Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

Tips untuk kehidupan dalam usia tua yang sihat dan memuaskan

tips kehidupan dalam usia tua yang sihat dan memuaskan

Proses penuaan adalah suatu proses semula jadi yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan kita. Proses ini boleh memberikan kita pengalaman dan menerbitkan rasa penghargaan yang lebih mendalam terhadap dunia di sekeliling kita. Walau bagaimanapun, mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan yang baik seiring dengan peningkatan usia adalah keutamaan untuk kehidupan yang memuaskan dan aktif di kemudian hari. Dalam artikel ini, kita akan menerokai cara-cara menjalani kehidupan yang sihat, memperkasakan diri anda untuk merangkul tahun keemasan dengan bertenaga dan bersemangat.

Kekal sihat dari segi fizikal
 

kekal sihat dari segi fizikal

Siapa kata anda tidak boleh kekal aktif apabila berusia? Antara cara untuk kekal sihat adalah dengan mengamalkan aktiviti-aktiviti fizikal secara berkala. Anda tidak perlu membuat senaman yang memerlukan kudrat dan berintensiti tinggi, senaman ringan seperti berjalan, aerobik air atau yoga kerusi adalah antara aktiviti yang sesuai untuk anda bersenam bagi menggerakkan otot dan sendi anda.

Penting untuk anda mempraktikkan cara ini untuk kekal sihat supaya dapat mengurangkan kesakitan di bahagian otot, sendi, mahupun jantung anda. Oleh yang demikian, anda perlulah bergerak secara aktif untuk mengelakkan badan anda berasa sengal dan sakit dek kerana peningkatan usia.

Kekal aktif secara mental
 

kekal aktif secara mental

Badan cergas, minda cerdas! Tahukah anda, untuk menjalani kehidupan yang sihat, kita perlulah mempunyai keadaan mental yang cerdas? Tidak dinafikan, setelah kita meningkat usia, banyak perkara yang kita perlu fikirkan dan fenomena tersebut mampu menimbulkan tekanan yang melampau. Terdapat beberapa cara untuk anda mengamalkan gaya hidup sihat dari segi mental, termasuklah mengamalkan aktiviti yang membantu mencerdaskan minda.

Aktiviti-aktiviti seperti bermain sudoku, catur, mendengar muzik serta membaca buku bukan sahaja dapat mengisi masa terluang dalam jadual seharian anda tetapi dapat juga mententeramkan jiwa dan memberikan minda anda rehat yang diperlukan. 

Bersosial dan kekal berhubung 

 

bersosial dan kekal berhubung

Perasaan sunyi dan kesepian semestinya bukanlah satu perasaan yang kita impikan, terutamanya ketika kita sudah ditelan usia. Kerapkanlah berhubung bersama rakan-rakan mahupun ahli keluarga anda untuk bertanya khabar dan meluangkan masa anda bersama yang tersayang.

Sebagai tips untuk kekal sihat, elakkan berkurung di rumah dan mengelakkan diri dari berjumpa dengan orang lain, tetapi mulakan kehidupan anda dengan bersosial di persekitaran rumah anda ataupun komuniti setempat supaya dapat mengelakkan diri anda daripada terjerumus dalam lembah kemurungan. Terdapat pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan seperti bersenam, menghadiri majlis ilmu ataupun berjumpa dengan rakan-rakan di waktu lapang. Aktiviti-aktiviti seperti ini mampu menenangkan minda sekaligus merapatkan silaturrahim antara anda dan orang sekeliling.

Pemeriksaan berkala

 

pemeriksaan berkala

Membuat lawatan dan pemeriksaan berkala dengan doktor anda adalah salah satu kebaikan dalam mengamalkan gaya hidup sihat. Di usia yang lanjut, terdapat pelbagai jenis penyakit yang mudah anda jangkiti disebabkan faktor usia dan sistem imuniti yang semakin berkurang.

Melalui pemeriksaan berkala, anda dapat mengenal pasti keadaan badan anda, seterusnya dapat membuat rawatan dan pengambilan ubat jika diperlukan. Rawatan-rawatan ini sudah tentu menelan perbelanjaan yang tinggi. Maka, elakkan diri anda daripada terbeban dengan tekanan kewangan. Carumlah dalam pelan takaful kesihatan yang terbaik untuk anda demi hari tua yang lebih tenang dan selesa

Penuaan yang sihat bukan tentang menahan peredaran masa tetapi tentang mengoptimumkan kesejahteraan fizikal, mental dan emosi anda semasa anda mengharungi peringkat akhir kehidupan. Dengan kekal aktif secara fizikal, menyuburkan badan anda dengan diet seimbang, melibatkan minda anda, dan memupuk hubungan sosial, anda boleh menikmati kehidupan yang memuaskan dan bertenaga pada usia tua anda. Ingat bahawa masih belum terlambat untuk memulakan proses penuaan yang sihat, dan perubahan kecil boleh memberi impak yang besar dalam kualiti hidup anda secara keseluruhan.

Kandungan yang berkaitan
Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo