Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

Hati yang memberi

Hati yang memberi banner

Pada 20 Jun,  sekumpulan wakil dari Great Eastern Takaful membuat lawatan khidmat masyarakat terhadap “keluarga” kami di Kampung Orang Asli Sg Gabong. Tujuan lawatan kami adalah untuk menjayakan program tanggung jawab sosial dan memberi sumbangan pelbagai barangan keperluan dan makanan untuk kegunaan mereka sempena bulan Ramadhan.

Sewaktu pelaksanaan PKP berlangsung, kami terpaksa menangguhkan program khidmat komuniti kami buat sementara waktu, Sebaik sahaja PKP berakhir dua bulan kemudian, kami berjaya memberikan sumbangan sebanyak 1,500kg barangan seperti beras, tepung, minyak masak, tin sardin dan barangan penjagaan diri kepada 96 keluarga di kampung berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Great Eastern Takaful Encik Shahrul Azlan Shahriman menyampaikan pakej penjagaan kepada setiap wakil komuniti keluarga.

“Anda semua telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami sejak kami memulakan program khidmat masyarakat dan tanggungjawab sosial tiga tahun yang lalu, awalnya kami menyediakan lampu berkuasa solar, sistem pembersihan air dan mendirikan sudut bacaan untuk kanak-kanak dan belia . Kami ikhlas dalam usaha kami untuk membantu memperkasakan anda ke arah kehidupan yang lebih baik melalui program khidmat masyarakat kami."

“Apa yang penting bagi kami ialah kelangsungan, kami ingin terus menyokong anda semua,” tambah beliau.

Pada bulan Oktober tahun lepas, kami memulakan penanaman cili padi bagi mempelbagaikan sumber pendapatan mereka. Sebagai sambungan kepada projek khidmat masyarakat tersebut, kami menjemput pakar dari Jabatan Pertanian Bentong untuk berkongsi kemahiran terbaik dengan komuniti di sini.

Encik Anwar Abdul Karim, pegawai dari Jabatan tersebut, berkongsi pelbagai tip pertanian dengan penduduk di situ. Tambahan pula, beliau memberikan sumbangan percuma seperti  benih kacang panjang, sawi dan jagung kepada keluarga di sana untuk menanam di sekeliling kawasan perumahan mereka.

Encik Anwar berpesan: “Jika kita tidak berjaya pada percubaan yang pertama, cuba dan cuba lagi. Jagalah tanaman tersebut seperti mana kita menjaga diri kita sendiri."

Wakil dari mySalam juga telah memberikan sumbangan kepada individu yang layak menerima skim perlindungan Takaful kerajaan yang mengemukakan tuntutan setelah mereka dimasukkan ke hospital baru-baru ini.

Kami berasa amat bersyukur atas sokongan dan kasih sayang dari keluarga Great Eastern, yang banyak memberi sumbangan barang keperluan untuk komuniti di Kampung Orang Asli Sg Gabong sehingga kami mempunyai lebih daripada cukup untuk kegunaan harian.

Tindakan mereka merupakan perkara yang sangat bermakna dari pelbagai sudut – malah apa yang penting, ia memastikan kelangsungan program tanggungjawab sosial kami kepada komuniti ini.

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo