Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

Menggembur tanah dalam menuju kejayaan bersama

Menggembur tanah program banner

Penduduk di bandar sudah mula berehat di penghujung tahun ini, tetapi komuniti di Kampung Orang Asli Sg Gabong pula akan sibuk menjaga pokok cili mereka untuk beberapa bulan akan datang.

Program khidmat masyarakat dan keusahawanan ini menandakan penutup bagi aktiviti tanggungjawab sosial korporat Great Eastern Takaful bagi tahun 2019, dimana 40 sukarelawan daripada GETB, disertai juga pelajar-pelajar Universiti Malaya, bagi membantu 20 keluarga Orang Asli menanam 2,288 pokok cili di halaman rumah mereka pada 26 Oktober.

Projek khidmat masyarakat dan tanggungjawab sosial ini adalah sebahagian daripada visi kami untuk mencapai kejayaan bersama untuk semua serta meningkatkan gaya hidup mereka.

Sukarelawan bersama-sama keluarga melakukan program khidmat masyarakat dan tanggungjawab sosial dengan menggembur tanah dan menanam pokok cili pada pagi hari tersebut, ada yang pakar dan ada juga yang meraih pengalaman baru dalam kerja-kerja berkebun ini, tetapi secara keseluruhan, pengalaman tersebut adalah sangat memanfaatkan dan memuaskan untuk semua. Terdapat juga kanak-kanak yang turut membantu menggali menggunakan penyodok dengan gigih sekali tanpa menghiraukan cuaca panas atau serangga.

Apabila pokok-pokok matang nanti, GETB akan membantu keluarga-keluarga ini dengan membawa hasil mereka ke pasaran, dan memberikan khidmat komuniti dengan memberi nasihat kepada mereka berkenaan dengan kesedaran kewangan agar dapat memupuk usahawan baru ini melabur semula hasil mereka untuk keuntungan yang lebih baik pada masa akan datang. Pokok mengkuang juga disediakan kepada orang kampung untuk ditanam pada masa hadapan.

GETB juga turut memberi sumbangan makanan dan minuman serta pakaian terpakai kepada komuniti Orang Asli hasil daripada kutipan di kalangan pekerja.

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo