Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

Semua yang anda perlu tahu tentang tuntutan Takaful

Semua yang anda perlu tahu tentang tuntutan takaful


Semua yang anda perlu tahu tentang tuntutan Takaful

Anda telah memilih pelan Takaful yang tepat untuk anda dan telah mula membayar caruman. Anda kini berasa tenang mengetahui bahawa anda dilindungi daripada perkara yang tidak diingini yang mungkin berlaku kepada anda. Tetapi 2 tahun kemudian, anda telah jatuh sakit dan telah dimasukkan ke hospital akibat denggi. Anda sedia maklum bahawa anda boleh membuat tuntutan daripada Pelan Takaful anda tetapi tidak tahu bagaimana.

Pernahkah anda mengalami situasi seperti di atas? Pernahkah anda tertanya apakah jenis tuntutan yang anda boleh mohon dan apakah prosesnya? Ketahui selanjutnya.

Jenis tuntutan


Apakah jenis tuntutan yang terdapat di bawah Takaful keluarga?

Terdapat pelbagai jenis tuntutan yang anda boleh mohon. Ilustrasi di atas adalah jenis-jenis tuntutan yang lazim dimohon di bawah Takaful Keluarga, termasuk tetapi tidak terhad. Sila maklum bahawa setiap jenis tuntutan berbeza berdasarkan pelan perlindungan yang anda sertai.

Di bawah klausa bunuh diri, tiada tuntutan akan dibayar bagi kejadian bunuh diri, sama ada ketika waras atau tidak, pada tahun pertama Sijil berkuat kuasa atau daripada tarikh berkuatkuasa semula.

Untuk senarai penuh pengecualian, sila rujuk Dokumen Sijil anda.

Langkah memohon tuntutan


Bagaimana cara menghantar tuntutan?

Langkah 1: Kenalpasti jenis tuntutan
Adalah penting bagi anda untuk mengenalpasti terlebih dahulu jenis tuntutan yang ingin anda pohon bagi memastikan persiapan dan proses tuntutan menjadi mudah, kerana setiap keperluan tuntutan mungkin berbeza.

Langkah 2: Dapatkan borang tuntutan
Anda boleh mendapatkan borang tuntutan dengan memuat turun di laman web kami atau dengan mengunjungi cawangan berdekatan atau Pusat Khidmat Pelanggan. Pastikan anda mendapatkan borang yang betul untuk tuntutan anda.

Langkah 3: Sediakan dokumen yang diperlukan
Setiap jenis tuntutan memerlukan penyerahan dokumen yang berbeza. Layari laman web untuk melihat dokumen-dokumen yang diperlukan untuk tuntutan anda.

Langkah 4: Sahkan dokumen
Sejurus selepas dokumen disediakan, anda harus mengesahkan dokumen tersebut. Berikut adalah senarai pegawai yang dibenarkan untuk mengesahkan dokumen anda:

  • Pegawai Cawangan/Tuntutan
  • Pesuruhjaya Sumpah
  • Notaris Awam
  • Peguambela & Peguamcara
  • Jaksa Pendamai
  • Ahli Parlimen
  • Ketua Balai
  • Penghulu
  • Pegawai Daerah

Langkah 5: Hantar!

Kumpulkan kesemua dokumen yang telah disahkan dan anda bersedia untuk menghantar tuntutan anda! Anda boleh menghantar permohonan tuntutan anda di cawangan berdekatan, Pusat Khidmat Pelanggan atau melalui pos.

Mengapa tuntutan saya ditolak?

Anda telah menyiapkan semuanya dan menghantar permohonan tuntutan anda. Anda menantikan berita baik, tetapi anda baru sahaja dimaklumkan bahawa permohonan tuntutan anda telah ditolak. Mengapa? Ketahui sebab-sebab lazim permohonan tuntutan anda ditolak seperti yang dinyatakan di dalam jadual di bawah:

Penolakan Tuntutan

Penyelesaian

Tidak membuat pendedahan penting

Pastikan anda membuat pendedahan penuh dalam Borang Cadangan anda

Sijil tidak berkuat kuasa

Buat pembayaran caruman sewajarnya untuk memastikan Sijil anda sentiasa berkuat kuasa

Luput setelah tempoh tenggang (biasanya dalam tiga tahun pertama sejak dikeluarkan)

Luput kerana kehabisan nilai tunai

Pastikan anda mempunyai nilai tunai secukupnya di dalam Akaun Individu atau Akaun Unit. Dapatkan bantuan Perunding Takaful anda.

Kemasukan hospital atau Kejadian Dilindungi berlaku dalam tempoh menunggu

Tuntutan hanya boleh dimohon sekiranya kejadian berlaku selepas tempoh menunggu atau selepas tarikh kuat kuasa

Kejadian berlaku sebelum tarikh permulaan Sijil

Kejadian termasuk dalam risiko terkecuali

Baca senarai penuh pengecualian di dalam Sijil Dokumen anda

Kemasukan hospital akibat alkohol atau penyalahgunaan bahan terlarang

Tiada pelan perlindungan yang menyediakan perlindungan melibatkan alkohol atau penyalahgunaan bahan terlarang

Kejadian tidak termasuk dalam Kejadian Dilindungi

Fahami manfaat-manfaat yang pelan anda sediakan. Ketahui selanjutnya mengenai perlindungan yang pelan anda lindungi di dalam Dokumen Sijil anda

Tiada kemasukan hospital, hanya rawatan pesakit luar

Pelan perubatan selalunya hanya merangkumi rawatan penghospitalan, bukan rawatan pesakit luar

Kejadian berlaku akibat penyakit dan bukan kemalangan

Pelan perlindungan anda mungkin tidak merangkumi penyakit kritikal. Sila sertai Pelan Penyakit Kritikal kami di sini

Hilang upaya atau penyakit tidak memenuhi definisi atau terma dan syarat Sijil

Baca terma dan syarat penuh pelan anda yang terdapat di dalam Sijil Dokumen

Dokumen tidak lengkap

Pastikan semua dokumen yang diperlukan disahkan dan dikemukakan. Semak dokumen yang diperlukan untuk tuntutan anda di sini

 

Garis panduan memohom tuntutan

Permohonan tuntutan merupakan suatu proses yang mudah sekiranya anda tahu dan faham cara-cara dan keperluannya. Ikuti garis panduan yang disediakan bagi memastikan anda menyediakan kesemua yang diperlukan dengan teratur sebelum mengemukakan permohonan untuk mengelakkan proses tuntutan yang berpanjangan.

Anda juga boleh mendapatkan bantuan daripada Khidmat Pelanggan kami atau Perunding Takaful untuk penjelasan lebih lanjut.

Klik di sini untuk Soalan Lazim mengenai tuntutan.

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo