Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

Memahami kanser kanak-kanak: Faktor risiko, jenis dan simptom

Kanser kanak-kanak adalah keadaan kompleks yang menjejaskan ribuan kanak-kanak dan keluarga mereka setiap tahun. Untuk memahami isu kritikal ini dengan lebih baik, adalah penting untuk kita meneliti pelbagai jenis kanser kanak-kanak, meneroka punca kanser kanak-kanak yang berpotensi dan memahami simptom kanser kanak-kanak yang terlibat. Pengetahuan ini boleh membantu dalam pengesanan awal, pencegahan dan strategi rawatan yang lebih baik. Dalam blog ini, kami akan memberikan gambaran keseluruhan kanser kanak-kanak, jenis, simptom dan faktor kanser kanak-kanak.

Kanser kanak-kanak

Jenis kanser kanak-kanak

Berbeza dengan orang dewasa, kanser kanak-kanak berlaku dengan kadar yang sedikit tetapi penting untuk kita tahu jenis dan keberadaannya. Terdapat beberapa jenis kanser kanak-kanak yang perlu kita cakna akan kewujudannya, termasuklah kanser seperti leukemia, tumor otak dan juga neuroblastoma.

 

  • Leukemia merupakan kanser darah yang mana ia terjadi di dalam sumsum tulang dan memasuki ke dalam ruangan darah. Apabila kanak-kanak menghidap leukemia, sel darah yang tidak normal terbentuk di dalam sumsum tulang tersebut, selalunya menjejaskan sel darah putih yang bertugas untuk memelihara badan dari sebarang jangkitan.
  • Pediatric Brain Tumor atau tumor otak kanak-kanak terjadi hasil ketumbuhan sel-sel yang tidak normal di otak kanak-kanak tersebut atau bahagian yang berdekatan dengan ketumbuhan itu. Terdapat beberapa jenis barah otak seperti benign (bukan kanser) dan malignant (kanser).
     

Seterusnya adalah neuroblastoma, sebuah tumor kanser yang sering dihadapi dalam kalangan kanak-kanak. Kanser ini terjadi dari tisu yang terbentuk di dalam sistem saraf simpatetik. Neuroblastoma seringkali ada ketika saat kelahiran anak, tetapi secara umumnya dikesan apabila sel tersebut mula tumbuh dan memakan ruang orang yang lain

Faktor dan risiko

Faktor risiko kanser kanak-kanak

Faktor risiko kanser yang dihadapi kanak-kanak bukan seperti orang dewasa yang terdedah dengan persekitaran. Malah, faktor kanser kanak-kanak yang sebenar masih belum dikenal pasti. Walau bagaimanapun, kalangan doktor & pengkaji berpendapat bahawa salah satu faktornya adalah mutasi DNA kanak-kanak yang menjurus kepada pertumbuhan sel yang luar biasa.

Fenomena ini berlaku kerana di dalam DNA anak mengandungi bahan biokimia yang mengawal aktiviti pertumbuhan dan pembahagian sesebuah sel, mutasi tersebut boleh menyumbang ke arah proses pertumbuhan sel yang tidak terkawal, seterusnya menjadi sel kanser.

simptom kanser kanak-kanak

Simptom kanser kanak-kanak

Kita boleh buat pengesanan awal simptom kanser kanak-kanak sebagai cara mengatasi kanser sebelum melawat doktor untuk membuat rawatan. Anda perlu cakna tentang cara anak-anak anda berkelakuan dan keadaan fizikal mereka. Berikut merupakan tanda-tanda kanser pada kanak-kanak:

 

  • Ketulan/Bengkak besar di badan anak.
  • Punca & sentiasa keletihan.
  • Demam yang berpanjangan.
  • Perubahan dari segi penglihatan.
  • Berat badan berkurang secara mendadak.
  • Berasa loya awal pagi/waktu malam serta sering sakit kepala.
  • Rasa sakit yang berterusan di bahagian tulang, sendi, belakang dan kaki.
  • Jangkitan yang kerap berlaku.
  • Warna putih di belakang anak mata.
  • Perut yang kembung atau bengkak.
  • Sawan bersama/tanpa muntah-muntah yang berlanjutan.
  • Berjalan tempang

 

Jika anak anda mengalami gejala-gejala ini, anda dinasihatkan untuk membuat lawatan ke doktor dengan segera. Lindungi anak anda dengan membuat rawatan dan terapi yang sewajarnya.

Apabila anak didiagnos dengan kanser, ia akan memberi kesan yang besar kepada seluruh keluarga, termasuklah memberikan tekanan emosi dan memberi impak kepada kewangan keluarga. Walaupun ramai ibu bapa mengambil pelan perlindungan perubatan untuk anak mereka, ramai juga di kalangan ibu bapa yang tidak sedar bahawa rawatan kanser kanak-kanak tidak termasuk di dalam pelan perlindungan perubatan umum. Jika tiada perlindungan untuk kanser kanak-kanak, ibu bapa akan terbeban dengan kos rawatan yang tinggi, hutang, serta tekanan emosi. Oleh yang demikian, adalah wajar untuk ibu bapa mengambil pelan penyakit kritikal untuk mengelakkan perbelanjaan berlebihan untuk kos rawatan kanser anak. Penting untuk anda melindungi anak anda dari peringkat awal supaya dapat mengelakkan kesan yang lebih buruk apabila anak anda menjelang usia dewasa.

Kandungan yang berkaitan
Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo