Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

Panduan pelepasan cukai dan takaful: merancang kewangan yang berjaya

Takrifan pelepasan cukai

Bulan Mac kian menghampiri kita dan bulan ini adalah penting bagi pekerja-pekerja di Malaysia: musim pengisian dan pengisytiharan cukai masing-masing. Tetapi, tahukah anda bahawa anda boleh menerima pelepasan cukai melalui pelan takaful anda? Benar, anda boleh mengurangkan cukai pendapatan yang dikenakan dan seterusnya membantu anda berjimat. Mari kita terokai pencirian pelepasan cukai dan cara pelepasan cukai melalui takaful.

1. Takrifan pelepasan cukai

Apakah itu pelepasan cukai? Pelepasan cukai adalah pengurangan wang daripada jumlah pendapatan tahunan seseorang, mengikut tahun taksiran tersebut. Ramai di kalangan rakyat Malaysia masih keliru tentang perbezaan pelepasan cukai dan potongan cukai. Mudah sahaja, pelepasan cukai adalah cukai yang ditolak daripada pendapatan tahunan anda, yang mana anda telah menggunakan wang tersebut untuk kegunaan tertentu manakala potongan cukai adalah potongan cukai secara bulanan yang ditolak daripada pendapatan bulanan semasa pekerja oleh majikan.

Kedua-dua penolakan cukai ini memberikan fungsi yang sama: meringankan beban para pekerja di Malaysia untuk membayar cukai-cukai yang dikenakan apabila cukai dikira. Oleh yang demikian, ianya penting untuk kita cakna tentang segala pembayaran dan transaksi yang telah dilakukan sepanjang tahun itu supaya dapat membuat perancangan kewangan yang baik, seterusnya menjimatkan pembayaran cukai anda kelak.

Kelayakan pelepasan cukai

2. Golongan yang layak mendapat pelepasan cukai

Jadi, apakah kelayakan untuk membuat tuntutan pelepasan cukai pendapatan? Terdapat tiga kumpulan utama yang berwarganegara Malaysia yang layak iaitu:

 

●       Golongan yang berstatus bujang.

●       Golongan yang mempunyai anak.

●       Pasangan yang berkahwin dan menanggung ibu bapa

 

Terdapat pelbagai kategori yang anda boleh sertakan dalam senarai pelepasan cukai anda seperti yuran pendidikan, kos perubatan serta barangan atau perkhidmatan di bawah kategori gaya hidup seperti bahan bacaan bercetak, kos peralatan sukan dan yuran keahlian gimnasium, pembelian gajet seperti komputer dan telefon serta bil internet bulanan. Had maksimum pelepasan cukai untuk kategori gaya hidup ialah RM2,500. Selain itu, anda juga boleh menuntut pelepasan cukai melalui takaful pilihan anda, berdasarkan terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh syarikat takaful anda. Oleh itu, anda sudah boleh mula jejaki segala pembayaran yang anda telah lakukan untuk membuat tuntutan pelepasan cukai.

Cara pelepasan cukai melalui takaful

3. Cara pelepasan cukai melalui takaful

Tahukah anda, anda boleh menuntut pelepasan cukai melalui takaful? Benar, anda sebenarnya layak apabila anda memenuhi syarat untuk mendapatkan pelepasan cukai peribadi apabila anda mendaftar dalam sebarang pelan takaful.

Jika anda seorang penjawat awam yang telah bersara, anda layak menerima pelepasan cukai terhad sebanyak RM7,000. Manakala jika anda penjawat swasta, anda boleh mengajukan tuntutan sehingga RM3,000 untuk caruman takaful tertentu dan RM4,000 untuk KWSP. Pelan perubatan dan pendidikan juga memenuhi syarat untuk mendapatkan pelepasan cukai terhad sebanyak RM3,000. Bukan sahaja anda dapat berjimat untuk membayar cukai pendapatan anda, anda juga dapat menikmati manfaat takaful yang ditawarkan kepada anda.

 

Berikut adalah langkah-langkah menuntut pelepasan cukai melalui takaful:

1.      Daftar nombor cukai pendapatan anda (atas talian di laman web LHDNM atau di cawangan LHDNM yang berdekatan). Sila sediakan:

-        borang CP600 (dimuat turun di dalam laman web bahagian Borang)

-        Kad pengenalan

-        Sijil Pendaftaran Perniagaan (jika ada)

-        Slip gaji/penyata pendapatan

2.      Dapatkan nombor pin MyTax HASiL (dalam talian melalui Maklum Balas Pelanggan HASiL atau cawangan HASiL yang berdekatan). Sila sediakan:

-        Salinan kad pengenalan/pasport

-        Borang CP55D - Permohonan Nombor Pin E-Filing Individu

3.      Login ke laman web MyTax

4.      Isikan butiran peribadi anda dan maklumat majikan

5.      Isytiharkan pendapatan tahunan anda

6.      Isikan butiran untuk penuntutan pelepasan cukai anda.

 

Kebolehpercayaan dan perlindungan kewangan adalah aspek penting dalam perjalanan kewangan seseorang. Dengan merencanakan secara bijak dan memanfaatkan peluang yang ada, anda dapat membina landasan yang kukuh untuk mencapai matlamat kewangan anda. Pastikan anda mengisytiharkan cukai pendapatan anda pada tempoh yang ditetapkan, dan kemaskinikan pelepasan cukai melalui pelan takaful anda! 

Kandungan yang berkaitan
Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo