Great Eastern Takaful Malaysia logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Great Eastern Takaful Malaysia logo
Terma & Syarat
Piagam Pelanggan
Perlindungan Data Peribadi

Sila baca dengan teliti maklumat di bawah sebelum menggunakan laman web ini.

SYARAT MENGAKSES

Akses laman web ini dibenarkan oleh GREAT EASTERN TAKAFUL Berhad (selepas ini dirujuk sebagai “GETB”) dan perwakilannya tertakluk kepada syarat yang berikut:

DENGAN MENGAKSES LAMAN WEB INI DAN MANA-MANA HALAMAN SELEPAS INI, ANDA BERSETUJU UNTUK TERIKAT OLEH TERMA DAN SYARAT DI BAWAH. JIKA ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN TERMA DAN SYARAT DI BAWAH, SILA JANGAN MENGAKSES, ATAU SILA TAMATKAN AKSES ANDA KE LAMAN WEB INI ATAU MANA-MANA HALAMAN YANG SETERUSNYA DENGAN SERTA MERTA.

Rujukan kepada ‘anda’ ialah rujukan kepada orang (-orang) yang mengakses laman web ini. Rujukan kepada ‘kami’ ialah rujukan kepada GETB. Tajuk-tajuk di sini dimasukkan semata-mata untuk rujukan sahaja.

Maklumat, material, fungsi dan kandungan yang dibekalkan dalam laman web ini dan Syarat Akses seperti dinyatakan di sini boleh dipinda dari masa ke masa, dengan atau tanpa notis, atas budi bicara GETB. Bagaimanapun, di mana perbezaan atau pindaan tersebut adalah mengikut pendapat kami, cukup penting dan membawa kesan yang besar terhadap pengaksesan anda ke laman web ini, kami akan memberitahu anda tentang perbezaan atau pindaan tersebut dengan memberi anda tujuh (7) hari notis terdahulu melalui paparan pada laman web kami atau melalui kaedah lain yang sama seperti kami fikirkan wajar, melainkan jika kami tidak dapat melakukannya disebabkan keadaan di luar kawalan kami. Di mana perbezaan adalah berkaitan Syarat Pengaksesan ini, akses berterusan anda ke laman web selepas perbezaan tersebut akan dianggap sebagai persetujuan anda dan anda terikat oleh nya.

KELAKUAN ANDA

Akses anda ke laman web ini mesti, pada setiap masa, mematuhi sebarang garis panduan, arahan GETB atau sebarang perundangan, peraturan atau penggubalan yang dikenakan dan anda bersetuju bahawa anda tidak akan menyeleweng atau menyalahgunakan laman web ini atau perkhidmatan yang terkandung di sini, dalam apa cara pun. Tanpa prejudis kepada kenyataan umum yang terdahulu, anda tidak akan atau membantu mana-mana pihak untuk menggodam atau memperoleh akses tanpa kebenaran ke laman web ini atau sebarang perkhidmatan di sini mahupun mengganggu akses dan penggunaan laman ini oleh orang lain. Tambahan lagi, anda bersetuju bahawa anda tidak akan menjalankan ataupun membantu mana-mana pihak menghantar komunikasi, maklumat atau bahan-bahan yang menjejaskan hak kami atau hak orang lain, yang menjelikkan dari segi moral, yang menjejaskan sistem internet takaful kami atau sekuriti sistem internet takaful atau sebaliknya yang menyalahi undang-undang.

PERLAKUAN DAN LARANGAN YANG PENTING

  1. Anda tidak sepatutnya berkongsi ID pengguna atau kata laluan dengan mana-mana orang lain.
  2. Anda tidak boleh memaparkan maklumat akaun anda di tempat yang dapat dilihat orang lain.
  3. PC anda tidak boleh dibiarkan tanpa pengawasan
  4. Bersihkan ingatan Para selepas penggunaan untuk memadamkan maklumat peribadi yang disimpan di dalamnya.
  5. GREAT EASTER TAKAFUL tidak akan meminta ID pengguna dan kata laluan anda melalui e-mel. Laporkan kepada GREAT EASTERN TAKAFUL jika anda menerima e-mel sedemikian.
  6. Ia adalah tanggung jawab anda untuk mengemas kini Pelayar Internet anda dengan sekuriti yang terkini.

PENAFIAN WARANTI DAN LIABILITI

Klausa-klausa yang berikut mengenepikan atau menghadkan liabiliti perundangan kami untuk laman web ini. Anda patut membacanya dengan teliti.

Tiada Waranti

Sementara kami akan menggunakan usaha yang munasabah untuk memastikan ketetapan, mata wang, ketersediaan, kebenaran dan perlengkapan (dalam konteks tujuannya) tentang maklumat dan material yang terkandung dalam laman web ini, semua maklumat dan bahan termasuk maklumat tentang perkhidmatan, produk, maklumat kewangan, data, teks, grafik, audio, video, pautan atau lain-lain perkara yang dibekalkan hanya ‘seperti dipaparkan, dan ‘seperti tersedia’ dan dibekalkan hanya untuk maklumat dan rujukan anda. Oleh yang demikian GETB tidak menjamin ketepatan, kecukupan atau kelengkapan maklumat  dan bahan sebegini dan menyatakan penafian liabiliti untuk kesilapan atau tertinggal maklumat dan bahan sebegini. Penggunaan seterusnya adalah di atas risiko anda sendiri. Tiada jaminan apa-apa pun, tersirat, tersurat atau statutori, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang jaminan tajuk, bukan pelanggaran hak-hak pihak ketiga, kebolehniagaan, kepuasan kualiti, kesihatan untuk tujuan tertentu dan kebebasan daripada virus komputer, diberi berhubung dengan laman web ini, atau sebarang makluman dan bahan yang terkandung dalamnya. Tiada jaminan diberi bahawa akses sebarang maklumat atau bahan pada laman web ini atau keseluruhan laman web akan dibekalkan tanpa gangguan atau bebas daripada kesilapan atau bahawa sebarang kecelaan yang dikenal pasti akan dibetulkan. Lebih-lebih lagi, tiada jaminan diberi bahawa laman web ini atau sebarang maklumat atau bahan bebas daripada sebarang virus atau lain-lain kod, ejen, program atau makro yang bahaya, merosakkan atau memburukkan. Kami tidak membuat perwakilan atau jaminan mengenai ketepatan, kefungsian atau prestasi perisian mana-mana pihak ketiga yang boleh digunakan berkaitan laman web ini.

SKOP KEGUNAAN LAMAN WEB

Pengguna yang berkenaan

Laman web ini (dan terutamanya sebarang maklumat takaful yang ditawarkan melalui laman web ini) adalah bertujuan untuk mereka yang hanya mengaksesnya dari dalam Malaysia dan tiada apa-apa akan ditafsirkan sebagai GETB memberikan maklumat dan kemudahan takaful di luar Malaysia. Bahan-bahan dan maklumat dalam laman web ini tidak bertujuan untuk diguna oleh orang yang berlokasi atau penduduk dalam bidang kuasa yang menyekat pengagihan bahan-bahan dan maklumat sebegini dan kami tidak menjamin bahawa laman web ini mematuhi atau sesuai untuk digunakan di tempat-tempat di luar Malaysia. Anda perlu sedia maklum tentang dan mematuhi sebarang undang-undang, peraturan dan amalan tempatan yang berkaitan sama ada berkaitan kepada sekatan-sekatan atau sebaliknya dan juga sebarang kebolehgunaan seterusnya menurut keadaan individu anda.

Tanpa menjejaskan kenyataan umum yang terdahulu, sebarang maklumat atau bahan pada produk dan perkhidmatan yang dituju sebagai maklumat umum kepada orang-orang dalam Malaysia sahaja. Tiada apa-apa pada laman web ini patut dianggap sebagai nasihat atau cadangan terhadap produk dan perkhidmatan mahupun sebarang tawaran atau permintaan untuk membeli produk dan perkhidmatan tersebut. Anda perlu mendapatkan nasihat profesional pada setiap masa dan memperoleh pengesahan bebas bahan-bahan dan maklumat yang dibekalkan pada laman web ini sebelum membuat sebarang pelaburan, perniagaan atau keputusan komersial berdasarkan sebarang bahan dan maklumat sebegini.

Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengguna laman web ini oleh diri anda dan/atau mana-mana orang mengguna komputer anda dan anda mesti memastikan bahawa mana-mana orang sebegini mematuhi dengan terma dan syarat di sini. Sekiranya anda berada dalam lingkungan undang-undang pihak berkuasa tidak membenarkan atau mengenakan sekatan pada akses terhadap kandungan laman web ini, sejurus itu anda akan berhenti mengakses atau mematuhi sekatan sebegini (mengikut mana yang berkenaan).

HAK CIPTA DAN CAP DAGANG

Hak cipta dalam laman web ini dimiliki oleh GETB. Tiada bahagian atau bahagian-bahagian di sini boleh dikeluarkan semula, diedarkan, diterbitkan semula, dipaparkan semula, disiarkan, hiperpautan, dirangka atau dihantar dalam apa cara atau dengan sebarang cara atau disimpan dalam sistem mendapat kembali maklumat tanpa kebenaran bertulis GETB terdahulu melainkan jika peruntukan dalam perenggan bertajuk ‘Penggunaan Terhad untuk Ejen dan Bakal Ejen’  di bawah. Anda juga tidak boleh, tanpa kebenaran GETB, masukkan hiperpautan ke laman web ini pada lain-lain laman web, dirangka atau “cermin” mana-mana bahan yang terkandung pada laman web ini pada lain-lain pelayan.

Semua teks, grafik, imej, lukisan, foto, video atau lain-lain multimedia atau sebarang gabungan daripadanya yang tersedia pada laman web ini pada setiap masa dilindungi oleh hak cipta, cap dagang dan tanda perkhidmatan dan sebarang Hak Harta Intelektual yang berkenaan atau hak milik, semuanya ialah harta GETB dan di mana berkenaan, hak milik pihak ketiga. Tiada hak atau lesen diberi kepada mana-mana pihak yang mengakses laman web ini untuk memuat turun, mencetak semula atau mengguna sebatang kandungan tersebut. Tiada cap dagang atau tanda perkhidmatan dipaparkan pada laman web boleh digunakan sebagai pautan kepada mana-mana laman ahli GETB atau mana-mana laman lain melainkan jika penubuhan tersebut dan penggunaan cap dagangan tersebut atau tanda perkhidmatan diberi kebenaran bertulis terdahulu oleh GETB.

Penggunaan Terhad untuk Ejen dan Bakal Ejen

Jika anda adalah Ejen atau bakal Ejen GETB, anda boleh mencetak, menyalin, memuat turun atau menyimpan sementara petikan daripada laman web ini, hanya untuk maklumat peribadi anda dan melainkan jika tiada apa-apa dipinda, bila anda mengguna atau bercadang menggunakan produk dan perkhidmatan kami untuk mana halaman atau petikan daripada laman web in berkaitan secara langsung/tidak langsung dengan permintaan perniagaan takaful untuk GETB.

Tiada kebenaran hak

Sebarang hak yang tidak dinyatakan di sini adalah terpelihara.

PAUTAN

Pautan ke laman lain

Di mana kami bekalkan pautan hiperteks ke lokasi lain pada internet, ini dilakukan untuk tujuan maklumat sahaja. Tiada pengendorsan atau kelulusan mana-mana pihak ketiga atau nasihat, pendapat, maklumat, produk atau perkhidmatan mereka dinyatakan atau tersirat oleh sebarang maklumat pada laman web ini. Kami tidak bertanggungjawab untuk kandungan mana-mana laman web lain atau petikan daripada pautan atau halaman berkaitan atau berpaut ke laman web ini. Kami tidak mengesahkan kandungan mana-mana laman web sebegini. Mengikut pautan-pautan ke lain-lain laman web atau halaman adalah di atas risiko anda sendiri dan kami tidak bertanggungjawab atau menanggung sebarang kerosakan atau dalam sebarang cara lain berkaitan hubungan dengan pautan.

Perisian yang boleh dimuat turun

Pautan laman untuk memuat turun perisian hanyalah untuk kemudahan dan kami tidak bertanggungjawab atau menanggung sebarang kesukaran atau akibat berkaitan dengan memuat turun perisian tersebut. Penggunaan sebarang perisian yang dimuat turun ditadbir oleh terma perjanjian lesen, jika ada, yang disertakan atau dibekalkan dengan perisian tersebut.

MESEJ SEKURITI

Mesej dihantar atas risiko pengguna
Mesej-mesej yang dihantar melalui Internet tidak boleh dijamin selamat sepenuhnya kerana mereka tertakluk kepada kemungkinan pemintasan atau hilang atau kemungkinan pindaan. Kami tidak bertanggungjawab untuk perkara-perkara tersebut dan tidak menanggung apa-apa terhadap anda atau mana-mana orang untuk sebarang ganti rugi atau sebaliknya berkaitan dengan sebarang mesej yang dihantar oleh anda kepada GETB atau sebarang mesej yang dihantar oleh GETB kepada anda melalui Internet.

GANTI RUGI

Anda dengan ini bersetuju untuk menanggung rugi dan sentiasa melindungi GETB daripada semua liabiliti, tuntutan, kerugian (secara langsung atau tidak langsung) dan perbelanjaan, termasuk sebarang yuran perundangan pada dasar menanggung rugi sepenuhnya, yang mungkin disebabkan oleh GETB atau mana-mana ahli daripadanya berkaitan dengan atau akibat daripada

  • anda salah guna laman web ini dan perkhidmatan yang dibekalkan di sini; sama ada secara sengaja atau sebaliknya, atau
  • anda melanggar terma dan syarat walau macam mana pun terjadi, atau
  • sebarang hak harta intelektual atau tuntutan pelanggaran hak empunya yang dilakukan oleh pihak ketiga terhadap GETB berkaitan dengan penggunaan atau salah guna laman web ini.

LAIN –LAIN

Tiada Penepian

Kegagalan GETB untuk melaksanakan atau menegakkan sebarang hak atau peruntukan terma dan syarat ini tidak mewakili penepian hak atau peruntukan tersebut.

Kebolehasingan

Sekiranya mana-mana daripada terma dan syarat ini ditetapkan tidak sah atau tidak boleh dikenakan menurut sebarang undang-undang, yang berkaitan dengan GETB, lalu peruntukan yang tidak sah dan tidak boleh dikenakan akan dianggap telah digantikan oleh peruntukan yang sah, boleh dikenakan yang paling sepadan dengan peruntukan asal, tanpa memansuhkan sebarang peruntukan lain terma dan syarat di sini.

UNDANG-UNDANG DAN BIDANG KUASA

Dengan mengakses laman web ini dan / atau menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan melalui laman web ini, anda bersetuju bahawa undang-undang Malaysia:

  • akan merangkum akses tersebut dan penyediaan perkhidmatan sebegini, dan
  • akan terpakai dalam tafsiran terma dan syarat ini.

Laman web ini sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer versi 9 ke atas.

Paparan resolusi skrin 1024 x 768.

 

PENGENALAN

Di Great Eastern Takaful Berhad, misi kami adalah untuk membuka jalan ke kehidupan yang HEBAT dan CERIA: Takaful untuk ANDA & SAYA.

Kenyataan Misi Kami terdiri daripada:

  • Menjaga keperluan kitaran hayat anda dengan produk yang menarik dan mampu milik

  • Mengalami saat-saat hebat bersama kami; kami menunaikan janji-janji kami tepat pada masa, setiap masa

  • Untuk menjadi rakan terpilih bagi semua pemegang amanah dengan menarik dan membangunkan bakat berasaskan nilai

GETB juga menganggap pematuhan terhadap keperluan pelbagai pengawal selia termasuk keperluan Syariah; salah satu yang paling penting dan salah satu keutamaan strategik kami. Unit Maklum Balas Pelanggan kami menggalakkan urusan yang wajar dalam urusan perniagaan dengan peserta dan bersedia melindungi kepentingan pemegang kepentingan kami.

MUDAH DIHUBUNGI

Kami komited untuk memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dalam menangani aduan dan pertanyaan. Anda boleh menangani semua masalah atau aduan berkaitan dengan pengendalian maklumat peribadi anda dengan menghubungi kami melalui saluran berikut:

  • Kunjungi mana-mana 21 daripada pusat perkhidmatan kami di seluruh negara

  • Hubungi talian tol percuma di 1 300 13 8338

  • Tulis kepada kami di:

    Unit Maklum Balas Pelanggan
    Great Eastern Takaful Berhad
    Aras 3 Menara Great Eastern
    303 Jalan Ampang
    50450 Kuala Lumpur

    Tel: 1 300 13 8338
    Faks: (603) 4259 8808

    E-mel: i-greatcare@greateasterntakaful.com

KOMITMEN KAMI UNTUK PERTANYAAN DAN ADUAN

Kami percaya bahawa anda berhak mendapat layanan yang cekap, jujur ​​dan adil dalam urusan anda dengan kami, terutamanya jika ada masalah.

Kami ingin tahu jika kami boleh memperbaiki perkhidmatan kami dan mengalu-alukan maklum balas anda kerana kami benar-benar ingin menyelesaikan sebarang masalah yang anda mungkin ada. Jika kami tidak memenuhi jangkaan anda, sila maklumkan kepada kami. Jika kami telah melebihi jangkaan anda, kami ingin mendengar daripada anda.

Proses pengendalian aduan kami adalah berdasarkan kepada prinsip-prinsip berikut: -

  • Penerimaan - kami menyedari bahawa kami mungkin tidak memenuhi jangkaan anda dan akan menerima semua aduan.

  • Pemilikan - kami bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah anda. Jika kami perlu menghantarkannya kepada orang lain kerana sifat atau kerumitan pertanyaan / aduan, kami akan memaklumkan kepada anda.

  • Pengumpulan maklumat - kami akan mengesahkan butiran aduan anda dan menjelaskan jika kami tidak pasti.

  • Layanan - kami akan memastikan anda dan aduan anda dilayan dengan adil.

  • Komitmen - kami akan menyusul apa yang kami katakan sanggup untuk lakukan.

  • Ketepatan masa - sekiranya kami tidak dapat menyelesaikan aduan anda dengan segera, kami akan berusaha untuk menyelesaikannya dalam tempoh 14 hari. Bagi aduan yang mungkin mengambil lebih banyak masa untuk diselesaikan, kami akan memaklumkan kepada anda kemajuan kami.

  • Penyelesaian - kami berhasrat untuk mencapai penyelesaian yang saling boleh diterima untuk semua aduan.

     

Butiran Pertanyaan / Aduan anda

Demi menyelesaikan aduan anda, adalah penting untuk anda memberikan kami sebanyak maklumat yang mungkin apabila anda menghubungi kami. Sila berikan maklumat berikut, seperti:

  • Maklumat Akaun - nama, nombor sijil atau no akaun anda

  • Maklumat perhubungan - nombor telefon mudah alih anda atau kaedah pilihan lain (nombor rumah, nombor telefon bimbit alternatif, e-mel, dan lain-lain). Jika anda ingin dipanggil hanya pada waktu tertentu, sila maklumkan kepada kami.

  • Maklumat Aduan - apakah aduan anda, apa yang berlaku, bila ia berlaku dan siapa yang terlibat. Jika anda mempunyai bukti untuk menyokong aduan anda, sila berikan kepada kami juga.

Apabila kami menerima maklumat yang mencukupi, kami akan dapat menyiasat aduan anda dan berusaha untuk mencapai penyelesaian.

Jika anda rasa bahawa aduan anda tidak diselesaikan dengan baik, kami akan menasihati anda tentang jalan penyelesaian alternatif.

Rakaman Aduan

Semua aduan yang diterima direkodkan dalam daftar dan nombor rujukan diperuntukkan kepada setiap aduan. Fail aduan dibuka untuk dokumentasi rekod dan kerja yang dilakukan pada setiap kes. Di samping itu, status dan kemajuan setiap aduan disimpan dalam sistem untuk memudahkan pantauan, pengesanan, mendapatkan semula dan analisis.

RESPON SEGERA TERHADAP PERTANYAAN

Kami berusaha untuk menyediakan respon yang menepati masa bagi semua interaksi dengan kami.

  1. Pelanggan Jumpa Terus
    Anda akan dilayan dalam masa 10 minit.

  2. Pertanyaan Telefon
    • Respon kepada aduan telefon dengan segera.

    • Panggilan dijawab dalam 3 deringan.

    • Kes yang mudah dan terus akan diselesaikan dan dibalas dengan segera.

    • Kes-kes rumit, yang memerlukan susulan, akan dibalas dalam masa 2 hari bekerja.

  3. Pertanyaan melalui e-mel dan surat-menyurat
    • Satu respon automatik untuk mengesahkan penerimaan akan dihantar kepada penghantar apabila menerima e-mel.

    • Jawapan e-mel akan diberi dalam tempoh tiga hari bekerja dari tarikh penerimaan untuk pertanyaan.

    • Surat-menyurat akan dijawab dalam tempoh tiga hari bekerja dari tarikh penerimaan untuk pertanyaan mudah. Anda akan diberi kemas kini secara berkala jika pertanyaan adalah rumit dan memerlukan siasatan mendalam.

RESPON YANG CEPAT UNTUK ADUAN

Kami berusaha untuk memberikan respons tepat pada masa untuk semua interaksi anda dengan kami.

  1. Pelanggan Jumpa Terus
    Anda akan dilayan dalam masa 10 minit.

  2. Aduan Melalui Telefon
    • Respon kepada aduan telefon adalah segera.

    • Panggilan dijawab dalam 3 deringan.

    • Kes yang mudah dan terus akan diselesaikan dan dibalas dengan segera.

    • Kes-kes rumit, yang memerlukan susulan, akan dibalas dalam tempoh 2 hari bekerja.

  3. Aduan melalui e-mel dan surat-menyurat
    • Satu respons automatik untuk mengesahkan penerimaan akan dihantar kepada penghantar apabila menerima e-mel.

    • Jawapan e-mel akan diberi dalam tempoh tiga hari bekerja dari tarikh penerimaan untuk pertanyaan.

    • Surat-menyurat akan dijawab dalam tempoh tiga hari bekerja dari tarikh penerimaan untuk pertanyaan mudah. Anda akan diberi kemas kini secara berkala jika pertanyaan adalah rumit dan memerlukan siasatan mendalam.

MENEPATI JANJI KAMI MELALUI PROSES TUNTUTAN KAMI

Ia adalah usaha kami untuk menyelesaikan segera tuntutan wajar melalui prosedur yang seragam dalam pentadbiran tuntutan. Bagi memudahkan tuntutan anda, anda perlu mengemukakan dokumen yang mencukupi. Untuk dokumentasi yang berkaitan dengan tuntutan tertentu, sila layari halaman tuntutan kami.

Sekiranya anda perlukan maklumat lanjut tentang bagaimana hendak menyerahkan tuntutan atau memuat turun borang tuntutan sila layari halaman tuntutan kami.

Setelah anda membuat penyerahan anda, anda boleh menjangkakan respon daripada kami dalam tempoh 14 hari bekerja.

Sekiranya anda tidak puas hati dengan keputusan tuntutan kami, sila hubungi

Unit Maklum Balas Pelanggan
Great Eastern Takaful Berhad
Aras 3 Menara Great Eastern
303 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur

Tel: 1 300 13 8338

Faks: +603 4259 8808

E-mel: i-greatcare@greateasterntakaful.com

PERKARA PENTING UNTUK DIINGATI

  1. Tempoh Pertimbangan
    Sijil boleh dibatalkan dengan mengembalikannya kepada Pengendali Takaful dengan tangan atau pos berdaftar dalam tempoh lima belas (15) hari selepas penerimaan oleh anda atau orang yang tinggal di kediaman anda, kemudian kami akan membayar balik jumlah:-

    • Jumlah sumbangan yang belum diperuntukkan untuk membeli unit;

    • Nilai unit yang telah diperuntukkan (jika ada) pada Nilai Aset Bersih masing-masing pada Penilaian Tarikh seterusnya;

    • Mana-mana Tabarru dan Caj Perkhidmatan yang telah ditolak;

    Ditolak Perbelanjaan perubatan yang yang mungkin telah dilakukan ke atas orang yang dilindungi. Sila ambil perhatian bahawa bagi maksud menentukan tempoh lima belas (15) hari, sijil ini akan disifatkan sebagai dipulangkan kepada Pengendali Takaful pada tarikh kami telah menerimanya atau tarikh ia telah dihantar kepada kami melalui pos berdaftar.

  2. Menamatkan Perlindungan Takaful Anda Untuk Memperoleh Pelan Takaful Baru
    Setelah luput atau menyerahkan sijil takaful yang sedia ada untuk menggantikannya dengan yang lain (dengan pengendali takaful yang sama atau yang berbeza) anda akan rugi!

    • Caruman sijil baru biasanya yang lebih tinggi berdasarkan umur semasa

    • Anda mungkin perlu membayar caruman tambahan atau perlindungan takaful dinafikan jika terdapat perubahan dalam status kesihatan anda.

    • Dalam kebanyakan polisi perubatan dan penyakit kritikal, tempoh menunggu (tempoh apabila tiada tuntutan akan berbayar) bermula dari tarikh sijil dikeluarkan atau pengembalian semula hari ini, yang mana terkemudian.

    Anda dapat memenuhi objektif kewangan dengan menaik taraf perlindungan takaful anda berbanding dengan menggantikannya. Gunakan hak anda untuk mengekalkan objektif kewangan anda dan berwaspadalah terhadap pengaruh tak wajar mana-mana pihak untuk menamatkan sijil semasa anda.

  3. Bayaran Caruman

    • Anda boleh membayar caruman anda secara tunai (kaedah Suku Tahunan, Setengah Tahunan & Tahunan) di cawangan Great Eastern Life Malaysia, Perbankan Internet (CIMB Click, Maybank2U & PBe Online Banking) & JomPAY (boleh didapati di Perbankan Internet dan telefon mudah alih di 40 bank), atau

    • Cek (kaedah Suku Tahunan, Setengah Tahunan & Tahunan). Jika anda membayar caruman anda melalui cek, sentiasa pastikan bahawa cek tersebut hanya dibayar kepada Great Eastern Takaful Berhad, atau

    • Kemudahan Debit Auto melalui bank terpilih: Maybank, RHB Bank, CIMB Bank, Public Bank & Bank Simpanan Nasional (BSN), atau

    • Kemudahan Kebenaran Direct Debit (DDA) melalui 13 bank yang disediakan oleh MyClear , atau

    • Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA), hanya untuk kakitangan Kerajaan sahaja, atau

    • Kad Kredit - pembayaran melalui akaun Visa atau MasterCard Malaysia.

    *Untuk produk-produk Saluran Langsung, bayaran caruman adalah melalui Kad Kredit sahaja.

    Apabila membayar caruman, sila pastikan anda mendapat resit rasmi kami yang merupakan dokumen cetakan komputer yang tidak memerlukan tandatangan. Sila ambil perhatian bahawa tiada sebarang resit akan dikeluarkan untuk pembayaran caruman yang dibuat melalui kemudahan arahan bank, auto-debit dan kad kredit bank. Dalam kes-kes tersebut, pengesahan daripada penyata bank atau kad kredit masing-masing merupakan bukti pembayaran.

  4. Pemahaman dan Ketelusan dalam Maklumat Produk
    Kami juga komited pada setiap masa, bagi memastikan semua maklumat dan pendedahan produk dan perkhidmatan kami adalah adil, tepat dan menyeluruh. Oleh itu, kami tidak boleh terlibat dalam penipuan, pengeliruan atau salah nyata berkenaan dengan produk dan perkhidmatan kami.

Dengan berinteraksi bersama Great Eastern Takaful Berhad ("Pengendali Takaful"), menyerahkan maklumat kepada Pengendali Takaful, mendaftar untuk sebarang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pengendali Takaful, anda memberikan maklumat peribadi pada Pengendali Takaful. Anda dengan ini bersetuju (dan sekiranya dikehendaki, bersetuju secara rasmi) ke atas penggunaan maklumat peribadi anda termasuklah data peribadi sensitif, mengikut cara yang dinyatakan di dalam notis ini.

"Maklumat peribadi" bermaksud sebarang maklumat yang berkaitan dengan anda dan yang anda telah berikan atau akan berikan kepada Pengendali Takaful, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama anda, nombor Kad Pengenalan, nombor pasport, alamat, nombor telefon, alamat emel, imej, pilihan peribadi anda, maklmat akaun kewangan dan perbankan dan sebarang maklumat yang mungkin boleh mengenal pasti anda, yang telah atau mungkin dikumpulkan, disimpan, digunakan dan diproses oleh Pengendali Takaful dari semasa ke semasa. Istilah "maklumat peribadi" juga merangkumi data peribadi sensitif iaitu yang bermaksud sebarang data peribadi yang mengandungi maklumat tentang kesihatan atau keadaan fizikal atau mental, pendapat politik, kepercayaan agama atau lain-lain kepercayaan yang bersifat seumpamanya dan pelakuan atau pengataan pelakuan yang mendakwa anda bagi sebarang kesalahan.

Jika anda memberi kamu sebarang maklumat peribadi yang berkaitan dengan pihak ketiga, termasuklah apabila anda telah menamakan mereka sebagai orang yang dilindungi, pelaksana, atau benefisiari, atau apabila anda merujuk seseorang individu kepada kami bagi tujuan menawarkan produk dan/atau perkhidmatan kami kepada individu tersebut, dengan memberikan maklumat sedemikian kepada kami, anda menyatakan kepada kami bahawa anda telah memperoleh persetujuan daripada pihak ketiga untuk memberi kepada kami maklumat peribadi mereka untuk tujuan yang berkaitan dengan anda seperti yang dinyatakan di dalam notis ini.

Maklumat peribadi anda mungkin digunakan, direkodkan, disimpan, diarkibkan, dizahirkan atau diproses oleh atau bagi pihak Pengendali Takaful (dan pengganti hak miliknya) untuk tujuan berikut:

  • untuk penyediaan perkhidmatan takaful, yang mungkin berkenaan dan untuk menjalankan sebarang kegiatan atau kewajipan sebagai pengendali takaful, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang tujuan operasi dan pengurusan dalaman;
  • untuk menilai atau memproses sebarang cadangan atau permohonan yang dibuat untuk mana-mana produk dan perkhidmatan Pengendali Takaful, termasuk sebarang pengunderaitan pada masa hadapan;
  • sebarang tuntutan atau penyiasatan atau analisis terhadap tuntutan tersebut, termasuklah memastikan sejarah tuntutan anda untuk memperbaiki proses tuntutan dan mencegah tuntutan palsu, termasuk sebarang penilaian tuntutan pada masa hadapan;
  • untuk mengurus dan mengendalikan hubungan Pengendali Takaful dengan anda serta memberi perkhidmatan pelanggan yang dipertingkatkan
  • untuk memadankan dan mengemaskini sebarang maklmat peribadi yang dipegang oleh Pengendali Takaful dan kumpulan syarikat Great Eastern ("Great Eastern") yang berkaitan dengan anda dari semasa ke semasa (untuk maklumat lanjut, sila layari greateasterntakaful.com);
  • untuk menawarkan dan/atau memproses sebarang pindaan, perubahan, pembatalan atau pembaharuan sebarang produk atau perkhidmatan oleh Pengendali Takaful atau Great Eastern;
  • untuk pemasaran langsung dan pemasaran umum produk dan perkhidmatan daripada Pengendali Takaful, Great Eastern atau pihak ketiga yang patuh Syariah yang mungkin menarik minat anda. Harap maklum bahawa maklumat pemasaran yang berkenaan dengan produk dan perkhidmatan tersebut hanya akan dihantar kepada anda sekiranya anda telah bersetuju secara rasmi untuk menerima;
  • untuk penyelidikan dan audit termasuk tetapi tidak terhad kepada tujuan sejarah dan statistik;
  • untuk menjalankan sebarang hak subrogasi atau tuntutan mendapatkan hak kembali;
  • untuk mencegah, menyiasat atau melaporkan sebarang wang haram yang berlaku atau yang disyaki, pembiayaan keganasan, sogokan, rasuah, penipuan yang berlaku atau yang disyaki termasuk tetapi tidak terhad kepada penipuan takaful, pengelakan cukai atau sekatan ekonomi atau perdagangan, dan lain-lain kegiatan jenayah atau yang menyalahi undang-undang;
  • untuk retakaful;
  • untuk tindakan undang-undang atau yang berpotensi untuk dikenakan tindakan undang-undang; dan
  • jika dikehendaki oleh undang-undang atau dengan niat yang jujur, sekiranya tindakan itu perlu:
    untuk mematuhi mana-mana penguatkuasaan undang-undang, perintah mahkamah atau proses perundangan, dan/atau
    untuk melindungi dan mempertahankan hak atau harta Pengendali Takaful dan Great Eastern (untuk maklumat lanjut, sila layari greateasterntakaful.com).

Pengendali Takaful mungkin juga akan mengumpul, menyimpan, menggunakan dan memproses maklumat peribadi anda daripada pemilik sijil yang telah mengambil sijil takaful untuk dan bagi pihak anda, ejen broker dan/atau rakan perniagaan atau strategik Pengendali Takaful atau pihak ketiga yang mana kami telah mendapatkan atau menerima maklumat berkenaan anda berhubung dengan atau berkaitan dengan sijil takaful anda, termasuk permohonan sijil takaful atau tuntutan anda.

Pengendali Takaful mungkin akan menyimpan maklumat peribadi anda untuk tempoh yang dianggap perlu bagi tujuan memenuhi keperluan operasi, audit, penyiasatan, perundangan, pengawalseliaan, cukai atau perakaunan, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang potensi dikenakan tindakan undang-undang dan tujuan tuntutan pengunderaitan serta penilaian tuntutan pada masa hadapan.

Maklumat yang anda berikan kepada Pengendali Takaful adalah perlu. Sekiranya anda tidak memberikan maklumat tersebut, Pengendali Takaful mungkin tidak dapat memberikan perlindungan takaful kepada anda atau memberi respon kepada sebarang tuntutan yang dikemukakan oleh anda.

Pengendali Takaful mungkin menzahirkan dan/atau memberikan maklumat peribadi anda kepada pihak-pihak berikut (di dalam dan di luar Malaysia) untuk tujuan yang dinyatakan di atas:

  • wakil-wakil yang diberi kuasa oleh Pengendali Takaful;
  • bagi sijil pihak ketiga, Pemilik Sijil dan/atau Orang yang Dilindungi;
  • bagi sijil kumpulan, Pemilik Sijil dan/atau Ejen atau Broker mereka;
  • pembekal perkhidmatan pihak ketiga (yang menyediakan pentadbiran, telekomunikasi, kemudahan berkaitan komputer termasuk tetapi tidak terhad kepada pembelian perkakasan atau perisian, penambahbaikan sistem, penghijrahan atau penyelenggaraan, jika ada, pembayaran, pemprosesan data, penyimpan atau perkhidmatan lain kepada Pengendali Takaful yang berkaitan dengan perlakuan atau cara operasi perniagaan kami) untuk memenuhi kewajipan Pengendali Takaful kepada anda;
  • bank dan institusi kewangan;
  • pengendali takaful, perkhidmatan pengesanan dan pencegahan penipuan, pengendali retakaful, persatuan takaful seperti Persatuan Takaful Malaysia dan pihak berkuasa kawal selia industri takaful;
  • mana-mana agensi rujukan kredit atau, sekiranya berlaku kegagalan pembayaran kredit, mana-mana agensi kutipan hutang;
  • mana-mana organisasi perkadaran takaful yang mengumpul maklumat berkenaan sejarah kredit, punca kemalangan, maklumat kecedaraan dan jumlah yang dibayar serta berkongsi maklumat dengan pengendali-pengendali takaful lain dan pihak lain yang berhak melihatnya;
  • mana-mana individu yang bertanggungjawab menjaga hal sulit dan telah bersetuju untuk tidak mendedahkan sebarang data sulit, yang telah dilantik oleh Pengendali Takaful untuk menunaikan kewajipannya kepada anda;
  • mana-mana pemegang serah hak yang sebenar atau yang dicadangkan, penerima pindahan, peserta atau perserta bersama terhadap hak atau perniagaan Pengendali Takaful;
  • mana-mana individu yang Pengendali Takaful bertanggungjawab membuat penzahiran mengikut keperluan sebarang undang-undang, peraturan, pengawalan, tata amalan atau garis panduan yang mengikat Pengendali Takaful termasuk dan tidak terhad kepada mana-mana badan pengawalan, badan-badan kerajaan, atau badan-badan yang diiktiraf di dalam industri seperti Persatuan Takaful Malaysia dan selainnya menurut undang-undang; dan
  • syarikat-syarikat lain di Great Eastern, rakan-rakan sekutu Pengendali Takaful dan mana-mana rakan perniagaan atau strategik.

Rakan sekutu, rakan perniagaan atau strategik kami boleh menghubungi anda mengenai produk, perkhidmatan dan tawaran, yang patuh Syariah dan yang mungkin menarik minat anda atau memberi manfaat kepada anda secara kewangan.

Anda boleh mengakses maklumat peribadi tertentu yang disimpan oleh Pengendali Takaful berdasarkan undang-undang perlindungan data yang terpakai di Malaysia.

Anda boleh mengakses maklumat peribadi anda pada bila-bila masa dengan menghubungi talian Careline kami di 1300-13-8338 atau melayari Portal Pelanggan kami di https://www.igetintouch.com.mySekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan seperti menghadkan memprosesan maklumat tertentu, termasuk membatalkan persetujuan untuk menerima maklumat pemasaran, anda boleh menghubungi talian Careline kami di 1300-13-8338 , atau menulis kepada Pengendali Takaful di i-greatcare@greateasterntakaful.com.

Sekiranya anda mempunyai sebarang aduan berhubung dengan maklumat peribadi anda, anda boleh menghubungi Pegawai Privasi kami di 603-42598381.

Untuk keterangan lanjut mengenai cara Pengendali Takaful memproses maklumat peribadi anda, sila layari laman sesawang kami greateasterntakaful.com dan baca Piagam Pelanggan dan Dasar Privasi.

Pengendali Takaful boleh mengenakan bayaran yang berpatutan untuk pemberian akses. Jika anda boleh menunjukkan bahawa maklumat peribadi yang disimpan oleh Pengendali Takaful adalah tidak tepat, lengkap dan terkini, Pengendali Takaful akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memastikan ia tepat, lengkap dan terkini apabila menerima pengesahan atau maklum balas anda.

Pengendali Takaful boleh menyemak dan mengemaskini Notis Perlindungan Data Peribadi ini dari semasa ke semasa untuk menunjukkan perubahan di dalam undang-undang, perubahan amalan perniagaan, prosedur dan struktur Pengendali Takaful dan Great Eastern, serta perubahan di dalam jangkaan privasi komuniti. Sebarang kemas kini dan/atau perubahan pada Notis Perlindungan Data Peribadi ini akan dimuat naik di laman sesawang kami dan anda dinasihatkan merujuk kepada laman sesawang kami di greateasterntakaful.com pada bila-bila masa untuk memastikan anda mendapat maklumat jika ada sebarang perubahan.

Sekiranya terdapat sebarang percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia pada notis ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna-pakai.

Sila klik di sini untuk versi Bahasa Inggeris.

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Untuk pertanyaan
Untuk khidmat pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Malaysia logo