Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

Pengumuman, Maklumat & Berita Terkini

Pindaan Waktu Operasi Sepanjang Bulan Ramadan

Bersempena dengan bulan Ramadan, kami ingin memaklumkan bahawa waktu operasi Pusat Khidmat Pelanggan di Ibu Pejabat Tingkat 3 dan Pusat Panggilan Pelanggan kami akan dipinda seperti berikut:-

Khidmat Pelanggan Waktu Operasi
Pusat Khidmat Pelanggan, Tingkat 3  8:30 pagi hingga 4:45 petang
Pusat Panggilan Pelanggan 8:30 pagi hingga 4:45 petang

Waktu operasi bagi Pusat Khidmat Pelanggan seluruh negara kami, Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad kekal tidak berubah iaitu dari 8:30 pagi hingga 5:15 petang.

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak!


Dapatkan Penyata Caruman melalui i-Get In Touch (“iGIT”)

Penyata Caruman Takaful Keluarga, Penyata Caruman Takaful Keluarga (Berkelompok), Penyata Berkaitan Pelaburan dan Penyata Tahunan Akaun Individu Peserta (PIA) bagi tahun 2023 kini telah tersedia. Log masuk ke iGIT untuk merujuk dan muat turun penyata anda di bawah Halaman Dokumen Saya.

Sila kosongkan cache dan cookies peranti anda bagi memastikan proses rujukan dan muat turun penyata berjalan lancar. 


Permohonan perkhidmatan melalui iGIT

Berkuatkuasa dari 1 Ogos 2023, kami hanya menerima kemaskini maklumat melalui i-Get In Touch (“iGIT”) untuk permohonan perkhidmatan seperti berikut:

  1. Pendaftaran untuk auto-debit bagi pembaharuan pembayaran caruman daripada kad kredit/ debit (Perkhidmatan Easi-Pay)
  2. Penukaran kaedah dan kekerapan bayaran caruman
  3. Penukaran alamat, no.telefon dan alamat e-mel
  4. Pendaftaran akaun bank untuk kemudahan kredit terus
  5. Penukaran dana pelaburan
  6. Pelantikan penama / executor
  7. Pendaftaran no. kereta untuk program bantuan kereta sahaja (tertakluk pada pelan yang terpilih)
  8. Penghantaran Borang Khidmat Pelanggan yang lain

Anda boleh merujuk panduan untuk memudahkan penghantaran secara atas talian melalui iGIT di sini.

Nota: Sila muatnaik semua jenis dokumen melalui i-Get In Touch. Berkuatkuasa dari 1 Ogos 2023, kami tidak menerima sebarang jenis penghantaran dokumen melalui e-mel dan kaunter cawangan.


Memperkenalkan GET-SME

Kami berbesar hati mengumumkan pelancaran GET-SME, model produk Pakej SME Berkelompok yang diberikan nafas baru pada 31 Mac 2023. Tawaran baharu yang inovatif ini direka untuk memberikan nilai perlindungan yang kos efektif bagi memenuhi keperluan dan pilihan pelanggan kami.

GET-SME memperkenalkan Perlindungan Lanjutan tambahan untuk rider COVID-19 di bawah produk Group Hospitalisation & Surgical (GHS) dan kadar yang lebih baik untuk GHS, yang bertujuan untuk mempertingkatkan nilai tambahan kepada pelanggan kami, terutamanya bagi segmen yang lebih muda. Kami yakin bahawa inisiatif ini memberikan nilai yang tinggi kepada pelanggan kami pada zaman sekarang yang serba mencabar.

GET-SME adalah pelan pra-pakej Takaful berkelompok bertempoh dengan pembaharuan tahunan tanpa model Akaun Individu Peserta (PIA), yang direka untuk memenuhi keperluan syarikat atau organisasi kecil (iaitu Perusahaan Kecil dan Sederhana - PKS) dengan menyediakan perlindungan yang mencukupi untuk pekerja atau ahli bagi dasar penyertaan wajib.

Di Great Eastern Takaful Berhad, kami berhasrat untuk memberikan perlindungan terbaik untuk aset yang paling berharga dalam organisasi iaitu pekerja dan/atau ahli keluarga mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila e-mel kami di i-greatcare@greateasterntakaful.com.

Terima kasih atas sokongan anda yang berterusan.


Penyata Caruman Takaful Keluarga dan Penyata Tahunan 2022 telah Tersedia Sekarang!

Pemilik Sijil Yang Dihormati,

Kami berbesar hati untuk memaklumkan anda bahawa Penyata Caruman Takaful Keluarga (FTCS), Penyata Berkaitan Pelaburan (ILP), Surat Kemampanan ILP dan Penyata Peserta Individu Akaun (PIA) bagi Tahun 2022 telah tersedia untuk dimuat turun melalui i-GET In Touch (“iGIT”).

Penyata adalah dalam format Fail Dokumen Mudah Alih iaitu PDF untuk dilihat dan dimuat turun. Selaras dengan inisiatif GETGreen kami, tiada lagi salinan penyata yang akan dihantar dan anda boleh melihat penyata tersebut sehingga 5 tahun terakhir melalui iGIT.

Jika anda adalah pengguna sedia ada iGIT, sila tekan sini untuk mendaftar masuk bagi mendapatkan salinan penyata anda.

Jika anda masih belum berdaftar sebagai pengguna iGIT, sila tekan sini untuk mendaftar masuk iGIT sekarang. Kami menggalakkan anda untuk mendaftar bagi menikmati kemudahan mencetak penyata anda sendiri dan perkhidmatan lain.

Untuk maklumat lanjut mengenai cara untuk memuat turun penyata dari iGIT, sila rujuk kepada panduan ‘Cara Memuat Turun Penyata’.

iGIT adalah portal layan diri sehenti oleh Great Eastern Takaful yang membolehkan pelanggan mendapatkan akses kepada butiran Sijil dan melakukan transaksi dalam talian.

Anda boleh menggunakan portal ini untuk mengakses pelan Takaful anda. Anda boleh menguruskan Sijil Takaful anda dengan mengemas kini butiran peribadi anda, menamakan benefisiari dan pelaksana, melihat dan memuat turun surat-surat dan banyak lagi. Anda juga boleh mendapatkan pandangan holistik mengenai portfolio perlindungan anda bagi memahami jurang perlindungan anda serta merancang masa depan anda dengan bijak.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi pegawai perkhidmatan pelanggan kami di talian 1 300 13 8338 atau e-mel kami di i-greatcare@greateasterntakaful.com.

Terima kasih.


Pemansuhan Klausa Amal

Pelanggan yang dihargai,

Sila ambil maklum bahawa Klausa Amal yang mana sebarang amaun lebihan kurang daripada RM10 yang sebelum ini disalurkan kepada dana amal, akan dimansuhkan berkuat kuasa serta merta.

Dengan pemansuhan Klausa Amal, sebarang amaun lebihan akan dipulangkan kembali kepada para pelanggan kami. Anda boleh mengemaskini butiran perbankan melalui i-Get In Touch  (“iGIT”) untuk proses pulangan lebihan, sekiranya ada. Sekiranya amaun lebihan tidak dipulangkan dalam tempoh setahun kerana ketiadaan butiran perbankan, pihak kami akan menyalurkan amaun lebihan tersebut kepada Wang Tidak Dituntut.

iGIT adalah portal perkhidmatan layan diri  hentian setempat yang disediakan oleh Great Eastern Takaful bagi membolehkan pelanggan kami mengakses butiran Sijil dan membuat transaksi dalam talian.

Untuk mengemaskini butiran perbankan, sila klik di sini untuk log masuk ke iGIT.

Terima kasih.


Memberi Kebenaran Untuk Urus Niaga Kad Debit Kad-Tidak Hadir (CNP) Sebelum Mendaftar Untuk Potongan Auto-Debit

Pelanggan Yang Dihormati,

Bagi mengukuhkan lagi langkah keselamatan bagi transaksi dalam talian, Bank Negara Malaysia (“BNM”) menghendaki semua pengguna kad debit menghubungi bank pengeluar mereka untuk membenarkan transaksi Kad Debit Kad-Tidak-Hadir (“CNP”) sebelum mendaftar untuk sebarang pemotongan caruman autodebit. Oleh itu, jika anda sedang menggunakan atau merancang untuk menggunakan kad debit untuk perkhidmatan potongan autodebit, sila lakukan langkah berikut untuk mengelakkan potongan yang tidak berjaya untuk perkhidmatan potongan autodebit.

Langkah 1: Pelanggan menghubungi talian khidmat pelanggan bank pengeluar kad debit mereka atau melawat mana-mana cawangan bank pengeluar. Pelanggan memberi kuasa kepada bank pengeluar untuk membenarkan potongan caruman sijil Great Eastern Takaful Berhad (bil auto-debit) daripada kad debit mereka.

Contoh: Saya memerlukan mengaktifkan untuk melakukan transaksi CNP untuk kad debit saya untuk potongan caruman bulanan sijil Great Eastern Takaful Berhad (potongan premium insurans).

Langkah 2: Pelanggan mengikut arahan bank pengeluar kad untuk melengkapkan pengesahan permintaan.

Langkah 3: Pelanggan menyemak item di bawah dengan bank pengeluar kad untuk memastikan tetapan kad debit sah untuk potongan caruman sijil :

  • Semak had potongan harian untuk memastikan had harian maksimum yang dikenakan mencukupi untuk potongan caruman sijil
  • Sebarang tetapan lalai pada kad debit tidak dibenarkan potongan caruman sijil

Langkah 4: Pelanggan mendaftar kaedah caruman kad debit/kredit melalui i-Get In Touch


Kemudahan Baharu Telah Disediakan di Portal i-Get In Touch untuk Tuntutan dan Perubahan Sijil

Pemilik Sijil Yang Dihormati,

Kami berbesar hati untuk berkongsi tiga (3) kemudahan penting yang baharu yang terdapat di i-Get In Touch (“iGIT”) dengan serta merta.

  1. Penghantaran Dokumen Tuntutan Baru
    Anda boleh mengikut langkah berikut seperti di bawah bagi penghantaran tuntutan baru:
    iGIT > Penghantaran Borang Saya > Tuntutan Baru

             Anda boleh layari panduan penuh di sini: Panduan Penyerahan Tuntutan Baharu

  1. Penghantaran Dokumen Tuntutan Tambahan
    Anda boleh mengikuti langkah berikut bagi penghantaran dokumen tuntutan tambahan:
    iGIT > Penghantaran Borang Saya > Tuntutan – Dokumen Tambahan

            Anda boleh layari panduan penuh di sini: Panduan Penyerahan Tuntutan Baharu

  1. Penghantaran Dokumen Perubahan Sijil
    Anda boleh mengikuti langkah berikut bagi perubahan sijil:
    iGIT > Penghantaran Borang Saya > Perubahan Sijil

            Anda boleh layari panduan penuh di sini: Panduan Perubahan Sijil

Adalah dimaklumkan bahawa anda boleh menjejaki status semua penghantaran borang dalam talian melalui portal i-Get In Touch. Anda boleh ikuti langkah-langkah di bawah:
iGIT > Penghantaran Borang Saya > Jejak dan Kesan

Masih tiada akaun Great ID?
Jangan risau, anda boleh layari portal i-Get In Touch, dan klik “Daftar sekarang” untuk mula mendaftar akaun anda.

Untuk maklumat lanjut berkenaan i-Get In Touch, sila layari laman panduan pengguna di laman web korporat kami.


Penyata Caruman Takaful Keluarga dan Penyata Tahunan 2021 telah Tersedia Sekarang!

Pemilik Sijil Yang Dihormati,

Kami berbesar hati untuk memaklumkan anda bahawa Penyata Caruman Takaful Keluarga (FTCS), Penyata Berkaitan Pelaburan (ILP) dan Penyata PIA bagi Tahun 2021 telah tersedia untuk dimuat turun melalui i-GET In Touch (“i-GIT”).

Penyata adalah dalam format Fail Dokumen Mudah Alih iaitu PDF untuk dilihat dan dimuat turun. Selaras dengan inisiatif GETGreen kami, tiada lagi salinan penyata yang akan dihantar dan anda boleh melihat penyata tersebut sehingga 5 hari terakhir melalui i-GIT.

Jika anda adalah pengguna sedia ada i-GIT, sila tekan sini untuk mendaftar masuk bagi mendapatkan salinan penyata anda.

Jika anda masih belum berdaftar sebagai pengguna i-GIT, sila tekan sini untuk mendaftar masuk i-GIT sekarang. Kami menggalakkan anda untuk mendaftar bagi menikmati kemudahan mencetak penyata anda sendiri dan perkhidmatan lain.

Untuk maklumat lanjut mengenai cara untuk memuat turun penyata dari i-GIT, sila rujuk panduan ‘Cara Memuat Turun Penyata’.

i-GIT adalah portal layan diri sehenti oleh Great Eastern Takaful yang membolehkan pelanggan mendapatkan akses kepada butiran Sijil dan melakukan transaksi dalam talian.

Anda boleh menggunakan portal ini untuk mengakses pelan Takaful anda. Anda boleh menguruskan Sijil Takaful anda dengan mengemas kini butiran peribadi anda, menamakan benifisiari dan pelaksana, melihat dan memuat turun surat-surat dan banyak lagi. Anda juga boleh mendapatkan pandangan holistik mengenai portfolio perlindungan anda bagi memahami jurang perlindungan anda serta merancang masa depan anda dengan bijak.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi pegawai perkhidmatan pelanggan kami di talian 1 300 13 8338 atau e-mel kami di i-greatcare@greateasterntakaful.com.

Terima kasih.


Penutupan Kaunter Pembayaran Great Eastern Seluruh Negara Berkuat Kuasa 1 Februari 2022

Pelanggan yang Dihargai,

Memandangkan pilihan pembayaran caruman yang meluas kini tersedia kepada pemilik sijil, sila maklum bahawa kaunter pembayaran yang terletak di pejabat Great Eastern di seluruh negara akan ditutup secara kekal berkuat kuasa pada 1 Februari 2022. Untuk maklumat lanjut mengenai alternatif pilihan pembayaran sijil, sila rujuk Kemudahan Saluran Caruman.

Terima kasih.


Kemudahan Pelanggan GETB yang Terkesan dengan GETB

Pelanggan yang Dihargai,

Kami memahami bahawa situasi yang kita hadapi kini sangat mencabar. Sedang kita masih berjuang menangani Pandemik Covid-19, beberapa buah negeri telah dilanda teruk dengan banjir baru-baru ini. Kami sentiasa mengingati dan berdoa untuk anda dan keluarga supaya sentiasa berada dalam keadaan yang selamat. Kami di sini sedia membantu anda

  • Mengubah mod pembayaran caruman daripada tahunan ke bulanan dan
  • Melanjutkan penangguhan pembayaran caruman sehingga 31 Januari 2022
  • Penepian yuran dan caj untuk permohonan khidmat seperti cetakan semula dokumen sijil dan kad medical, jika diperlukan, serta pengeluaran (yang mana berkenaan) sehingga 31 Januari 2022

Pelanggan yang terkesan dinasihatkan untuk menghubungi talian Khidmat Pelanggan di 1-300-13-8338 atau ejen berkenaan atau emel ke i-greatcare@greateasterntakaful.com untuk bantuan.


Infografik mengenai Ciri Lanjutan Automatik

Pelanggan yang Dihargai,

Sukacita dimaklumkan bahawa kami telah menyediakan satu Infografik mengenai Ciri Lanjutan Automatik untuk memberikan gambaran yang lebih jelas bagaimana ciri ini melengkapkan pelan Takaful anda. Anda juga boleh melihat Soalan Lazim di dalam Infografik untuk butiran lanjut. Kami telah menyediakan dokumen ini dalam kedua-dua bahasa, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu untuk memudahkan rujukan anda.

Anda boleh tekan di sini untuk infografik yang disebut di atas.

Untuk bantuan selanjutnya, sila hubungi 1 300 13 8338 atau emel i-greatcare@greateasterntakaful.com.

Terima kasih.


Notis servis layan diri i-Get In Touch mulai Sept 1

Pelanggan yang dihormati,

Bagi memastikan keselesaan dan keselamatan anda serta usaha menjaga kelestarian alam sekitar, perkhidmatan yang berikut akan berkuatkuasa sepenuhnya secara atas talian di portal i-Get In Touch bermula pada September 1, 2021:

  • Perubahan dalam kaedah/sumbangan kekerapan
  • Kemaskini Nombor Akaun/Profil

Untuk makluman lanjut, sila layari sini atau sila hubungi agen takaful anda.


Objektif Dana Baharu bagi Dana Berkaitan Pelaburan - Dana i-Mekar

Pelanggan yang dihargai,

Sukacita dimaklumkan bahawa berkuat kuasa dari 1 September 2021, objektif dana bagi Dana Berkaitan Pelaburan – Dana i-Mekar adalah dipinda seperti berikut:

Objektif Dana Semasa Objektif Dana Baharu
(berkuat kuasa 1 September 2021)
Dana yang mana pelaburan adalah dalam ekuiti yang berlandaskan Syariah (berkadar dari 80% hingga 100%), yang mudah ubah dalam jangka pendek, serta deposit Islam. Dana ini berupaya mencapai peningkatan modal jangka pertengahan hingga jangka panjang. Walaupun dana dilaburkan terutamanya di Malaysia, sebahagiannya boleh dilaburkan di Singapura (sehingga 25%) dan Hong Kong (sehingga 25%), sekiranya dan apabila diperlukan, untuk memperbaiki pulangan dana. Dana i-Mekar hanya dilaburkan dalam sekuriti yang berlandaskan Syariah. Dana yang mana pelaburan adalah dalam ekuiti yang berlandaskan Syariah (berkadar dari 80% hingga 100%), yang mudah ubah dalam jangka pendek, serta deposit Islam. Dana ini berupaya mencapai peningkatan modal jangka pertengahan hingga jangka panjang. Walaupun dana dilaburkan terutamanya di Malaysia, sebahagiannya boleh dilaburkan di Singapura (sehingga 25%) dan Kawasan Besar China (Tanah Besar China, Hong Kong, Macau dan Taiwan) (sehingga 25%), sekiranya dan apabila diperlukan, untuk memperbaiki pulangan dana. Dana i-Mekar hanya dilaburkan dalam sekuriti yang berlandaskan Syariah.

Perubahan ini bertujuan untuk membolehkan dana tersebut menyertai saham yang lebih bagus mewakili ekonomi China serta memberi lebih banyak peluang kepada dana untuk meningkatkan prestasi bagi pemegang sijil.

Sila ambil perhatian bahawa perubahan ini TIDAK AKAN MEMPENGARUHI sebarang manfaat Takaful yang sedia ada dan juga tiada kadar tambahan akan dikenakan bagi Caruman dan caj lain.

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini bagi Soalan Lazim dan sini bagi Lembaran Fakta Dana – Dana i-Mekar yang terkini.

Untuk bantuan lebih lanjut, sila hubungi 1 300 13 8338 atau e-mel i-greatcare@greateasterntakaful.com

Terima kasih.


Dokumen-dokumen di i-Get in Touch dari 1 April 2020

Para pelanggan yang dihargai

GETB terus melindungi alam sekitar!

Mulai 1 April 2021, surat-surat / pemberitahuan berikut boleh didapati di portal layan-diri kami, i-Get in Touch:

  • Surat berkaitan kaedah pembayaran caruman & perubahan kekerapan
  • Surat berkaitan pengeluaran sebahagian
  • Surat berkaitan penukaran penama, alamat, butiran peribadi, notis caruman perlu dibayar
  • Notis Bayaran tidak Mencukupi
  • Penyata Penyerahan ILP, dll

Sila rujuk tutorial di sini atau hubungi 1 300 13 8338 untuk bantuan.


e-Penyata bagi Tahun 2020

Para Pelanggan yang dihargai,

Sukacita dimaklumkan bahawa Penyata berikut boleh mula dimuatnaik di portal pelanggan, i-Get In Touch:

  1. Penyata Caruman Takaful Keluarga (FTCS)
    Pengesahan rasmi caruman dibayar yang membolehkan pemilik sijil menuntut pelepasan cukai

  2. Penyata Tahunan Berkaitan Pelaburan / PIA
    Penyata untuk memaklumkan setiap pemilik sijil mengenai nilai sijilnya, setiap tahun

  3. Notis Kemampanan Pelaburan Tahunan Takaful
    Penyata yang memberikan maklumat mengenai faktor-faktor yang boleh mengurangkan nilai dana sijil

E-penyata anda adalah dalam format Fail Dokumen Mudahalih (PDF) dan anda boleh mengakses penyata sehingga 5 tahun yang terdahulu. E-penyata ini adalah untuk sijil yang dikeluarkan di bawah Agensi, Bancatakaful dan Takaful Berkelompok.

Tiada salinan penyata bercetak akan dihantar kepada anda.

Jika anda adalah pengguna baharu, sila klik di sini untuk pendaftaran. Anda boleh log masuk jika anda adalah pengguna sedia ada.

Ketahui lebih lanjut bagaimana i-Get in Touch memudahkan pengurusan perlindungan kewanagn anda dan rujuk tutorial-tutorial yang disediakan di sini.

Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan kami di 1 300 13 8338 atau e-mel kepada kami di i-greatcare@greateasterntakaful.com

Terima kasih.


Daftar & Tukar kepada e-Pembayaran dan Menang Sehingga RM5,000 e-Baucar

Pelanggan yang Dihargai,

i-Get In Touch KINI menawarkan khidmat e- Pembayaran pantas.

Apakah manfaatnya untuk ANDA?

  1. Kekal selamat dan gunakan khidmat-khidmat tersebut 24/7, bila-bila masa dan di mana-mana jua
  2. Anda disahkan melalui log masuk yang dilindungi – HANYA ANDA boleh buat sebarang kemas kini sijil anda
  3. Akses maklumat dan semak status transaksi anda di hujung jari
  4. Terima bayaran terus ke bank akaun anda
  5. Proses lebih mudah dan tidak rumit

Terima kasih kerana menyokong dan menggunakan kemudahan i-Get In Touch untuk memudahkan pengurusan perlindungan kewangan anda.

Bermula dari 15 Februari sehingga 14 April 2021, anda berpeluang memenangi e-baucar Touch ‘n Go sehingga RM5,000 apabila anda mendaftar dan melakukan satu transaksi e-pembayaran. Baca terma dan syarat Kempen Daftar & Beralih ke e-Pembayaran di sini.

Ketahui lebih lanjut bagaimana i-Get in Touch memudahkan pengurusan perlindungan kewanagn anda dan rujuk tutorial-tutorial yang disediakan di sini https://www.greateasterntakaful.com/bm/dapatkan-bantuan/i-get-in-touch.html

Kemaskini: Kempen telah tamat pada 12 Mac 2021, 2:16pm.


Daftar & Tukar kepada e-Pembayaran dan Menang Sehingga RM5,000 e-Baucar

Pelanggan yang Dihormati,

Berita baik! Kami telah menyediakan infografik baru bagi Model Operasi Takaful untuk memberi anda pemahaman yang lebih baik mengenai bagaimana perniagaan Takaful beroperasi. Kami telah menyediakan dokumen ini dalam dua bahasa, Bahasa Melayu dan Inggeris untuk kemudahan rujukan anda.

Untuk menjadikan perkara ini lebih jelas dan konsisten, kami telah mengemas kini Model Operasi Takaful yang berkaitan dengan pemotongan Caj Pendahuluan (Yuran Wakalah) pada Nov 2020. Caj Pendahuluan yang dikenakan (jika ada) akan ditolak dari Dana Peserta masing-masing. Dana Peserta merujuk kepada Akaun Individu Peserta (PIA), atau Akaun Unit Peserta (PUA), yang mana terpakai. Sekiranya tiada akaun yang disebutkan di atas, Caj Pendahuluan tersebut akan dipotong dari Dana Tabarru’.

Sila ambil perhatian bahawa kemas kini ini TIDAK AKAN MEMPENGARUHI sebarang manfaat Takaful yang sedia ada dan juga tiada kadar tambahan akan dikenakan bagi Caruman, yuran dan caj Tabarru.

Untuk maklumat lanjut mengenai model Takaful kami, sila klik di sini.

Untuk bantuan lebih lanjut, sila hubungi 1 300 13 8338 atau e-mel i-greatcare@greateasterntakaful.com

Terima kasih.


e-Dokumen Baharu di i-Get In Touch

Pelanggan Yang Dihargai,

Sukacita dimaklumkan bahawa kami tidak lagi mengirimkan salinan dokumen dan surat berikut kepada anda. Ini sejajar dengan usaha kami ke arah Kempen Mesra Alam dan pada masa yang sama meningkatkan lagi perkhidmatan yang ditawarkan di portal i-Get In Touch.

  • Surat Pra-Luput dan Luput (Pre-Lapse & Lapse Letter)
  • Surat Penyerahan (Surrender Letter)
  • Sijil Kuat Kuasa Semula (Certificate Reinstatement)
  • Makluman Potongan Caruman GIRO/DDA/Kad Kredit Tidak Berjaya (Unsuccessful Contribution Deduction Notifications on GIRO/DDA/Credit Card)

Anda boleh klik di sini untuk langkah-langkah mendapatkan e-dokumen atau surat melalui i-Get In Touch.

Untuk bantuan selanjutnya, sila hubungi 1 300 13 8338 atau emel i-greatcare@greateasterntakaful.com.

Terima kasih.


Perubahan Jadual Pemotongan Kaedah Pembayaran GIRO dan DDA

Pelanggan yang dihormati,

Kami ingin memaklumkan bahawa mulai 16 November 2020, jadual kaedah pembayaran automatik untuk kaedah pembayaran GIRO (Auto Debit) dan Direct Debit Authorisation (DDA) akan disemak semula mengikut tarikh caruman perlu dibayar. Tujuan pelarasan ini adalah untuk memastikan caruman anda akan dibayar pada masa yang terdekat demi menjamin perlindungan sijil Takaful anda.

Perincian semakan pemotongan caruman secara automatik dari akaun bank pelanggan ditunjukkan di bawah:

Amalan Lama

Amalan Baharu

Sebelum 16 November 2020

Berkuat kuasa mulai 16 November 2020

Tarikh Caruman Perlu Dibayar

Tarikh Potongan

Tarikh Caruman Perlu Dibayar

Tarikh Potongan

1 Hari bulan – Akhir bulan

Percubaan pemotongan pertama = 28 hari bulan

 

Percubaan pemotongan ke-2 = 9 hari bulan berikutnya (jika percubaan pemotongan pertama tidak berjaya)

 

 

 

1 Hari bulan – 15 Hari bulan

Percubaan pemotongan pertama = 9 hari bulan

 

Percubaan pemotongan ke-2 = 28 hari bulan (jika percubaan pemotongan pertama tidak berjaya)

16 Hari bulan – Akhir bulan

 

Percubaan pemotongan pertama = 28 hari bulan

 

Percubaan pemotongan ke-2 = 9 hari bulan berikutnya (jika percubaan pemotongan pertama tidak berjaya)

*Untuk DDA & BSN GIRO - pemotongan akan dilakukan pada hari-hari bekerja berikut sekiranya tarikh 9 hari bulan dan 28 hari bulan jatuh pada hari cuti umum atau hujung minggu.

Kami sangat menyarankan agar anda memeriksa penyata akaun bank anda secara berkala untuk memastikan perlindungan kontrak Takaful anda secara berterusan. Sekiranya anda mengesyaki ada pemotongan Caruman yang tidak dibenarkan telah dibuat ke akaun anda, atau penyelewengan lain mengenai pemotongan Caruman anda, anda harus segera memberitahu bank dan Great Eastern Takaful Berhad.

Untuk bantuan lebih lanjut, sila hubungi 1 300-1383 38 atau e-mel i-greatcare@greateasterntakaful.com


Memperkenalkan GET-REV

Pelanggan yang dihormati,

Sukacitanya kami memaklumkan bahawa Skim Takaful Kumpulan baharu, GET-REV, akan dilancarkan pada 1 Nov 2020 sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami dalam menyediakan pelanggan kami dengan perlindungan yang terbaik dan berpatutan melalui ciri-ciri inovatif:-

  • Perlindungan Komprehensif & Fleksibel:
    • Kematian
    • Hilang Upaya Penuh & Kekal
    • 45 Penyakit Kritikal
    • Kemalangan Diri
    • Manfaat Penghospitalan & Manfaat Ihsan

GET-REV akan menggantikan produk semasa iaitu Group Multiple Benefit Takaful Scheme (GMBTS) berkuat kuasa 1 Oktober 2020 dan Group Protection Takaful (GPT) setelah tamat tempoh. Namun begitu, pelanggan GMBTS yang sedia ada boleh terus menikmati manfaat GMBTS, dan pelanggan GPT akan ditawarkan dengan GET-REV semasa pembaharuan Sijil.

Di Great Eastern Takaful Berhad, kami berhasrat untuk memberikan perlindungan terbaik untuk aset paling berharga dalam organisasi anda iaitu kakitangan anda dan/atau ahli keluarga mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus Perniagaan atau Ejen Korporat anda atau e-mel kepada kami di i-greatcare@greateasterntakaful.com

Terima kasih atas sokongan berterusan anda.


Log Masuk i-Get In Touch Melalui Great ID

Para Pelanggan yang kami hargai,

Sukacitanya kami mengumumkan bahawa bermula 8 Ogos 2020, Great Eastern Takaful Berhad (GETB) akan memperkenalkan Great ID, identiti log masuk yang baharu untuk Pelanggan kami.

Dengan Great ID, anda akan menggunakannya untuk menguruskan semua log masuk anda ke perkhidmatan digital dan aplikasi untuk kedua-dua sijil Great Eastern Takaful dan polisi Great Eastern (jika berkenaan).

Anda hanya memerlukan alamat e-mel yang sah untuk mencipta Great ID anda, yang akan menggantikan log masuk ID i-Get In Touch semasa anda.

Klik di sini untuk melihat langkah-langkah untuk mencipta Great ID bagi pengguna baharu atau sedia ada i-Get In Touch.

Anda juga boleh melihat Soalan Lazim Great ID di sini.

Untuk maklumat lanjut mengenai i-Get In Touch, sila klik di sini.

Terima kasih.


Pelepasan Cukai 2019

Pelanggan yang dihargai,

Selaras dengan pengumuman terbaharu oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia mengenai pembahagian pelepasan cukai, kami dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa pelepasan cukai bagi tahun 2019 untuk caruman Takaful Keluarga dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah disemak dari RM6,000 kepada RM7,000.

Bagi individu selain daripada kategori penjawat awam berpencen, pelepasan cukai untuk Takaful Keluarga adalah terhad kepada RM3,000 manakala caruman KWSP atau mana-mana skim yang diluluskan layak mendapat pelepasan terhad kepada RM4,000. Sementara itu, individu dalam kategori penjawat awam berpencen layak mendapat pelepasan cukai terhad sebanyak RM7,000 untuk caruman Takaful Keluarga.

Kami berharap agar inisiatif baharu oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia memberi manfaat kepada anda dan akan menggalakkan anda untuk sentiasa dilindungi.

Jangan lupa untuk muat turun Penyata Caruman Takaful Keluarga bagi tahun 2019 anda di sini.

Nota: Pelepasan cukai tertakluk pada Akta Cukai Pendapatan Malaysia 1967 dan keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.


Langkah Berjaga-jaga di Great Eastern Takaful dalam Menangani Situasi Coronavirus (2019-nCOV)

Para Pelanggan yang kami hargai,

Maklumat terkini yang diterima daripada Kementerian Kesihatan pada 12 Februari 2020 telah menyatakan bahawa keadaan wabak Coronavirus, kini dinamakan sebagai 2019-nCoV di Malaysia sedang dipantau secara berterusan. Pelanggan & rakan sekerja adalah keutamaan kami. Talian Khidmat Pelanggan 1300 13 8338 beroperasi seperti biasa (Sistem Interactive Voice Response beroperasi sentiasa bersedia untuk membantu). Kami juga boleh dihubungi melalui talian umum kami +603 4259 8338 (8.30 pagi-5.15 petang hari bekerja), atau anda boleh menghantar e-mel kepada kami di i-greatcare@greateasterntakaful.com

Kami telah mengambil inisiatif untuk memastikan kemudahan sanitasi yang lazim di sekitar kawasan umum pejabat serta perabot. Topeng perlindungan muka dan pembersih tangan telah diedarkan kepada semua jabatan. Untuk mengurangkan risiko jangkitan dan penyebaran virus, kami juga menyediakan pemeriksaan suhu badan untuk semua pelawat di pusat khidmat pelanggan kami & setiap pintu masuk ke pejabat. Pelawat akan diminta untuk mengisi pengisytiharan kesihatan yang berkaitan untuk memudahkan prosedur pengesanan jika maklumat tersebut diperlukan dalam masa terdekat. Kami berharap anda dapat memberi kerjasama sepenuhnyadengan kakitangan kami. Terima kasih atas kesabaran anda.

Demi kepentingan kesihatan awam, kami menasihatkan anda supaya tidak mengunjungi pejabat kami sekiranya anda tidak sihat, atau jika anda pergi ke / dari kawasan yang terlibat, mempunyai saudara / sahabat yang berkhidmat dengan LOA / kuarantin. Jika anda mengalami simptom selesema atau didaftarkan demam, anda digalakkan untuk mendapatkan rawatan perubatan dengan segera.

Sila hubungi / e-mel kami untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Terima kasih atas sokongan anda. Kami akan terus memberi maklumat terkini tentang situasi wabak Coronavirus yang diumumkan oleh kerajaan.

SHAHRUL AZLAN SHAHRIMAN

Ketua Pegawai Eksekutif

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo