Great Eastern Takaful Malaysia logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Great Eastern Takaful Malaysia logo

Notis Perlindungan Data Peribadi

Dengan berinteraksi dengan Great Eastern Takaful Berhad (916257-H)  ("Syarikat"), mengemukakan maklumat kepada Syarikat, dan/atau mendaftar untuk mana-mana produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh Syarikat, anda telah memberikan maklumat peribadi kepada Syarikat.

Maklumat peribadi anda mungkin digunakan, dirakam, disimpan, didedahkan atau sebaliknya diproses oleh atau bagi pihak Syarikat (dan penggantinya seperti dinamakan) bagi tujuan berikut:

  1. untuk menjalankan perniagaan takaful;
  2. untuk ini atau lain-lain lanjutan produk takaful atau produk kewangan yang berkaitan atau perkhidmatan atau apa-apa pindaan, variasi, pembatalan atau pembaharuan produk atau perkhidmatan sedemikian oleh Syarikat atau syarikat-syarikat lain dalam kumpulan Syarikat (untuk maklumat, layari www.greateasterntakaful.com);
  3. penyelidikan dan audit termasuk tetapi tidak terhad kepada tujuan sejarah dan perangkaan;
  4. sebarang tuntutan atau penyiasatan atau analisis untuk tuntutan tersebut;
  5. memastikan sejarah tuntutan anda untuk memperbaiki proses tuntutan dan mengelakkan tuntutan palsu;
  6. menjalankan sebarang hak subrogasi;
  7. memadankan sebarang data yang berada dalam simpanan Syarikat berkaitan anda dari semasa ke semasa;
  8. pemasaran langsung dan pemasaran umum;
  9. mengurus dan memberi perkhidmatan kepada hubungan Syarikat dengan anda dan memberikan anda perkhidmatan pelanggan yang lebih baik; dan
  10. jika dikehendaki oleh undang-undang atau dengan niat yang baik, jika tindakan itu adalah perlu
    1. untuk mematuhi sebarang penguatkuasaan undang-undang, perintah mahkamah atau proses undang-undang, dan/atau
    2. untuk melindungi dan mempertahankan hak atau harta Syarikat dan syarikat-syarikat di bawah kumpulan Syarikat dan pengguna mereka (untuk maklumat, layari www.greateasterntakaful.com).

Dengan berinteraksi dengan Syarikat, mengemukakan maklumat kepada Syarikat, atau mendaftar untuk mana-mana produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh Syarikat, anda bersetuju dan memberi kuasa kepada Syarikat untuk mendapatkan dan mengesahkan sebarang maklumat tentang anda daripada anda atau daripada mana-mana pihak ketiga yang mana Syarikat boleh memerlukan berkaitan dengan permohonan anda untuk mana-mana produk atau perkhidmatan Takaful Syarikat. Persetujuan dan kebenaran itu akan merangkumi mana-mana maklumat yang diperolehi dari mana-mana sijil takaful masa yang diberikan kepada anda, apa-apa permohonan baru untuk Syarikat bagi takaful, apa-apa rekod kewangan atau sejarah, data atau maklumat sama ada yang diperuntukkan atau tidak secara peribadi.
Maklumat yang anda berikan kepada Syarikat adalah perlu. Jika anda tidak memberikan maklumat itu kepada Syarikat, Syarikat mungkin tidak dapat memberikan perlindungan takaful kepada anda atau menyelesaikan sebarang tuntutan yang dikemukakan oleh anda.

Syarikat boleh mendedahkan dan/atau memberikan maklumat peribadi anda kepada pihak-pihak berikut bagi tujuan yang dinyatakan di bawah:

  1. wakil / kakitangan yang dibenarkan Syarikat;
  2. pemilik sijil dan / atau ejen-ejennya;
  3. pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan (pentadbiran, telekomunikasi, komputer, pembayaran, pemprosesan atau penyimpanan data, atau perkhidmatan-perkhidmatan lain kepada Syarikat yang berkaitan dengan operasi perniagaan kami) bagi memenuhi tanggungjawab Syarikat kepada anda;
  4. pengendali takaful, penyelaras tuntutan pihak ketiga, perkhidmatan pengesanan dan pencegahan penipuan, syarikat-syarikat takaful semula dan pihak berkuasa industri takaful;
  5. sebarang agensi rujukan kredit atau, sekiranya gagal membuat bayaran, sebarang agensi pemungut hutang;
  6. sebarang organisasi pengedaran takaful yang mengumpul maklumat mengenai sejarah kredit, punca kemalangan, maklumat kecederaan dan jumlah yang dibayar dan berkongsi yang sama dengan syarikat-syarikat takaful lain dan pihak-pihak lain yang berhak melihatnya;
  7. mana-mana individu, yang mempunyai tanggungjawab kerahsiaan dan telah mengakujanji untuk mengekalkan data tersebut sebagai sulit, yang telah dilantik oleh Syarikat untuk memenuhi kewajipannya kepada anda;
  8. mana-mana penerima, penerima pindahan, peserta atau peserta bersama terhadap hak atau perniagaan Syarikat, sama ada sebenar atau yang dicadangkan;
  9. mana-mana individu yang mana Syarikat bertanggungjawab untuk membuat pendedahan di bawah peruntukan sebarang undang-undang, peraturan, pengaturan, kod amalan atau garis panduan yang mengikat ke atas Syarikat termasuk, tanpa terhad kepada, mana-mana badan pengawalan, badan kerajaan, atau badan industri yang diiktiraf oleh industri seperti Persatuan Takaful Malaysia, dan selainnya menurut undang-undang; dan
  10. syarikat-syarikat lain dalam kumpulan Syarikat (untuk maklumat , sila layari www.greateasterntakaful.com) termasuk yang terletak di luar Malaysia.

Anda boleh mengakses maklumat peribadi tertentu yang disimpan oleh Syarikat berdasarkan Akta perlindungan data peribadi yang berkenaan di Malaysia. Anda boleh mengakses maklumat peribadi anda pada bila-bila masa menghubungi Khidmat Pelanggan kami di 1300-13-8338 atau layari Portal pelanggan kami di www.igetintouch.com.my. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan (seperti mengehadkan pemprosesan maklumat tertentu, termasuk penarikan balik persetujuan untuk menerima maklumat pemasaran), anda boleh menghubungi Pegawai Privasi kami di +603 4259 8380 atau Khidmat Pelanggan di 1300-13-8338, atau hantarkan secara bertulis kepada Syarikat.

Syarikat berhak mengenakan bayaran yang berpatutan untuk pendedahan akses kepada anda. Jika anda menunjukkan bahawa maklumat peribadi yang disimpan oleh Syarikat adalah tidak tepat, tidak lengkap dan tidak terkini, Syarikat akan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan ianya tepat, lengkap dan terkini apabila menerima pengesahan/maklumbalas anda.
Untuk maklumat lanjut berkenaan bagaimana Syarikat menggunakan data peribadi anda, sila baca Dasar Privasi Syarikat.

Syarikat boleh menyemak semula dan mengemas kini Notis Perlindungan Data Peribadi ini dari semasa ke semasa berdasarkan perubahan undang-undang, perubahan dalam amalan perniagaan, prosedur dan struktur perniagaan Syarikat serta perubahan jangkaan privasi komuniti. Pihak Syarikat tidak akan memaklumkan kepada anda tentang sebarang perubahan dalam notis ini, dan oleh itu, anda boleh layari www.greateasterntakaful.com atau hubungi Pegawai Polisi Syarikat untuk mendapatkan versi terbaru Notis Perlindungan Data Peribadi pada bila-bila masa.

Dengan berinteraksi dengan Syarikat, mengemukakan maklumat kepada Syarikat, atau mendaftar untuk mana-mana produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh Syarikat, anda bersetuju dengan penggunaan apa-apa maklumat peribadi anda termasuk data peribadi sensitif.

Syarikat komited untuk memastikan keselamatan maklumat peribadi pelanggan kami dalam operasi kami. Oleh itu, kami telah menyediakan langkah-langkah keselamatan untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan, yang boleh mengakibatkan pengubahan, pemusnahan atau kecurian data atau mengkompromi kerahsiaan data pelanggan kami. Dengan berbuat demikian , kami akan memastikan pematuhan oleh kakitangan kami dengan piawaian ketat keselamatan dan kerahsiaan.

Sila klik di sini untuk versi Bahasa Inggeris.

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Untuk pertanyaan
Untuk khidmat pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Cari Perunding Takaful
Great Eastern Takaful Malaysia logo