Atas dasar keprihatinan serta peka akan cabaran hidup yang dihadapi masyarakat, inisiatif GET-Care diperkenalkan untuk membantu mereka yang memerlukan demi meningkatkan kesejahteraan hidup serta taraf sosio-ekonomi yang lebih baik. Teras Pembangunan Komuniti meliputi pelbagai aspek kebajikan seperti program khidmat masyarakat, kebajikan kesihatan, infrastruktur serta keterlibatan dan kolaborasi komuniti untuk mencapai pembangunan mampan dalam kalangan masyarakat.
Great Eastern Takaful telah membuktikan komitmennya untuk berbakti kepada masyarakat dengan menganjurkan majlis iftar untuk kanak-kanak yang menghidapi kanser. Menyemarakkan bulan Ramadan yang mulia ini, Great Eastern Takaful telah berkolaborasi dengan Kumpulan Ibu Bapa dan Sokongan Anak-Anak Kanser (KIDS) dalam penganjuran majlis penuh makna ini di Grand Ball Temu Jelatek, Datum Jelatek pada 29 Mac 2024. Dihadiri seramai 100 jemputan, majlis ini dipenuhi dengan gelak tawa, senyuman, dan telah mencipta kenangan manis bersama.
Majlis ini merupakan salah satu daripada aktiviti di bawah inisiatif GET-Care, di mana kami menyokong serta memperkasakan masyarakat, khususnya bagi mereka yang menghadapi cabaran hidup. Ia juga telah mengeratkan hubungan, menceriakan dan membantu mereka yang memerlukan serta mencerminkan nilai-nilai teguh Great Eastern Takaful. Bersama, kita Mencapai Kejayaan!
Great Eastern Takaful telah menganjurkan satu acara membeli belah barangan kelengkapan Hari Raya di bawah Program GREAT Ramadan,
Pada 15 Disember 2023, Great Eastern Takaful sekali lagi berpeluang untuk bekerjasama dengan pihak Kembara Amal Ventures dalam Misi Bantuan Kemanusiaan Mangsa Banjir dengan menyampaikan pek bantuan
Sempena sambutan Hari Kanak – Kanak Sedunia, Great Eastern Takaful telah menjemput 32 orang kanak kanak yang menghidap barah melalui Kerjasama dengan Kumpulan Ibu Bapa Dan Sokongan Anak-Anak Kanser (KIDS) untuk lawatan pendidikan bertempat di KidZania pada 18 November 2023.
Bersempena Bulan Kesedaran Kanser Kanak-kanak, Great Eastern Takaful amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan pihak NGO, Kumpulan Ibu Bapa Dan Sokongan Anak-Anak Kanser (KIDS) untuk menceriakan.
Great Eastern Takaful (GETB) telah bekerjasama dengan pihak Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM) pada bulan Jun untuk menyertai program Kembara Korban yang merupakan aktiviti korban haji berskala besar di Malaysia.
Warga kerja Great Eastern Takaful telah menyantuni seramai 50 orang anak-anak kanser dalam satu majlis berbuka puasa di Hotel Koptown EDC, Kuala Lumpur pada bulan April 2023.
Lanjutan daripada program GREAT Ramadan dan GREAT Aidiladha, warga kerja Great Eastern Takaful telah berkongsi rezeki dalam bentuk pengagihan barangan keperluan harian
>>Baca selanjutnya
Great Eastern Takaful menyambut bulan Ramadan yang mulia ini melalui program GREAT Ramadan dengan berkongsi rezeki bersama golongan yang kurang bernasib baik
>>Baca selanjutnya
Great Eastern Takaful (GETB) sekali lagi berpeluang menyantuni Kumpulan Ibu Bapa dan Sokongan Anak-Anak Kanser (KIDS) melalui program GETFunJourney di Port Dickson pada bulan Disember 2022.
>>Baca selanjutnya
Sempena sambutan Bulan Kesedaran Kanser Kanak-kanak 2022, Great Eastern Takaful telah bekerjasama dengan sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) daripada Kumpulan Ibu Bapa dan Sokongan Anak-anak Kanser (KIDS)
Bagi memenuhi tanggungjawab sosial korporat Great Eastern Takaful, kami telah mengunjungi Ronald McDonald House (RMH) di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)
Sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha, kami di Great Eastern Takaful menjalankan tanggungjawab sosial kami dengan berganding bahu melakukan Program khidmat masyarakat
Penduduk di bandar sudah mula berehat di penghujung tahun ini, tetapi komuniti di Kampung Orang Asli Sg Gabong pula akan sibuk menjaga pokok cili mereka untuk beberapa bulan akan datang.
Pada 20 Jun, sekumpulan wakil dari Great Eastern Takaful membuat lawatan khidmat masyarakat terhadap “keluarga” kami di Kampung Orang Asli Sg Gabong.
Pada 13 April, hampir 50 orang sukarelawan daripada Great Eastern Takaful Berhad melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat yang mesra di Kampung Orang Asli Sg Gabong di Bentong, Pahang, yang mempunyai seramai 400 orang penduduk.
>>Baca selanjutnya