Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

Badal Haji: maksud, syarat & tatacara penting pelaksanaan badal haji

Maksud, Syarat dan tatacara penting dalam melaksanakan badal haji

Islam mengetengahkan kepentingan dalam melaksanakan perkara wajib seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT. Salah satunya adalah rukun Islam yang kelima, iaitu menunaikan haji. Setiap individu Muslim yang berkemampuan wajib melakukan ibadah haji sekurang-kurangnya sekali seumur hidupnya. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa situasi yang badal haji perlu dilakukan untuk sesetengah individu. Artikel ini akan mengupas bagaimana badal haji dilakukan, kepentingannya, dan bagaimana ia dikaitkan dengan takaful. Melalui pemahaman yang mendalam mengenai konsep ini, kita dapat menyokong pelaksanaan rukun Islam yang kelima, sekaligus mengukuhkan nilai-nilai kesepaduan dan kepedulian dalam masyarakat Islam. Mari kita terokai pengertian badal haji dan mengetahui syarat serta langkah melaksanakan ibadah ini. 

Apakah itu badal haji?

 

Apa itu maksud badal haji?

Badal haji, atau lebih dikenali sebagai upah atau ganti haji, bermaksud mewakilkan atau menggantikan pelaksanaan ibadah haji ke atas dirinya kepada waris atau orang lain. Erti kata lain, badal haji adalah mengupah seseorang untuk melakukan ibadah haji untuk dirinya atas sebab-sebab tertentu. Islam memberikan kelonggaran terhadap sesiapa yang terlalu tua atau uzur, sakit tanpa harapan untuk sembuh, lumpuh atau kepada mereka yang meninggal dunia untuk mengerjakan ibadah tersebut melalui badal haji.

Terdapat beberapa hadis yang menyebut tentang badal haji seperti hadis riwayat al-Bukhari: Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA: Seorang wanita dari Juhainah datang menemui Rasulullah S.A.W dan berkata: “Sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk menunaikan haji, apakah aku perlu menunaikan haji bagi pihaknya?”. Jawab Baginda : “Ya, tunaikanlah haji untuknya. Apa pandangan kamu kalau ibu kamu berhutang, apakah kamu perlu melunaskannya?”. Jawabnya : “Ya”. Sabda Baginda : “Tunaikanlah hutang Allah dan hutang Allah lebih berhak untuk dilunaskan.”

Hukum bagi badal haji atau upah haji adalah diharuskan syarak bagi mereka yang sudah meninggal dunia dengan menggunakan harta peninggalannya

Syarat sah badal haji

 

Syarat-syarat sah badal haji

Terdapat beberapa syarat yang perlu dilaksanakan untuk mendapat badal haji yang sah. Berikut adalah senarai semak komprehensif untuk syarat-syarat tersebut:

  • Tidak sah jika mampu mengerjakan haji dengan sendirinya.
  • Badal haji boleh diwakilkan oleh pihak lain jika pengupah sudah meninggal dunia atau uzur (terlalu tua, lumpuh, sakit yang tidak boleh disembuh, dll.)
  • Badal haji tidak sah kepada orang fakir yang ketiadaan wang.
  • Pelaksana badal telah menunaikan haji untuk diri sendiri.
  • Telah mendapatkan keizinan daripada pengupah. (Sekiranya pengupah iaitu individu yang tidak mampu menunaikan ibadat haji (ma’dhub) tersebut masih hidup)
  • Kos upah badal haji diambil daripada:
    • Harta pengupah (jika masih hidup)
    • Peninggalan harta sebelum difaraidkan (jika sudah meninggal dunia)
  • Berniat menunaikan haji bagi individu tersebut.
  • Badal haji dilakukan oleh pelaksana badal itu sendiri. Jika mempunyai halangan melaksanakan badal haji, wakil boleh dipindahkan ke pihak lain dengan syarat telah mendapat keizinan pengupah atau pengupah secara umum melafazkan akad.
  • Pelaksana hanya boleh menerima satu upah badal sahaja bagi setiap musim.
  • Pelaksana dilarang melakukan perbuatan yang boleh membatalkan ibadah haji.
  • Melafazkan ijab & qabul (persetujuan) di antara pelaksana dan orang yang diwakilkan.

Langkah melaksanakan badal haji

 

Langkah melaksanakan badal haji

Setelah mengetahui syarat sah badal haji, mari kita memahami cara melaksanakan badal haji.

 

  • Pengupah perlu mengenal pasti dan memilih wakil yang layak untuk melakukan badal haji. Wakil yang layak adalah seseorang yang pernah atau telah melakukan ibadah haji. Selain itu, wakil tersebut perlu memahami rukun haji (ihram, wukuf, tawaf, sa’ie, dan tahallul).
  • Berniat badal haji dengan jelas.
  • Individu yang terlibat dengan badal haji perlu menyediakan beberapa dokumen termasuk:
    • Borang pendaftaran
    • Resit penerimaan wang upah haji
    • Lafaz akad
    • Sijil badal haji

  • Kos perbelanjaan bagi melaksanakan badal haji diambil dari wang upah melalui akad Ijarah Ain’ (iaitu menetapkan/ mengupah individu tertentu (yang mengaku sendiri) untuk mengerjakan Badal Haji ) atau Ijarah Zimmah (iaitu menyerahkan tanggungjawab menunaikan haji kepada seseorang).
  • Setelah selesai melakukan badal haji, wakil perlu menyerahkan sijil badal haji yang telah ditandatangan dan disahkan kepada pengupah badal tersebut.

 

Perincian badal haji melalui takaful

 

Perincian badal haji melalui takaful

Tahukah anda terdapat beberapa pelan takaful yang menyediakan perkhidmatan badal haji? Penting untuk anda menggunakan perkhidmatan badal haji yang berdaftar agar terhindar dari sebarang scam dari pihak yang tidak sah. Jangan khuatir, perkhidmatan badal haji dari pelan-pelan takaful ini adalah sah dan berdaftar.

Badal haji dari segi takaful merujuk kepada perkhidmatan badal haji yang disertakan dalam pelan takaful tertentu. Beberapa pelan takaful menyediakan perkhidmatan ini, khususnya jika seseorang itu secara fizikalnya tidak mampu untuk mengerjakan haji untuk diri sendiri, ataupun sudah meninggal dunia. Peserta atau waris tidak perlu bimbang tentang proses pelaksanaan kerana pihak takaful tersebut akan menguruskan kesemua aspek, termasuk perlindungan. 

Melakukan badal haji merupakan sebuah ibadah mulia untuk membantu memenuhi kewajipan haji bagi mereka yang tidak mampu. Memahami tatacara dalam badal haji penting bagi memastikan ibadah ini dilaksanakan dengan sempurna. Melalui pemahaman yang mendalam mengenai syarat-syarat dan prosedur yang betul, para umat Islam dapat memastikan badal haji yang mereka lakukan atau wakilkan diterima oleh Allah SWT. Rancanglah pelan badal haji dengan baik untuk memastikan setiap langkah badal haji anda dijalankan dengan baik.

Kandungan yang berkaitan
Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo

Ahli PIDM

TIPS Brochure PIDM