Siapakah yang boleh menyertai pelan ini?
Pelan ini adalah untuk mereka yang berumur 17-70 (umur hari jadi
terhampir)
Berapakah jumlah
caruman yang perlu saya bayar? Jumlah caruman untuk
pelan ini adalah bergantung kepada umur, jantina, jenis bangunan,
tempoh pinjaman dan jumlah perlindungan yang anda pilih. Sila
klik pada 'Kalkulator' untuk mendapatkan sebut harga caruman
untuk perlindungan anda.
Apakah perlindungan/manfaat yang
disediakan di bawah MRTT LPPSA? Pelan ini melindungi
kematian atau Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK) (sebelum umur
65 hari jadi terhampir) ke atas Orang yang Dilindungi
Nota: Tertakluk kepada terma dan
syarat. Sila rujuk pada Ilustrasi Manfaat atau Sijil Takaful
untuk Jadual Jumlah Perlindungan Berkurangan.
Apakah caj-caj yang dikenakan di bawah MRTT
LPPSA?
- Caj Pendahuluan (25% daripada caruman yang dibayar)
yang merangkumi kos pengagihan terus Pengendali Takaful
termasuk komisen yang dibayar kepada pengantara dan
perbelanjaan pentadbiran yang merangkumi setem duti sebanyak
RM10.
- Tabarru' bergantung kepada jumlah perlindungan, umur,
dan jantina Orang yang Dilindungi. Tabarru’ akan ditolak secara
bulanan daripada Akaun Individu Peserta (PIA).
Apakah pengecualian utama di bawah pelan MRTT
LPPSA?
- Kematian dalam tahun pertama sijil akibat bunuh diri,
ketika waras atau tidak waras.
- HUPK akibat kecederaan yang dilakukan sendiri , ketika
waras atau tidak waras, atau yang terjadi kesan daripada anda
melanggar undang-undang atau provokasi menyerang.
- HUPK yang telah wujud sebelum atau pada Tarikh Kuat
Kuasa Sijil Takaful.
Nota: Senarai ini adalah tidak
menyeluruh. Sila rujuk Sijil Takaful bagi senarai penuh
pengecualian di bawah pelan ini.