Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

Kepentingan penjagaan diri dan cara mengamalkannya

Penjagaan diri bukan sekadar memanjakan diri tetapi melakukan yang terbaik untuk kebaikan anda sendiri. Apakah maksud penjagaan diri? Penjagaan diri bermaksud membuat keputusan yang lebih baik untuk diri sendiri, memberi diri anda masa rehat secukupnya dan juga berusaha ke arah masa depan yang cerah untuk diri andaDi sini, kami mempunyai beberapa tips dan cara penjagaan diri untuk panduan anda.

Dapatkan rehat apabila anda memerlukannya

Tidak dapat dinafikan bahawa kadangkala kehidupan dan kerja yang semakin sibuk menghalang rancangan dan masa rehat kita. Walau bagaimanapun, jika anda bekerja atau belajar, anda boleh menggunakan masa rehat anda untuk menutup mata anda buat sementara atau berehat sahaja tanpa melihat mana-mana skrin. Ini adalah rutin penjagaan diri yang paling asas — memberi diri anda sedikit masa rehat. Anda boleh cuba melihat luar tingkap pada sesuatu yang hijau seperti pokok, bunga dan tumbuhan lain ataupun berjalan-jalan di sekitar bilik atau pejabat anda bergantung pada persekitaran kerja anda.

Lakukan senaman ringan

Satu lagi contoh cara sayangi diri sendiri adalah dengan melakukan senaman pada bila-bila masa terluang walaupun hanya 10 minit. Kebanyakan daripada anda yang bekerja dikehendaki duduk di meja di hadapan komputer anda. Ini boleh menyebabkan postur yang lemah dan masalah kesihatan lain dalam jangka masa yang panjang. Senaman adalah penting untuk mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan yang baik. Ia juga boleh membantu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung, diabetes, dan obesiti. Senaman juga merangsang pembebasan endorfin, iaitu bahan kimia semulajadi yang baik di dalam otak yang boleh meningkatkan mood anda dan mengurangkan rasa sakit dan stres.

Pemakanan Tambahan

Makan makanan sihat dan seimbang

Penjagaan kesihatan diri juga melibatkan penjagaan dalaman anda sama seperti fizikal anda. Pemakanan yang betul dan diet seimbang boleh membantu menyihatkan badan, mengekalkan berat badan yang sihat, dan mengurangkan risiko penyakit kronik. Membuat pilihan makanan yang sihat dan mengamalkan pemakanan yang seimbang juga boleh membantu memperbaiki perspektif terhadap makanan dan menggalakkan imej badan yang positif.

Melibatkan diri dalam aktiviti fizikal yang kerap bersama-sama dengan tabiat pemakanan yang sihat boleh memberikan manfaat yang lebih besar untuk kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan. Anda haruslah ingat bahawa anda tidak perlu mengikuti diet ini dengan ketat. Benarkan diri anda beberapa hari di mana anda mendapat makanan atau snek kegemaran anda sebagai hadiah untuk kerja yang dilakukan dengan baik dan untuk memberi ganjaran kepada pencapaian kecil anda.

Makan lebih sihat

Lakukan pemeriksaan kesihatan dengan kerap

Pemeriksaan perubatan yang kerap adalah penting untuk mengekalkan kesihatan yang baik dan mencegah masalah kesihatan yang serius. Pemeriksaan ini memberi banyak faedah, termasuk pengesanan awal dan pencegahan penyakit, pengurusan keadaan kronik yang lebih efektif, pendidikan kesihatan, pengurangan kos penjagaan kesihatan serta ketenangan fikiran. Dengan mengesan masalah kesihatan pada peringkat awal, anda boleh menerima rawatan tepat pada masanya dan mencegah masalah kesihatan yang lebih serius.

Ini juga termasuk masalah kesihatan berkaitan kesihatan mental. Masalah kesihatan mental seringkali diabaikan kerana ia tidak dapat dilihat. Walau bagaimanapun, gejala dan akibatnya adalah sangat nyata, serius dan memerlukan perhatian. Isu kesihatan mental mempunyai kesan ketara seperti mempengaruhi kesejahteraan emosi, fungsi kognitif dan perhubungan serta boleh menyebabkan anda mengalami tekanan emosi, termasuk depresi, kebimbangan dan kemarahan, serta mungkin bergelut dengan penumpuan, ingatan dan membuat keputusan. Cabaran ini boleh menjejaskan hubungan dengan orang tersayang dan memberi kesan buruk kepada kualiti hidup anda secara keseluruhan. Untuk mencegah kesihatan mental, ia adalah penting untuk mengamalkan penjagaan diri dan mengutamakan kesihatan mental dan rohani anda. Meditasi, masa tenang atau solat boleh menenangkan fikiran anda tetapi konsistensi adalah kuncinya. Anda juga haruslah berkongsi masalah dan tekanan yang anda hadapi dalam hidup anda kepada seseorang yang anda percayai.

Kami berharap artikel ini telah berjaya meluaskan pemahaman anda mengenai manfaat penjagaan kesihatan diri, kepentingan dan butiran lanjut yang lain. Amalan penjagaan diri dalam aspek fizikal, mental,  amatlah penting. Oleh itu, sayangilah diri anda dan lindungi diri daripada sebarang gangguan kesihatan dengan pelan kesihatan yang kami tawarkan kepada anda!

Pemerikasaan kesihatan
Kandungan yang berkaitan
Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo