Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

4 manfaat menyertai Takaful pada usia muda

Manfaat menyertai takaful pada usia muda

 

Terdapat banyak kelebihan takaful pada usia muda dapat disenaraikan. Membina asas kewangan yang kukuh pada usia 20-an bermula dengan rancangan dan langkah yang tepat. Sebagai seorang anak muda yang melangkah ke alam dewasa, menyertai pelan Takaful adalah salah satu perkara yang anda tidak mahu fikirkan sehinggalah anda lebih berumur. Anda tidak mahu berfikir tentang kematian, kerana anda lebih cenderung menjadi seorang yang sihat, bujang dan tidak mempunyai orang yang bergantung kepada anda. Dengan pekerjaan pertama dan bajet yang terhad, anda menganggap anda akan mempunyai masa untuk menangani perkara tersebut kemudian hari.

Tetapi itu tidak bermakna anda tidak perlu memikirkan untuk mendapatkan perlindungan Takaful sekarang, anda sebenarnya akan dapat menikmati banyak kelebihan takaful jika anda menyertai di usia muda. Ini kerana ianya adalah salah satu perkara yang perlu anda tambahkan di dalam senarai rancangan kewangan anda. Semakin cepat anda menyertai pelan Takaful, semakin banyak faedah dan kelebihan takaful yang anda akan nikmati. Ketahui 4 manfaat mendapatkan perlindungan Takaful ketika di usia muda. 

Menyertai takaful pada usia muda memberi anda manfaat kadar caruman yang lebih rendah

Lebih muda = Lebih murah

Menyertai Takaful pada usia yang lebih muda mengunci kadar caruman yang lebih rendah dan mengurangkan jumlah yang akan anda belanjakan untuk perlindungan Takaful sepanjang hayat anda. Seiring dengan usia anda yang semakin meningkat, begitu juga caruman anda untuk Sijil baharu. Semakin berusia, kadar caruman anda juga semakin meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Secara ringkasnya, semakin muda usia anda, semakin murah caruman yang harus anda bayar. Bukankah itu lebih menguntungkan?

Menyertai takaful pada usia muda lebih bermanfaat kerana komitmen yang lebih rendah

Lebih muda = Kurang komitmen

Bujang dan muda mempunyai manfaatnya yang tersendiri. Anda mempunyai pendapatan sendiri dengan komitmen yang jauh lebih sedikit kerana anda tidak mempunyai pasangan dan anak yang perlu anda tanggung. Ini bermakna anda mungkin mempunyai lebihan pendapatan daripada mereka yang baru memulakan keluarga. Ini merupakan masa terbaik untuk anda mendapatkan perlindungan dan menikmati kelebihan takaful. Secara amnya, ramai anak muda bergantung kepada perlindungan Takaful yang disediakan oleh majikan mereka dan menganggap ianya sudah mencukupi. Tetapi kita semua tahu bahawa perlindungan yang diberikan sangat asas dan mungkin tidak melindungi pasangan dan anak-anak anda pada masa hadapan, terutamanya jika pelan tersebut mempunyai klausa Ko-Takaful, yang mana anda perlu mengeluarkan wang anda sendiri untuk melunaskan sebahagian daripada jumlah bil. Jika anda mempunyai perlindungan takaful sendiri, anda tidak perlu risau tentang klausa Ko-Takaful. Ini merupakan kelebihan takaful peribadi berbanding takaful yang disediakan oleh majikan. Selain itu, anda juga mungkin bertukar ke majikan baharu setiap 3 hingga 5 tahun, yang membuatkan anda terdedah tanpa perlindungan ketika berada di antara pekerjaan atau majikan baharu anda mungkin tidak dapat memberikan perlindungan yang anda perlukan.

Sekarang adalah masa terbaik untuk anda menyertai pelan perlindungan Takaful untuk menambah perlindungan dan manfaat yang tidak diberikan oleh skim pekerja. Belanjakan lebihan wang yang anda ada untuk melindungi diri anda daripada ketidakpastian yang berlaku dengan memiliki pelan Takaful. Satu petua - selalulah menganggap pelan perlindungan Takaful majikan anda sebagai perlindungan kedua, bukan perlindungan utama.

Menyertai takaful pada usia muda memastikan anda sentiasa bersedia terhadap sebarang kejadian

Lebih muda = Sindrom Superman

Ketika anda muda, anda fikir bahawa anda imun terhadap segala sesuatu; juga dikenali sebagai Sindrom Superman. Tetapi anda jangan lupa; kemalangan berlaku, penyakit juga boleh menimpa anda. Apabila perkara ini memberi kesan kepada anda, kadar caruman Takaful akan meningkat. Sekiranya keadaan anda teruk, anda mungkin perlu membayar caruman yang lebih tinggi atau keadaan sedia ada anda akan dikecualikan apabila anda memohon perlindungan. Pada ketika ini, pilihan perlindungan Takaful anda terhad dan anda mungkin tidak mendapat perlindungan yang sangat anda perlukan. Lebih teruk lagi sekiranya kemalangan atau penyakit itu menjadikan anda hilang upaya kekal, seterusnya menyebabkan anda kehilangan pekerjaan.Tetapi, jika anda telah pun memiliki perlindungan takaful. Anda sudah tidak perlu risau lagi tentang perkara sebegini. Inilah antara kelebihan takaful yang dapat dinikmati jika anda memilikinya pada usia muda

Antara kelebihan takaful ialah, jika anda menyertai pelan perlindungan Takaful sebelum kecederaan atau serangan penyakit dapat mengelakkan semua ini daripada terjadi. Ia juga boleh menjadi pengganti pendapatan anda sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada anda atau jika anda mengalami kecacatan kekal.

Menyertai takaful pada usia muda membolehkan anda menyertai pelan perlindungan yang lebih baik

Lebih muda = Lebih banyak perlindungan

Menjadi muda dan sihat bukan sahaja akan membantu mengekalkan caruman Takaful anda lebih rendah, tetapi juga membolehkan anda menyertai pelan perlindungan yang lebih banyak dan lebih baik untuk masa hadapan. Anda mungkin bujang dan tidak mempunyai anak pada usia 20-an tetapi itu tidak bermakna anda akan terus berstatus sedemikian. Anda mungkin memutuskan untuk menamatkan zaman bujang pada usia 30-an atau kemudian hari dan pada ketika itu, keperluan perlindungan Takaful mungkin menjadi lebih jelas. Tetapi oleh kerana anda menunggu lebih lama, anda mungkin perlu membayar caruman yang lebih tinggi. Kelebihan takaful pada usia muda membolehkan anda membayar caruman pada kadar yang lebih rendah.

Sebagai contoh, di kemudian hari dalam kehidupan anda, anda mungkin memerlukan jumlah perlindungan sebanyak RM500,000 apabila anda mempunyai tanggungan, tetapi anda tidak mampu membayarnya pada ketika itu kerana mempunyai banyak komitmen kewangan. Walaupun mendapatkan jumlah perlindungan yang tinggi tidak begitu penting pada usia awal 20-an, itu semua boleh berubah dalam masa beberapa tahun akan datang. Mulakan dengan pelan dan perlindungan asas ketika anda masih muda dan cari pelan perlindungan yang menawarkan fleksibiliti untuk menambah rider atau menaik taraf pelan perlindugan anda, sehingga anda dilindungi dengan lebih komprehensif seiring dengan tahap kehidupan anda apabila anda mempunyai lebih banyak lebihan pendapatan.

Menyertai takaful pada usia muda membolehkan anda mempunyai pelan perlindungan yang lebih baik

Tiada sesiapa pun yang suka fikirkan tentang kematian dan penyakit, terutamanya ketika anda masih muda dan sihat. Tetapi apabila anda menyertai perlindungan Takaful, lebih awal anda menyertai, lebih banyak manfaat yang dapat anda nikmati. Ianya jauh lebih murah untuk mendapatkan perlindungan hari ini, daripada di masa hadapan apabila anda mempunyai keluarga yang harus ditanggung.

Great Eastern Takaful menawarkan pelan perlindungan dengan kelebihan Takaful yang komprehensif dengan fleksibiliti untuk melampirkan rider kerana keperluan anda berkembang seiring dengan perkembangan kehidupan anda. Hubungi Perunding Takaful kami di sini atau dapatkan pelbagai pelan perlindungan Takaful yang sesuai dengan keperluan anda di sini.

Kandungan yang berkaitan
Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo