk membuat bayaran melalui platform layan diri (i-Get In Touch).

  1. Bagaimana saya boleh mendapatkan info lanjut untuk pelan perubatan baharu?
    Pelanggan boleh menghantar Borang Kebenaran yang telah dilengkapkan kepada GETB melalui salah satu pilihan cara yang berikut: 
    • Membuat pilihan yang diinginkan melalui saluran WhatsApp bermula dari 19 Julai 2024; atau
    • Membuat pilihan yang diinginkan melalui portal i-Get In Touch bermula dari 8 Ogos 2024; atau
    • Hantar Borang Kebenaran yang telah dilengkapkan melalui portal i-Get In Touch seperti langkah-langkah yang berikut:

      Log masuk iGIT > Penghantaran Borang Saya > Perubahan Sijil > Perubahan Jumlah Perlindungan / Caruman Berkala / Manfaat

    • Isi Borang Kebenaran dan hantar borang yang telah dilengkapkan kepada ejen untuk dimuatnaik melalui portal i-Great Partner:

      Log masuk iGP > Operation > Perkhidmatan Pelanggan > Penghantaran Borang CS

    • Isi Borang Kebenaran dan e-melkan kepada i-greatcare@greateasterntakaful.com; atau
    • Pergi ke mana-mana cawangan kami yang terdekat dan serahkan Borang Kebenaran yang telah dilengkapkan di kaunter; atau
    • Isi Borang Kebenaran dan pos kepada:

      Great Eastern Takaful Berhad - Customer Care Department
      Level 3, Menara Great Eastern
      303 Jalan Ampang
      50450 Kuala Lumpur

  1. Bagaimana saya boleh mendapatkan info lanjut untuk pelan perubatan baharu?
    Sila rujuk kepada pautan di bawah: 

Pelan Berkait Pelaburan 

 i-Medi Shield Link Rider

Pelan Tradisional

 i-Medi Shield Rider

Anda boleh merujuk kepada pek komunikasi semakan semula – Borang Kebenaran (Di bawah Pilihan 3) untuk menyemak nama pelan yang berkenaan dengan anda. 

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo

Ahli PIDM

TIPS Brochure PIDM