Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

Pelarasan caruman pelan Takaful: Sebab dan kesan kepada kita

Kongsi
Sebab dan kesan pelarasan caruman pelan takaful
Apakah pelarasan caruman takaful?


Apakah pelarasan caruman Takaful?

Mungkin anda pernah menerima mesej seperti ini:

“Salam sejahtera, Encik. Sila maklum, bahawa caruman pelan takaful anda telah meningkat tahun ini. Sila buat bayaran caruman untuk terus menikmati manfaat takaful anda.”

Seperti yang disebutkan di atas, pelarasan caruman takaful merujuk kepada kenaikan caruman pelan takaful. Fikiran tentang caruman takaful yang semakin meningkat boleh membawa kepada kerisauan dan rancangan untuk menyerahkan pelan takaful anda. Namun, pertimbangkannya dahulu! Kebanyakan pemegang sijil takaful tidak tahu bahawa caruman takaful, terutamanya takaful medikal, boleh meningkat. The Edge Malaysia melaporkan bahawa caruman takaful medikal telah meningkat sebanyak 6% ke 8% setahun dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Oleh kerana takaful berkonsepkan perkongsian risiko, pelarasan caruman pelan takaful adalah bagi memastikan kelestarian portfolio takaful, dan supaya pengendali takaful berkemampuan untuk mendukung bil medikal atas tuntutan pelanggan.

Jom kita telusuri sebab pelarasan caruman pelan takaful dan kesannya kepada kita. 
 

Apakah sebab pelarasan caruman takaful?


Apakah sebab pelarasan caruman Takaful?

Contohnya, pada awal tahun 2022, Zaid telah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan pundi hempedu, yang mana rawatan tersebut bernilai RM15,000. Secara kebetulan, Zaid telah berjumpa dengan kawannya dan mendapat tahu bahawa ahli keluarga kawannya menjalani pembedahan yang sama pada tahun 2010, tetapi rawatan tersebut menelan belanja hanya RM7,000. Zaid pun mempersoalkan perbezaan kos rawatan tersebut.

Kenaikan kos rawatan akan menyebabkan peningkatan caruman, dan ini disebabkan oleh inflasi medikal. Selain itu, kadar kenaikan kos medikal tahunan diramalkan melambung hingga angka 2-digit! Tahukah anda? Berdasarkan laporan dari News Straits Times, Malaysia adalah salah satu daripada negara-negara ASEAN yang mengalami inflasi medikal yang tertinggi!

Takaful medikal seringkali terkesan dengan pelarasan caruman takaful. Walaupun jarang, pelarasan caruman takaful juga memberi impak kepada pelan-pelan takaful yang lain.

Pandemik COVID-19 menyebabkan situasi ini menjadi lebih ketara – keadaan ekonomi global telah pun terjejas, dan kita sedang menghadapi kesukaran. Disebabkan keterbukaan ekonomi akhir-akhir ini, rakyat Malaysia dilanda berita tentang peningkatan kos keperluan harian dan petrol, yang menyebabkan harga makanan dan perkhidmatan meningkat. Ini juga memberi kesan kepada pelan-pelan Takaful.

Apakah menyebabkan peningkatan kos?


Apakah yang menyebabkan peningkatan kos?

Peningkatan kos dikaitkan dengan jangka hayat berpanjangan, oleh kerana kemajuan industri perubatan. Warga emas kini belajar mengutamakan kesihatan diri, dengan matlamat kekal muda, cergas dan cerdas. Dengan jangka hayat berpanjangan, adanya keperluan untuk rawatan bagi keadaan kesihatan jangka panjang. Walaupun terdapat orang yang menjaga kesihatan mereka, terdapat juga yang mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat dan tidak aktif. Ini boleh menyebabkan kesakitan fizikal dan mental, kalau tidak berhati-hati. Memandangkan institusi perubatan menggunakan peralatan dan teknologi terkini, modal yang besar perlu ditetapkan untuk membeli peralatan dan teknologi baharu; justeru itu, terdapat juga keperluan kewangan bagi menawarkan jawatan kepada calon yang berpengalaman untuk mengoperasikan peralatan baharu tersebut, serta melatih kakitangan yang kurang berpengalaman. Fenomena “Great Resignation” juga mengurangkan volum calon yang berkelulusan di beberapa industri, yang mengakibatkan kos pengambilan pekerja meningkat.

Khusus bagi takaful lain yang bukan medikal, pelarasan caruman takaful juga akan terlibat. Jika permohonan tuntutan atas sebarang pelan takaful didapati semakin meningkat, pengendali takaful hendaklah melaraskan caruman untuk memastikan kecukupan dana Tabarru’ pada masa hadapan, atas asas bantu-membantu satu sama lain dalam masa keperluan.
 

Kesan pelarasan caruman takaful dan langkah kita boleh mengambil


Bagaimanakah pelarasan caruman Takaful memberi kesan kepada kita dan apa yang boleh kita lakukan?

Walaupun caruman takaful dijangkakan akan terus meningkat, bermakna anda perlu membayar lebih yang mungkin memberi kesan kepada kewangan peribadi anda, ia tidak bermakna perlindungan takaful tidak penting dan diperlukan dalam kehidupan. Sebagai pengguna, kita perlu menjadi pengguna yang bijak dalam mengatur kewangan dan perlindungan dalam kehidupan!

Antara tindakan yang boleh kita ambil adalah untuk menyemak semula perlindungan takaful yang ada. Oleh itu, terdapat kelebihan dalam menyertai pelan takaful yang membenarkan kesesuaian atau “customisable” supaya boleh menepati keperluan anda dan keluarga anda. Hal ini dapat membantu anda mendapatkan perlindungan yang cukup dan mengelakkan perlindungan yang terlampau banyak.

Seterusnya, membandingkan jangkaan kos hospitalisasi dan rawatan dapat membantu membezakan yang mana yang berkualiti tinggi! Mintakan bil butiran dari hospital setelah menerima rawatan di hospital. Ini dapat menyumbang kepada menggalakkan ketelusan institusi medikal terhadap pelanggan. 
 

Jaga keluarga anda dengan memastikan mereka dilindungi

Berpandangan hadapan

Caruman takaful akan terus meningkat pada tahun yang akan datang, tetapi anda akan berasa lega dan  senang hati kerana anda dan keluarga anda akan dijaga.

Bank Negara sedang mengkaji peraturan yang sedia ada untuk membenarkan fleksibiliti terhadap pengendali takaful berkenaan permohonan tuntutan. Great Eastern Takaful Berhad pula sentiasa berusaha untuk menjaga keperluan pelanggan.

Dengan adanya maklumat di Internet, pelanggan kini lebih berilmu, dan berani bersuara atas ketidakadilan. Seperti yang dinyatakan, amalkan menyemak semula perlindungan takaful sedia ada anda. Mainkan peranan anda, dijaminkan kami sentiasa berada di sisi anda!

Lihatlah pelbagai pelan takaful kami dan pilihlah satu (ataupun dua) yang sesuai untuk anda. 
 

Kandungan yang berkaitan
Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo