Medical Sustainability

Panduan Kelangsungan Perubatan

Perlindungan anda sekarang vs Perlindungan anda pada masa hadapan

Pertama, mari kita fahami konsep Takaful. Takaful merujuk kepada persetujuan antara individu bagi membantu pencarum yang memerlukan dari segi kewangan. Sebahagian daripada jumlah caruman yang dibayar oleh Peserta dimasukkan ke dalam Dana Tabarru’ yang digunakan untuk membayar segala tuntutan yang diterima oleh Pengendali Takaful.

Tahukah anda, pada tahun 2023, sebanyak RM141 juta tuntutan perubatan telah dibayar, iaitu lebih 45% daripada tahun 2022. Jika jumlah tuntutan melebihi jumlah di dalam Dana Tabarru’ tanpa mengambil sebarang tindakan, Dana Tabarru’ mungkin akan berkurangan dan tidak boleh memberikan perlindungan kepada Peserta Takaful yang lain yang juga menyumbang ke dalam Dana Tabarru'. Kerana inilah faktor pelarasan caruman Takaful perlu dilakukan bagi memastikan Dana Tabarru’ mencukupi untuk membayar manfaat Takaful yang diberikan di bawah Sijil anda.

Caruman Takaful kita mungkin terkesan, dan boleh menjejaskan kewangan peribadi juga, namun perlindungan Takaful masih menjadi keperluan! Jangan risau kami akan sentiasa berada bersama anda dalam setiap langkah. Anda disarankan untuk menyemak semula perlindungan Takaful anda  bagi melakukan perubahan yang sesuai dengan keperluan anda. Layari selanjutnya agar anda peka dalam memastikan kelangsungan perlindungan perubatan anda.

Tonton video di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Apa yang perlu saya lakukan seterusnya?

Sila hubungi Perunding Takaful anda untuk membincangkan pilihan-pilhan anda. Anda juga boleh lawati Soalan Lazim kami di bahagian bawah halaman ini atau hubungi Talian Khidmat Pelanggan kami di 1300-13-8338, atau e-mel ke i-greatcare@greateasterntakaful.com.

Soalan Lazim

Semakan Caj Tabarru’ (iaitu pelarasan semula) terutamanya didorong oleh pengalaman tuntutan yang semakin merosot disebabkan oleh peningkatan kos perubatan, peningkatan dalam diagnosis penyakit kronik atau gaya hidup yang membawa kepada kekerapan yang lebih tinggi orang mendapatkan rawatan penjagaan kesihatan, peningkatan dalam yuran doktor atau caj makmal dan rawatan perubatan dan preskripsi ubat yang baharu/lebih maju.

Memandangkan tuntutan dibayar daripada Dana Tabarru’, trend tuntutan yang semakin meningkat telah mengurangkan Dana Tabarru’ dengan ketara dan ia mungkin tidak mencukupi untuk menampung tuntutan masa hadapan. Caj Tabarru’ untuk pelan perubatan yang berkenaan perlu disemak semula untuk memastikan kemampanannya. Tanpa pelaksanaan pelarasan semula, Dana Tabarru’ mungkin akan luput dan kami tidak akan dapat membayar untuk tuntutan masa hadapan.

Takaful adalah berdasarkan konsep Tabarru’ di mana sebahagian daripada caruman yang dikumpul didermakan ke dalam Dana Tabarru’ untuk menyediakan pembayaran tuntutan.

Oleh yang demikian, semua peserta akan terjejas untuk memastikan Dana Tabarru’ dapat dimampankan untuk membayar tuntutan kepada semua peserta. Ini adalah selaras dengan konsep kerjasama untuk membantu satu sama lain apabila berlaku musibah tanpa mengambil kira sama ada anda pernah membuat tuntutan sebelumnya atau tidak.

Video: Bayar Takaful Tak Dapat Apa Apa?

Ya. Caj Tabarru’ adalah tidak dijamin dan tertakluk kepada semakan semula.

Great Eastern Takaful Berhad boleh mengubah caj-caj ini dengan memberi notis bertulis kepada Anda dan/atau Orang yang Dilindungi seperti yang dinyatakan di bawah Fasal ‘Kebenaran Untuk Mengubah Kadar’ atau Fasal ‘Variasi Caruman, Kadar Tabarru’ dan Caj-caj Lain’ di bawah Sijil anda.

Kadar Tabarru’ yang baharu akan berkuat kuasa pada tarikh ulang tahun Sijil anda pada atau selepas 22 Julai 20241.

Contoh 1:

Tarikh Ulang Tahun Seterusnya:  20 Jun 2024.
Kadar Tabarru’ yang baharu akan berkuat kuasa pada 20 Jun 2025.

Contoh 2:

Tarikh Ulang Tahun Seterusnya:  27 Ogos 2024. 
Kadar Tabarru’ yang baharu akan berkuat kuasa pada 27 Ogos 2024.

Contoh 3:

Tarikh Ulang Tahun Seterusnya:  22 Julai 2024.
Kadar Tabarru’ yang baharu akan berkuat kuasa pada 22 Julai 2024.


Bagi penguatkuasaan semula pada atau selepas 22 Julai 20241, kadar Tabarru’ yang baharu akan berkuat kuasa serta merta selepas penguatkuasaan semula.

Untuk i-Medi Rider di bawah i-Great Evo, kadar Tabbarru' yang baru akan berkuat kuasa pada tarikh ulang tahun sijil pada atau selepas 1 September 2024.

Kami akan terus menyemak portfolio perubatan kami secara berkala terhadap kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat untuk memastikan Dana Tabarru’ dapat dimampankan untuk jangka masa panjang dan anda boleh menikmati perlindungan perubatan yang berterusan. Anda akan dimaklumkan dengan sewajarnya jika terdapat keperluan untuk sebarang semakan semula pada masa hadapan.

Semakan semula ini hanya dilakukan ke atas Caj Tabarru’. Semua terma dan syarat yang lain di bawah Sijil anda kekal tidak berubah.

Caruman tambahan / tambah-nilai adalah diperlukan untuk menampung peningkatan kadar Tabarru’ yang ditolak di bawah pelan(-pelan) perubatan anda.

Sekiranya anda tidak membayar caruman tambahan atau tidak melaksanakan tambah-nilai caruman kepada Sijil anda selepas semakan semula ini, kemungkinan Sijil anda akan luput lebih awal dari yang dijangka.

*Bagi i-Medik Asas dan i-Great Medi Care, kenaikan caruman adalah wajib semasa ulang tahun Sijil selepas 22 Julai 2024.

Ya, anda boleh meningkatkan caruman anda dengan sebarang jumlah yang tertakluk kepada jumlah minimum RM50 (bulanan).

Walau bagaimanapun, kami menggalakkan anda untuk membayar sekurang-kurangnya caruman tambah-nilai yang disarankan supaya Jumlah Akaun Sijil anda [iaitu Jumlah Nilai Akaun (TAV) atau Jumlah Akaun Individu Peserta (PIA)] akan mencukupi untuk membayar Caj Tabarru’ yang lebih tinggi. Selanjutnya, sijil anda akan luput apabila TAV atau PIA tidak lagi mencukupi.

*Bagi i-Medik Asas dan i-Great Medi Care, kenaikan caruman adalah wajib semasa ulang tahun Sijil selepas 22 Julai 2024.

Caruman tambahan / tambah-nilai yang disarankan adalah pilihan dan boleh ditingkatkan pada bila-bila masa, walau bagaimanapun adalah dinasihatkan untuk meningkatkan jumlah caruman secepat mungkin, sebagai contoh pada tarikh ulang tahun yang seterusnya setelah anda menerima surat komunikasi daripada kami.

Walau bagaimanapun, sila ambil maklum bahawa anda dikehendaki untuk membayar balik semua caruman tertunggak jika ada sebelum anda meningkatkan caruman.

*Bagi i-Medik Asas dan i-Great Medi Care, kenaikan caruman adalah wajib semasa ulang tahun Sijil selepas 22 Julai 2024.

Sekiranya terdapat isu kemampuan, anda boleh memilih untuk melakukan Penambahan Tunggal dengan jumlah minimum RM1,000 bagi setiap transaksi untuk mengelakkan Sijil anda luput lebih awal daripada yang dijangkakan.

Nilai tunai / nilai akaun berkemungkinan akan meningkat dengan pembayaran caruman tambahan / tambah-nilai yang disarankan pada tahun-tahun awal, namun, kenaikan dalam nilai tunai / nilai akaun akan berkurangan pada tahun-tahun kemudian kerana penolakan Tabarru’ yang akan datang akan meningkat sepanjang tahun mengikut umur anda.

Sebagai contoh yang berikut Lelaki, Bukan Perokok, ANB 30, Pelan 150 Matang pada umur 80, Caruman bulanan RM 165.25

Cadangan Kenaikan Caruman : RM 70
Jumlah caruman yang baharu: RM 235.25

Daripada ilustrasi, dapat kita lihat nilai tunai akan meningkat dari tahun ke tahun, tetapi pada masa tertentu ia akan menurun kerana jumlah Tabarru’ yang perlu ditolak akan menjadi lebih tinggi dari tahun ke tahun. Unjuran ini adalah berdasarkan pulangan pelaburan sebanyak 5% setiap tahun. Pulangan pelaburan sebenar adalah berdasarkan prestasi Syarikat.

Caruman yang diketepikan di bawah Sijil semasa anda tidak menggambarkan kadar Tabarru’ yang telah disemak semula pada Tarikh berkuat kuasa pelarasan semula dan mungkin tidak mencukupi untuk menampung penolakan Tabarru’ pada masa hadapan. Oleh itu, anda disarankan untuk membayar caruman tambahan / tambah nilai untuk memastikan kemampanan Sijil anda sehingga matang.

Semakan semula kadar Tabarru’ melibatkan semua peserta dalam Dana Tabarru’ untuk memastikan keadilan dari segi Tabarru’ yang dikenakan tanpa mengambil kira status Sijil.

Sekiranya anda ingin menaikkan amaun caruman, langkah di bawah diperlukan dari anda selepas anda menghantar slip jawapan – Borang Kebenaran. 

Cara Pembayaran Caruman

Langkah Diperlukan
Kad Kredit/ Kad Debit
Kad kredit/ debit anda akan dibilkan mengikut jumlah caruman yang disemak semula. Sila hubungi bank pengeluar kad anda untuk memastikan bahawa had pengeluaran harian kad membolehkan potongan caruman.
Bank’s Order
Sila berhubung dengan bank pilhan anda untuk meneruskan pembayaran jumlah caruman yang disemak semula.
Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA)
  • Jika jumlah kenaikan caruman melebihi RM50.00, anda dikehendaki menghantar salinan sah slip gaji pencarum yang terkini kepada kami untuk menukar jumlah potongan BPA anda.
  • Jika jumlah kenaikan caruman kurang daripada RM50.00, jumlah potongan BPA anda akan ditukar mengikut jumlah caruman yang disemak semula.

Ia akan mengambil masa kira-kira 2 bulan untuk mendapatkan kelulusan daripada BPA untuk potongan caruman. Jika sijil anda mempunyai bayaran caruman tertunggak sebelum jumlah potongan BPA baru berkuat kuasa, anda boleh membuat potongan pembayaran caruman melalui JomPAY. Untuk pembayaran JomPAY, sila rujuk jadual penyelesaian pembayaran “Tunai / Cek” di bawah.

Direct Debit Authorisation (DDA)

Sila serahkan borang DDA salinan cetak yang lengkap kepada kami bersama-sama dengan bayaran untuk caruman pendahuluan 2 bulan. Ia akan mengambil masa kira-kira 2 bulan untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak bank. Anda boleh membuat pembayaran caruman pendahuluan melalui JomPAY. Untuk pembayaran JomPAY, sila rujuk jadual penyelesaian pembayaran “Tunai / Cek” di bawah.

Borang DDA tersedia untuk dimuat turun di laman sesawang korporat kami di: Dapatkan Bantuan > Khidmat Pelanggan > Borang Kebenaran Direct Debit (DDA)

GIRO

Sila serahkan borang GIRO salinan cetak yang lengkap kepada kami bersama-sama dengan bayaran untuk caruman pendahuluan 2 bulan. Anda boleh membuat pembayaran caruman pendahuluan melalui JomPAY. Untuk pembayaran JomPAY, sila rujuk jadual penyelesaian pembayaran “Tunai / Cek” di bawah.

Borang GIRO boleh didapati daripada bank-bank yang mengambil bahagian dan mesti disahkan dan diluluskan oleh bank sebelum diserahkan kepada Great Eastern Takaful Berhad.

Tunai/Cek
Memandangkan Kami tidak lagi menerima bayaran tunai / cek, anda dinasihatkan untuk meneruskan pembayaran melalui JomPAY.

Anda boleh merujuk kepada langkah dibawah untuk pembayaran melalui JomPAY:

Langkah 1: Log masuk ke Internet atau Perbankan Mudah Alih dan cari JomPay

Langkah 2: Masukkan 16899 dalam medan Kod Biller untuk GREAT EASTERN TAKAFUL - FAMILY

Langkah 3: Masukan Nombor Sijil 10 digit anda dalam medan "Ruj-1"

Langkah 4: Masukkan Nombor Telefon Bimbit dalam medan "Ruj-2" 

Langkah 5: Masukkan Amaun Pembayaran anda

Langkah 6: Sahkan dan Bayar

Sebagai alternatif, anda mungkin ingin menukar cara pembayaran caruman kepada kad kredit/debit untuk proses pembayaran yang lancar melalui platform layan diri kami (i-Get In Touch).


Anda dinasihatkan untuk memantau status pembayaran caruman anda melalui platform layan diri kami (i-Get In Touch) seperti dalam panduan yang disediakan dalam pautan di bawah untuk memastikan semua caruman yang dibayar adalah terkini.

i-Get In Touch > Lihat Butiran Sijil > Maklumat Caruman

Pelanggan boleh menghantar Borang Kebenaran yang telah dilengkapkan kepada GETB melalui salah satu pilihan cara yang berikut:

  • Membuat pilihan yang diinginkan melalui saluran WhatsApp bermula dari 19 Julai 2024; atau
  • Membuat pilihan yang diinginkan melalui portal i-Get In Touch bermula dari 8 Ogos 2024; atau
  • Hantar Borang Kebenaran yang telah dilengkapkan melalui portal i-Get In Touch seperti langkah-langkah yang berikut:

Log masuk iGIT > Penghantaran Borang Saya > Perubahan Sijil > Perubahan Jumlah Perlindungan / Caruman Berkala / Manfaat

  • Isi Borang Kebenaran dan hantar borang yang telah dilengkapkan kepada ejen untuk dimuatnaik melalui portal i-Great Partner:

Log masuk iGP > Operation > Perkhidmatan Pelanggan > Penghantaran Borang CS

  • Isi Borang Kebenaran dan e-melkan kepada i-greatcare@greateasterntakaful.com; atau
  • Pergi ke mana-mana cawangan kami yang terdekat dan serahkan Borang Kebenaran yang telah dilengkapkan di kaunter; atau
  • Isi Borang Kebenaran dan pos kepada:

Great Eastern Takaful Berhad - Customer Care Department
Level 3, Menara Great Eastern
303 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur

Sila rujuk kepada pautan di bawah:

Pelan Berkait Pelaburan

i-Medi Shield Link Rider

 

Pelan Tradisional

i-Medi Shield Rider

 


Anda boleh merujuk kepada pek komunikasi semakan semula – Borang Kebenaran (Di bawah Pilihan 3) untuk menyemak nama pelan yang berkenaan dengan anda.