Pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika ini bukan sahaja telah meragut nyawa manusia sejagat, malahan telah megancam status dan kebebasan kewangan kebanyakan populasi dunia. Di Malaysia sahaja, terlalu ramai yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dari segi kewangan, kebanyakannya kerana telah hilang pekerjaan dan sumber pendapatan. Bukan sahaja dari segi kewangan, malahan emosi juga terganggu dan telah mengakibatkan ramai orang didiagnos dengan penyakit seperti hipertensi (darah tinggi), depresi dan sebagainya.
Kini, pandemik COVID-19 telahpun bertukar menjadi endemik, bermakna kita harus hidup ‘bersama-sama’ dengan COVID-19. Vaksinasi pula tidak melindungi seseorang sepenuhnya daripada dijangkiti COVID-19. Kesan jangka panjang seperti ‘long COVID’ sudah pastinya memberi kesan terhadap kualiti hidup seseorang.
Oleh sebab itu, perlindungan Takaful amatlah penting bagi melindungi anda dan yang tersayang daripada perkara yang tidak diingini berlaku. Sebagai contoh, hibah takaful mampu menjamin masa depan pasangan dan anak-anak anda untuk meneruskan kehidupan tanpa bebanan kewangan sekiranya anda meninggal dunia atau hilang upaya. Begitu juga perlindungan Takaful yang lain seperti perlindungan perubatan dan penyakit kritikal yang sudah pastinya membantu anda mendapatkan penjagaan kesihatan sewajarnya.
Sila rujuk pada pautan di sebelah kiri untuk maklumat lanjut mengenai pelan-pelan pilihan.