Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

4 Cara untuk menunjukkan kasih sayang terhadap keluarga

Keluarga terdiri daripada orang yang paling penting dalam hidup kita, dan kita perlu menunjukkan kepada mereka betapa pentingnya mereka kepada kita. Dengan kehidupan kita yang sibuk, mungkin mudah untuk mengabaikan keluarga kita begitu sahaja, dengan itu, penting untuk kita meluangkan masa bersama ahli keluarga untuk menyatakan cinta dan penghargaan kita kepada mereka walau sesibuk mana pun kita bagi membentuk keluarga bahagia. Sama ada melalui tindakan kecil ataupun besar, terdapat banyak cara yang kita boleh lakukan untuk menunjukkan bahawa mereka amat bermakna buat kita. Seperti yang kita maklum, budaya penyayang merupakan pegangan hidup berkeluarga. Di sini, kami akan mengongsikan 4 cara untuk menunjukkan kasih sayang terhadap keluarga, supaya anda boleh mengeratkan lagi ikatan silaturrahim sesama keluarga dan mencipta kenangan yang indah bersama.

Luangkan masa berkualiti bersama 

Kadangkala masa berkualiti buat keluarga sangat sukar diperoleh terutamanya apabila anda dan pasangan anda mempunyai pekerjaan yang sibuk dan mencabar, anak-anak berada di sekolah atau universiti dan beban kerja lebih berat berbanding sebelum ini. Walau bagaimanapun, sesuatu yang mudah seperti makan di meja makan bersama atau menonton filem di ruang tamu bersama-sama boleh mengekalkan ikatan keluarga yang kukuh terutamanya apabila anda mula bercakap tentang hari anda dan berkongsi cerita bersama pasangan atau ahli keluarga yang lain. Mungkin keluarga anda jarang boleh makan tengah hari bersama kerana kesibukan jadual masing-masing. Namun, memulakan hari dengan sarapan bersama keluarga atau mengakhirinya dengan makan malam juga sama pentingnya. Anda juga digalakkan untuk berjalan bersama keluarga seperti pergi melancong di tempat yang menyenangkan atau anda juga boleh berjalan-jalan di sekitar kawasan kejiranan bersama-sama untuk bersenam. Meluangkan masa bersama-sama ahli keluarga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim, membentuk keluarga bahagia, dan menambahkan rasa kasih sayang dalam keluarga.

Luangkan masa berkualiti

Mendengar dan berkomunikasi dengan keluarga 

Komunikasi dengan keluarga merupakan salah satu unsur penting dalam memperkukuh institusi keluarga. Komunikasi yang kurang baik dalam keluarga akan memberi impak negatif kepada emosi dan psikologi. Ramai diantara ahli keluarga mungkin takut untuk berkongsi kebimbangan dan isu antara satu sama lain kerana takut dikritik, wujudnya prasangka atau persepsi negatif daripada ahli keluarga yang lain seperti dipandang rendah, disyarah dan dilabel dengan kekurangan tertentu. Jadi, adalah penting untuk kita sentiasa mengambil berat dan memberi perhatian terhadap perasaan ahli keluarga, mendengar, dan juga memberi nasihat tanpa memandang serong terhadap pengadu demi mengekalkan hubungan kekeluargaan yang sihat. Mulakan dengan bertanya sama ada mereka mahu seseorang untuk bercakap dan meluahkan perasaan atau sama ada mereka perlukan nasihat. Selalunya, sesetengah orang yang mempunyai masalah hanya memerlukan telinga yang mendengar dan ingin merasa dilihat. Jika inginkan keluarga yang harmoni, anda perlu belajar menjadi pendengar yang baik, cuba memahami apa yang ingin disampaikan dan meletakkan diri anda di tempat pengadu.

mendengar dan komunikasi dengan baik

Tawarkan bantuan 

Anda boleh menawarkan untuk meringankan beban kerja rumah ahli keluarga anda pada bila-bila masa untuk menunjukkan rasa penghargaan kepada mereka. Sebagai anak, terdapat pelbagai cara menunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa. Contohnya, tawarkan untuk membantu ibu anda di dapur dengan membasuh pinggan mangkuk, membantu memotong sayur-sayuran, memasak dan banyak lagi. Anda juga boleh membantu bapa anda mencuci kereta atau berkebun untuk meringankan beban, atau membantu adik-beradik anda membuat kerja rumah mereka. Anda juga boleh melakukan perkara yang sama terhadap pasangan anda untuk meringankan beban mereka. Ia tidak semestinya anda perlu melakukan sesuatu yang berlebihan, dengan membantu kedua ibu bapa dan pasangan anda telah cukup untuk mejadikan anda anak atau pasangan yang baik. 

tawarkan bantuan

Tunjukkan rasa sayang 

Tambahan pula, tunjuklah kasih sayang anda kepada keluarga anda selagi berkemampuan. Jangan anggap remeh masa terhad yang ada bersama keluarga supaya tidak merasa menyesal di kemudian hari. Kita semua hanya mempunyai satu kehidupan dan gunakan masa yang ada dengan sebaiknya untuk menunjukkan rasa sayang terhadap keluarga. Ungkapan yang ringkas seperti terima kasih dapat membuat keluarga anda merasa disayangi dan dihargai. Tunjukkan kepada mereka bahawa anda menghargai segala kebaikan yang telah mereka lakukan. Tunjukkan penghargaan anda dengan menjamu mereka dengan hidangan yang enak atau berbelanja. Pelukan ringkas juga sudah memadai untuk membentuk keluarga bahagia.

Oleh itu, penting untuk memastikan keluarga anda berasa dihargai dan disayangi kerana merekalah yang membentuk anda, membesarkan anda dan mencurahkan kasih sayang dan perhatian kepada anda untuk memastikan anda mempunyai kehidupan yang bagus dan selesa. Kami harap artikel ini membantu anda mengetahui cara menunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa, adik-beradik dan setiap ahli keluarga anda. Dengan memilih untuk membeli pelan Takaful Keluarga dengan kami di Great Eastern Takaful, anda dapat menunaikan tanggungjawab dan menunjukkan rasa kasih dan sayang pada keluarga tersayang dengan melindungi masa depan mereka. Mencarum takaful buat keluarga anda mempunyai pelbagai kelebihan, dan dengan adanya perlindungan takaful sekurang-kurangnya dapatlah melahirkan rasa lega kepada ahli keluarga. Pelan takaful keluarga kami yang komprehensif juga ada menawarkan takaful perlindungan pendapatan dan hibah takaful buat keluarga anda jika terjadinya sesuatu perkara yang tidak diingini. Dapatkan takaful untuk melindungi bukan sahaja keluarga anda, tetapi juga demi kesejahteraan masa hadapan anda semua.

tunjukan rasa sayang
Kandungan yang berkaitan
Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo