NORMAN IP
Pengerusi Lembaga Pengarah

Encik Norman Ip dilantik untuk menganggotai Lembaga Pengarah (“Lembaga”) Great Eastern Takaful Berhad (“Syarikat”) pada 8 Ogos 2014 sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas. 

YBHG. DATO' ALBERT YEOH BEOW TIT
Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dato' Albert Yeoh  Beow Tit telah dilantik menjadi ahli Lembaga Pengarah Syarikat pada 1 Januari 2020 sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif. 

TONG HON KEONG
Ahli Lembaga Pengarah

Encik Tong Hon Keong dilantik menjadi ahli Lembaga Pengarah pada 7 Ogos 2023 sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif. 

MEJ JEN DATO’ ZULKIFLEE MAZLAN (B)
Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Mej. Jen. (B) Dato’ Zulkfilee Mazlan telah dilantik menjadi ahli Lembaga Pengarah Syarikat sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif pada 29 April 2016. 

YBHG. DATIN ARLINA ARIFF
Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Datin Arlina Ariff telah dilantik menjadi ahli Lembaga Pengarah Syarikat sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif pada 29 April 2024. Beliau juga merupakan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif bagi Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) dan PRG Holdings Berhad.

YBHG. LAKSDA DATO’ ANUWAR MAD SAID (B)
Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. LAKSDA Dato’ Anuwar bin Mad Said telah dilantik menganggotai Ahli Lembaga Pengarah Syarikat pada 18 Mei 2018 sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif.

YBHG. PROFESSOR DATO’ DR WAN SABRI WAN YUSOF
Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Professor Dato’ Dr. Wan Sabri Wan Yusof telah dilantik menjadi ahli Lembaga Syarikat sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif pada 10 Jun 2022

DR. MOHAMMAD FIRDAUS MOHAMMAD HATTA
Pengerusi Jawatankuasa Syariah

Dr. Mohammad Firdaus Mohammad Hatta dilantik menjadi Ahli Majlis Penasihat Syariah Great Eastern Takaful Berhad pada Januari 2017 dan kemudiannya dilantik menjadi Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Great Eastern Takaful Berhad pada Disember 2022. 

DR MUHAMMAD PISOL MAT ISA
Ahli Jawatankuasa Syariah

Dr Muhammad Pisol Mat Isa telah dilantik menganggotai Jawatankuasa Syariah Great Eastern Takaful Berhad (GETB) pada Disember 2022. Beliau merupakan Penasihat Syariah Bertauliah (CSA) ASAS dan memperoleh Ijazah Kedoktoran Falsafah dalam bidang Kewangan Islam daripada Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya pada tahun 2012. Beliau juga merupakan graduan  Universiti Malaya dalam Islamic Thought pada tahun 2001 dan Usuluddin daripada Universiti al-Azhar pada tahun 1996.

DR NURUL AINI MUHAMED
Ahli Jawatankuasa Syariah

Dr. Nurul Aini Muhamed telah dilantik menganggotai Jawatankuasa Syariah Great Eastern Takaful Berhad pada Disember 2022. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Syariah daripada Universiti Malaya pada tahun 2001. Beliau juga merupakan pemegang dua Ijazah Sarjana iaitu Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2002 dan Ijazah Sarjana dalam Kewangan Islam daripada Universiti INCEIF pada tahun 2020. 

DR. MUHAMMAD NAIM OMAR
Ahli Jawatankuasa Syariah

Dr. Muhammad Naim Omar menganggotai Jawatankuasa Syariah Great Eastern Takaful Berhad pada 7 Jun 2022. Dr. Muhammad Naim menerima ijazah pertama beliau dalam bidang Syariah daripada Fakulti Syariah, Universiti Al-Azhar pada tahun 1992, dan seterusnya memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang yang sama daripada Universiti Cairo pada tahun 1999. Beliau kemudiannya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam Perundangan Islam daripada Universiti Wales, Lampeter pada than 2006.

EN. MOHD FADHLY MD. YUSOFF
Ahli Jawatankuasa Syariah

En. Mohd Fadhly Md. Yusoff telah dilantik sebagai Jawatankuasa Syariah Great Eastern Takaful Berhad pada Julai 2023.

SHAHRUL AZLAN SHAHRIMAN
Ketua Pegawai Eksekutif

Shahrul dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada Januari 2018. Beliau bertanggungjawab untuk menyelia arah dan prestasi perniagaan Great Eastern Takaful. Beliau mempunyai pengalaman tempatan dan antarabangsa dalam pengedaran produk pelbagai saluran dalam pelbagai institusi kewangan. 

JASVEEN KAUR MARNE
Ketua Pegawai Kewangan

Jasveen menyertai Great Eastern Takaful pada 2014 daripada Great Eastern Life Malaysia untuk mengetuai dan membangun semula pasukan penilaian. Pada tahun 2016, beliau telah dilantik sebagai Aktuari yang Dilantik dan bertanggungjawab dalam pengurusan fungsi aktuari. Jasveen kemudiannya memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Kewangan pada 15 Mei 2018 dan memberi kepimpinan kepada bahagian Kewangan, Pengurusan Strategik dan Penentuan Harga.

LILIAN OOI LAY PENG
Ketua, Operasi

Dilantik sebagai Ketua Operasi berkuatkuasa 1 Januari 2024, Lilian berperanan dalam menerajui strategi pengoperasian syarikat termasuk pelaksanaan projek IT.

BORHANUDIN SAMSUDIN
Ketua, Pengedaran Agensi

Dilantik sebagai Ketua Agensi pada 1 Januari 2022, Borhanudin berperanan untuk meneraju, mengimplimentasi strategi dan membangunkan warga agensi dengan pengalamannya dalam operasi syarikat, penjualan serta khidmat pelanggan.

NORAZLIN MOHD DAHARI
Ketua, Bisnes Takaful Korporat

Norazlin dilantik sebagai Ketua Bisnes Takaful Korporat pada Jun 2019 dan telah mempunyai pengalaman lebih 22 tahun dalam industri insuran dan takaful. 

RAJA MAZLENA RAJA AZIZ
Ketua, Perundangan, Kesetiausahaan dan Shariah

Raja Mazlena telah dilantik sebagai Ketua Perundangan, Kesetiausahaan dan Shariah pada April 2019.

RAZALI KIPLI
Ketua, Modal Insan

Razali mengetuai bahagian Modal Insan yang menguruskan segala aspek Modal Insan daripada perekrutan, gaji dan manfaat serta latihan dan pembangunan.

RASHIDA MIOR AHMAD DARWISH
Ketua, Pemasaran

Rashida dilantik sebagai Ketua Pemasaran berkuatkuasa September 2024 sebagai peneraju bagi unit penjenamaan, pemasaran dan produk. Beliau turut berperanan untuk memantau pelaksanaan strategi pemasaran dan produk.