Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

Great Eastern Takaful menyediakan panel solar dan air bersih kepada masyarakat orang asli

Dah ada lampu dan air banner

Pada 13 April, hampir 50 orang sukarelawan daripada Great Eastern Takaful Berhad melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat yang mesra dipanggil Tanggungjawab Sosial Korporat di Kampung Orang Asli Sg Gabong di Bentong, Pahang, yang mempunyai seramai 400 orang penduduk.

Aktiviti ini adalah susulan dari aktiviti khidmat masyarakat dan tanggungjawab sosial yang diadakan sebelum ini, yang mana sukarelawan memasang lampu berkuasa solar di 15 buah rumah dan dua buah sistem pembersihan air di kampung tersebut.

Kali ini, sukarelawan memasang lampu berkuasa solar di 5 buah lagi rumah, menyediakan sudut bacaan dengan pelbagai sumbangan buku yang sesuai untuk kanak-kanak dan belia, dan juga melaksanakan projek kebersihan mulut dan tangan untuk anak-anak kecil.

Di samping itu, kira-kira 80 orang kanak-kanak menerima sumbangan sebiji lampu bacaan setiap seorang untuk membantu mereka mengulangkaji pelajaran dan membuat kerja sekolah pada waktu malam.

Selain daripada itu, GETB juga memberi sumbangan barang-barang keperluan kepada 20 buah keluarga dan juga menyebarkan maklumat tentang program perlindungan kesihatan mySalam, suatu inisiatif kerajaan untuk membantu dan memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Untuk memastikan komuniti di sini mendapat manfaat daripada bantuan dan perhatian yang ditumpukan kepada mereka, GETB akan terus berikhtiar untuk menjaga dan memenuhi keperluan komuniti ini melalui program khidmat masyarakat untuk jangka masa panjang, setelah memulakan projek tanggungjawab sosial ini tahun lepas.

Lebih banyak aktiviti telah dicadangkan untuk tahun 2019, termasuk program tanggungjawab sosial memperkasakan kaum wanita.

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo