Great Eastern Takaful Malaysia logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Great Eastern Takaful Malaysia logo

Notis Perlindungan Data Peribadi

Dengan berinteraksi dengan Great Eastern Takaful Berhad (916257-H)  ("Syarikat"), penyerahan maklumat kepada Syarikat atau mendaftar untuk sebarang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh Syarikat, anda memberikan maklumat peribadi kepada Syarikat.

Maklumat peribadi anda boleh digunakan, direkodkan, disimpan, didedahkan atau diproses oleh Syarikat atau bagi pihak Syarikat (dan pengganti hak milik) bagi tujuan berikut:

  1. untuk menjalankan perkhidmatan takaful;
  2. sebarang produk atau perkhidmatan berkaitan takaful kewangan atau sebarang pindaan, variasi, pembatalan atau pembaharuan produk atau perkhidmatan sedemikian oleh Syarikat dan syarikat-syarikat lain yang bernaung di bawah kumpulan Syarikat-syarikat (untuk sebarang maklumat, sila layari www.greateasterntakaful.com);
  3. penyelidikan dan audit termasuk tetapi tidak terhad kepada tujuan sejarah dan statistik;
  4. sebarang tuntutan atau penyiasatan atau analisis untuk tuntutan tersebut;
  5. untuk memastikan sejarah tuntutan anda bagi tujuan memperbaiki proses tuntutan dan mengelakkan tuntutan palsu;
  6. untuk menjalankan sebarang hak subrogasi;
  7. untuk memadankan sebarang data yang disimpan oleh Syarikat yang berkaitan dengan anda dari semasa ke semasa;
  8. pemasaran langsung dan pemasaran umum;
  9. pengurusan dan perkhidmatan kepada hubungan Syarikat dengan anda dan menyediakan khidmat pelanggan yang lebih baik; dan
  10. jika dikehendaki oleh undang-undang atau dengan niat yang baik, jika tindakan itu adalah perlu
    • untuk mematuhi sebarang penguatkuasaan undang-undang, perintah mahkamah atau proses undang-undang, dan/atau
    • untuk melindungi dan mempertahankan hak-hak atau harta Syarikat dan kumpulan Syarikat-syarikat dan pengguna-pengguna mereka (untuk sebarang maklumat, sila layari www.greateasterntakaful.com).

Melalui urusan dengan Syarikat, penyerahan maklumat kepada Syarikat, atau mendaftar untuk sebarang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh Syarikat, anda mengizinkan dan membenarkan Syarikat untuk mendapatkan dan mengesahkan sebarang maklumat berkenaan anda daripada anda ataupun daripada pihak ketiga yang mungkin diperlukan Syarikat berhubung dengan permohonan anda untuk sebarang produk takaful atau perkhidmatan daripada Syarikat. Keizinan dan kebenaran yang diberi di sini mungkin merangkumi sebarang maklumat yang diperolehi daripada mana-mana sijil takaful sedia ada yang anda miliki, sebarang permohonan baru untuk takaful daripada Syarikat, latar belakang kewangan atau rekod kredit, data atau maklumat sama ada disediakan sendiri atau tidak.

Maklumat yang anda beri kepada Syarikat adalah diperlukan. Jika anda tidak memberikan maklumat tersebut, Syarikat mungkin tidak dapat memberikan perlindungan takaful kepada anda ataupun menyelesaikan sebarang tuntutan.

Syarikat boleh mendedahkan dan/atau memberikan maklumat peribadi anda kepada pihak-pihak berikut bagi tujuan yang dinyatakan di atas:

  1. wakil-wakil yang dibenarkan Syarikat;
  2. pemilik sijil bagi sijil pihak ketiga;
  3. pemilik sijil dan/atau brokernya bagi sijil kumpulan;
  4. pembekal perkhidmatan pihak ketiga (yang menyediakan perkhidmatan pentadbiran, telekomunikasi, komputer, pembayaran, pemprosesan atau penyimpanan data, atau perkhidmatan lain kepada Syarikat yang berkaitan dengan operasi perniagaan kami) bagi memenuhi tanggungjawab Syarikat kepada anda;
  5. pengendali takaful, penyelaras tuntutan pihak ketiga, perkhidmatan pengesanan dan pencegahan penipuan, syarikat-syarikat takaful semula dan pihak berkuasa industri takaful;
  6. sebarang agensi rujukan kredit atau jika gagal membuat bayaran, sebarang agensi pemungut hutang;
  7. sebarang organisasi perkadaran takaful yang mengumpul maklumat berkenaan sejarah kredit, punca kemalangan, maklumat kecederaan dan jumlah yang dibayar serta berkongsi maklumat dengan pengendali-pengendali takaful lain dan pihak lain yang berhak melihatnya;
  8. mana-mana individu yang bertanggungjawab menjaga hal sulit dan telah bersetuju untuk tidak mendedahkan sebarang data sulit, seperti dipertanggungjawabkan Syarikat untuk menunaikan kewajipannya kepada anda;
  9. mana-mana pemegang hak yang sebenar atau yang dicadangkan, penerima pindahan, peserta atau peserta bersama terhadap hak atau perniagaan Syarikat;
  10. mana-mana individu apabila Syarikat bertanggungjawab membuat pendedahan mengikut keperluan sebarang undang-undang, peraturan, pengawalan, kod amalan atau garis panduan yang mengikat Syarikat, termasuk dan tidak terhad kepada mana-mana badan pengawalan, badan-badan kerajaan, atau badan-badan yang diiktiraf dalam industri seperti Persatuan Takaful Malaysia dan selainnya menurut undang-undang; dan
  11. syarikat-syarikat lain yang bernaung di bawah kumpulan Syarikat-syarikat (untuk sebarang maklumat, sila layari www.greateasterntakaful.com) termasuk yang terletak di luar Malaysia.

Anda boleh mengakses maklumat peribadi tertentu yang disimpan oleh Syarikat berdasarkan undang-undang perlindungan data yang berkenaan di Malaysia. Anda boleh mengakses maklumat peribadi anda pada bila-bila masa dengan menghubungi Careline kami di 1300-13-8338 atau melayari portal pelanggan kami di www.igetintouch.com.my. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau aduan (seperti mengehadkan pemprosesan maklumat tertentu, termasuk membatalkan persetujuan untuk menerima maklumat pemasaran), anda juga boleh menghubungi Pegawai Privasi kami di +603 4259 8381 atau Careline kami di 1300-13-8338, atau menulis kepada Syarikat.

Syarikat boleh mengenakan bayaran berpatutan untuk pemberian akses. Jika anda boleh menunjukkan bahawa maklumat peribadi yang disimpan oleh Syarikat adalah tidak tepat, lengkap dan terkini, Syarikat akan mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi memastikan ia tepat, lengkap dan terkini apabila menerima pengesahan/maklumbalas anda.

Untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan data peribadi anda oleh Syarikat, sila layari www.greateasterntakaful.com untuk membaca Piagam Pelanggan dan Polisi Privasi Syarikat.

Syarikat boleh menyemak semula dan mengemaskini Notis Perlindungan Data Peribadi ini dari semasa ke semasa untuk menunjukkan perubahan di dalam undang-undang, perubahan amalan perniagaan, prosedur dan struktur Syarikat, serta perubahan dalam jangkaan privasi komuniti. Secara amnya, kami mungkin tidak dapat memaklumkan setiap perubahan ke atas Notis Perlindungan Data ini, oleh itu, anda boleh melayari www.greateasterntakaful.com atau hubungi Pegawai Privasi Syarikat untuk mendapatkan versi terbaru Notis Perlindungan Data Peribadi pada bila-bila masa.

Dengan berinteraksi dengan Syarikat, mengemukakan maklumat kepada Syarikat atau mendaftar untuk sebarang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh Syarikat, anda bersetuju dan memberi kuasa kepada Syarikat untuk menggunakan maklumat peribadi anda termasuk data peribadi yang sensitif.

Syarikat komited untuk memastikan keselamatan maklumat peribadi pelanggan kami dalam operasi kami. Oleh itu, kami telah menyediakan langkah-langkah keselamatan untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan, yang boleh mengakibatkan pengubahan, pemusnahan atau kecurian data atau mengkompromi kerahsiaan data pelanggan kami. Dengan berbuat demikian, kami akan memastikan pematuhan oleh kakitangan kami dengan piawaian ketat keselamatan dan kerahsiaan.

Sila klik di sini untuk versi Bahasa Inggeris.

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Untuk pertanyaan
Untuk khidmat pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Cari Perunding Takaful
Great Eastern Takaful Malaysia logo