Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

Kesan inflasi kos perubatan dalam kewangan keluarga

Kesan inflasi kos perubatan dalam kewangan keluarga

Inflasi global telah memberi kesan yang besar kepada semua pelusuk dunia, memberi impak kepada semua lapisan ekonomi dan perkhidmatan termasuk kos perkhidmatan rawatan dan perubatan. Kos perubatan yang meningkat adalah satu isu yang serius dan membebankan kewangan keluarga di Malaysia. Inflasi kos perubatan merujuk kepada peningkatan berterusan dalam harga bukan sahaja bagi perkhidmatan kesihatan dan ubat-ubatan, malah pemeriksaan berkala dan rawatan-rawatan lain juga. Inflasi kos perubatan terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk peningkatan dalam kos pengeluaran peralatan perubatan, tuntutan yang lebih tinggi untuk perkhidmatan kesihatan dan peningkatan kos hidup secara keseluruhan. Mari kita kupaskan dengan lebih mendalam tentang kesan inflasi kos perubatan dan bagaimana ia memberi impak yang besar kepada kewangan keluarga.

kesan-kesan inflasi

Kesan-kesan inflasi kos perubatan terhadap kewangan keluarga
 

1. Kekurangan akses

Kenaikan kos perubatan dan rawatan akan memberi impak besar kepada kewangan keluarga, seterusnyamengakibatkan kekurangan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti. Kekurangan akses bermakna pengguna menjadi sukar untuk mendapatkan akses kepada perkhidmatan rawatan mahupun ubat-ubatan jika harga perkhidmatan rawatan menaik dek kerana inflasi tersebut. Perkhidmatan kesihatan yang berkualiti adalah mahal, dengan inflasi kos perubatan, keluarga perlu membuat perbelanjaan yang lebih banyak untuk menampung kos perubatan mereka. Oleh yang demikian, disebabkan peningkatan kos perubatan, sesetengah keluarga terpaksa menangguhkan atau mengabaikan rawatan-rawatan penting disebabkan masalah kewangan keluarga mereka.

2. Menambah beban kewangan keluarga

 

Dengan inflasi kos perubatan, keluarga akan menghadapi tekanan kewangan yang lebih tinggi. Bukan sahaja ia akan menambah tekanan terhadap keluarga, perancangan kewangan keluarga juga akan terkesan. Selain kos rawatan, perancangan kewangan yang lain seperti bajet bulanan, dana pendidikan dan dana kecemasan juga akan bertukar untuk memberi ruang penyesuaian kepada perubahan tersebut. Tidak dinafikan, dengan kenaikan kos perubatan dan perkhidmatan rawatan, fenomena ini akan membimbangkan keluarga kerana perancangan kewangan seluruh keluarga akan terganggu dan beberapa pengorbanan dan penukaran perlu dilakukan untuk menampung kos rawatan bagi seisi keluarga. 
 

3. Penambahan kos kesihatan

Salah satu kesan yang paling ketara adalah peningkatan perbelanjaan bagi keluarga. Kos pemeriksaan doktor, rawatan penyakit kronik dan perkhidmatan kesihatan lain seperti pemulihan fizikal akan turut meningkat selari dengan fenomena inflasi ini. Keluarga mungkin perlu mengeluarkan lebih banyak wang untuk menjaga kesihatan mereka dan anggota keluarga. Sesetengah keluarga juga mungkin perlu membuat pinjaman untuk menampung kos perubatan yang tinggi. Kesan ini berbalik kepada poin kekurangan akses; semakin tinggi inflasi kos perubatan, semakin sukar untuk keluarga mendapatkan akses perkhidmatan perubatan yang berkualiti.

Penambahan kos perubatan

Inflasi kos perubatan mampu memberikan kesan yang ketara terhadap kewangan keluarga. Dengan pengetahuan dan tindakan yang sewajarnya, kewangan keluarga dapat dilindungi dan dijaga dengan baik dan teliti. Keluarga perlu merancang perbelanjaan kesihatan dalam bajet kewangan keluarga masing-masing untuk mengelakkan daripada penggunaan wang yang berlebihan dan dapat membuat persediaan dengan lebih awal jika memerlukan sokongan kewangan untuk perubatan dan perkhidmatan kesihatan. Mempunyai pelan takaful perubatan  yang komprehensif adalah salah satu cara untuk memastikan keluarga anda dilindungi daripada menanggung kos perubatan yang tidak dijangka dek kerana penyakit atau kemalangan. Tambahan pula, ia dapat melindungi anda dan keluarga anda dari inflasi kos perubatan yang kian menaik. 

Kandungan yang berkaitan
Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo